Perkongsian menarik dari seorang suami ini yang memberi cara trik untuk menabung bersama isteri. Cara ini sesuai untuk suami isteri yang bekerja. Ia cara ekstrem yang pastinya buat tabung cepat penuh. Nak cuba ikut, ikuti perkongsian Hafizul Hakim


 

Confirm Dapat RM465.00 Sebulan! Suami Ini Kongsi Simpan Duit Cara Ekstrem Dengan Isteri, Barulah Penuh Tabung TuTips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

IKLAN

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan.

IKLAN

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

IKLAN

Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi

Confirm Dapat RM465.00 Sebulan! Suami Ini Kongsi Simpan Duit Cara Ekstrem Dengan Isteri, Barulah Penuh Tabung Tu

Cara ini boleh dijadikan azam tahun baru 2019 ni! Selamat mencuba!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI