Memasak sambal dengan menggunakan cili kisar yang halus teksturnya akan menjadikan masakan nampak lebih menarik dan enak dimakan. Bahkan tidak dinafikan buat penggemar masakan bersambal ini, sangat cerewet dalam pembuatan sambal untuk memastikan sambal yang dimasak menepati citarasa. Bukan sekadar cili dikisar semata-mata, ada cara tipnya yang tersendiri.

Menghasilkan cili kisar untuk nampak lebih menarik teksturnya, bukan boleh dibuat sesuka hati tetapi ada tipnya. Untuk itu, ini dikongsikan tips untuk mendapatkan cili kisar yang halus yang dikongsikan oleh Ya Norma dan bolehlah dipraktikan.

RAHSIA CILI KISAR TAHAN LAMA

“hi,assalamualaikum..ok hari ni saya nak share rahsia cili kisar tahan lama kalau simpan dalam peti ais..tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nanti bila menumis banyak minyak sangat dekat masakan. Tips ni saya dapat dari MIL saya..bila saya praktikkan sendiri,memang betul tahan lama..yang penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangat..dan paling best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu jerr..”Ya Norma

Nampak tak hasilnya? Cili tu macam agar-agar kan bentuk dia? Ok, yang ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam, memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut macam agar-agar..

Folow setiap gambar di bawah step by step:

1. Gunting cili besar nipis-nipis untuk senang keluarkan biji..saya gunting nipis dan serong.

 

2. Letakkan cili yang digunting tadi ke dalam bekas penapis jarang-jarang macam ni. Ketuk-ketuk sikit penapis tu bagi biji cili keluar.

 

IKLAN

3. Kemudian basuh cili yang digunting tadi tu dengan air paip. Kemudian letakkan dalam bekas untuk direbus cili tu.

 

4. Rebus sehingga mendidih ya, api dapur sedehana sahaja..sebab nanti kalau api kuat, air mendidih tu menggelegak jatuh ke bawah.

5. Biarkan mendidih seketika. Tips saya,saya letakkan senduk tak bagi air menggelegak jatuh ke bawah.

 

IKLAN

6. Ok dah selesai tutup api dapur,tapis balik cili tadi tu ke dalam penapis ni balik.

 

7. Ini penting..kemudian korang basuh cili tu dengan air paip bersih-bersih sampaii HILANG warna air basuhan cili tu..ala kalau korang tengok air basuhan dah jadi warna putih merah sikit tu maknanya dah cuci betul dah laa..jangan pula korang tunggu sampai warna air jadi putih, memang tak putih la sebab yang korang basuh tu cili berwarna merah..dah settle basuh, korang letak dalam belender yer.

p/s : tips basuhan ini penting taw,ini untuk mengelakkan cili rebus dari bau hapak..tips dari MIL saya juga.

 

IKLAN

8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR..dengan kuasa bawang aku menghukum mu..hihihihi masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender,potong-pootng besar dulu yaa..jangan lerr p masukkan seketul besor tu pulak..rosak blender hang sat g.
Ikut suka korang la nak letak bawang holland ke bawang besar biasa,kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis..Kali ni cili kisar saya buat tak banyak,kalau cili tu paras setengah blender,saya letak bawang dalam 2 biji besar.

 

9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu..agak-agak paras cili tu sudah la air..nanti bila dah blend sekali bawang, memang jadi likat elok.

10. Taraaaa ini lah hasil blender nya,tak banyak pun sebab stok cili dah habis dah kat rumah sebab itu lah sikit sahaja..ehehhee..

sumber : Ya Norma via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club