Bagi segelintir wanita, fibroid dalam rahim mungkin menyebabkan pendarahan faraj pada masa yang lain daripada haid. Sebagai contoh, aliran haid yang banyak untuk tempoh yang lama dan sakit belakang. Ini adalah salah satu simptom yang mungkin memberi petanda anda mengalami ketumbuhan fibroid.
Begitu juga dengan simptom seperti sembelit, sakit di pelvis dan bengkak di bahagian abdomen. Ia boleh berlaku terhadap wanita pada semua peringkat usia yang sudah mencapai akil baligh, tetapi paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 30 hingga 50 tahun.
Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai. Ada yang merasa sakit akibat fibroid dan ada juga yang tidak tahu dirinya mempunyai fibroid kerana tiada simptom mahupun rasa sakit.
Berikut 7 langkah jika mahu elakkan daripada berlakunya ketumbuhan fibroid:
IKLAN
1. Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang
2. Kekal berat badan. Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti berat badan berlebihan dan obesiti berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi.
IKLAN
3. Teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan
4. Kurangkan pengambilan daging merah. Daging merah menggalakkan pertumbuhan fibroid.
IKLAN
5. Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid.
6. Banyakkan makan ikan salmon, tuna dan ikan kembung untuk mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.
7. Banyakkan mengambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melipat dan menyusun set cadar agar rapi terlihat kemas di dalam almari, pastinya ada teknik yang harus dilakukan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nurul Azni yang mempunyai cara dan tekniknya yang tersendiri untuk pastikan cadar bukan sahaja kemas malah mudah untuk dicapai.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Assalammualaikum.Saya nak share cara saya simpan kesemua set cadar saya.Untuk memudahkan saya ambil comforter, saya simpan ikut size.Bawah sekali comforter untuk King, Queen dan atas sekali single.
Hampir 90% cadar dan comforter ni saya jahit sendiri memandangkan saya memang tukang jahit cadar.Memang dah tak pernah beli, semuanya saya jahit sendiri.
Sarung bantal pula saya lipat ikut yang ada border dan takde border.
Seminggu sekurangnya sekali saya salin cadar dan saya akan cuci comforter guna mesin basuh.
Kalau sahabat ada cara atau idea lain untuk penyimpanan, boleh share sekali untuk saya dan sahabat lain jadikan panduan.
Hari sahaja pada 5 oktober rekod kadar jangkitan meningkat kepada 432 kes. Kadar yang agak membimbangkan.
Dalam tempoh kita menjaga SOP dan mengelak jangkitan, siapa sangka kita dijangkiti wabak yang bahaya ini.
Begitulah situasi yang dilalu oleh saudara Azrul Affandi Sobry HM yang disahkan positif dijangkiti virus ini. Beliau yang merupakan wartawan berkongsi coretan bergelar pesakit covid-19.
Moga kisahnya menjadi pengajaran buat kita semua tentang penularan wabak ini.
5/10/2020
Pagi pertama di wad Covid, Sungai Buloh.
Serius aku masih macam tak percaya. Selama ini aku yang paling lantang berbicara mengenai Covid dan hari ini aku menjadi mangsa tentera virus ini. Tapi aku redha kerana mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada aku.
Wad Isolasi
Ward isolasi ini bukan macam ward biasa. Ia lebih kepada satu bilik yang mengasingkan pesakit covid sebelum dipastikan samada perlu dipindahkan ke wad rawatan jika sangat memerlukan. Ramai dalam wad ni. Adalah lebih 50 orang. Muda-muda semuanya. Adalah sorang dua yang aku rasa berusia 50an. Mungkin warga emas diletak di wad lain.
Ada juga adik beradik dalam wad yang sama. Budak tu mungkin dalam 10 tahun usianya. Mujur abangnya ada sekali. Dapatlah juga dia berteman. Abangnya selalu mengusiknya, mungkin nak hilangkan kebosanan mereka. Aku pun tak tau macamana nak habiskan 14 hari di sini kerana memang tiada apa yang boleh dibuat kecuali baring, ke tandas, surau dan baring semula.
Pagi ini darah diambil. Petang ni xray pula. Semoga tak ada apa2 masalah besar. Kalian doakan saya ya. Orang dalam wad ni pun baik2 belaka.
5 Oktober 2020
2 petang
Katil 33, wad 43
Baru beberapa jam dalam wad ini, banyak sekali kisah menarik rakan senasib, mangsa tentera Covid yang dapat aku kutip. Ramai juga sebenarnya senasib denganku yang mana dijangkiti C19 ketika berada di Sabah. Boleh dikatakan, daripada 5 kes yang aku dengar, 4 dari Sabah.
Paling sadis, ada yang tidak sedar mereka dijangkiti, sudah masuk kerja sebab swab test negatif tapi tiba-tiba bergejala dan selepas saringan semula, positif pula. Tuan badan bercerita dengan sedikit kecewa kerana dia risau apa pula nasib rakan sekerja. Tapi bukan salah dia. Keputusan awal memang negatif.
Ada pula yang hanya sehari di Sabah, cover event Menteri, dah dijangkiti. Sempat lagi dia bergurau dengan aku. Katanya, kalau abang tak kena, tak aci sebab abang dekat sabah 20 hari. Saya ni sehari je di Sabah pun dah positif. Ketawa saja aku mendengarnya.
Ada pula satu keluarga kena. Pulang dari bercuti di Sampoerna. Ada sebahagian ahli keluarga di ward lain kerana bergejala.
Apapun cerita mereka, aku respek dengan pesakit covid ni. Mereka memahami setiap masalah rakan dalam wad yang sama sebab mereka pernah laluinya. Antaranya, ramai yang tegur aku masa makan tadi.
“Sedap tak makanannya? Sure abang rasa tak sedap kan? Tapi untuk makluman abang, makanan di sini sangat sedap tapi abang tak rasa sebab awal-awal kena covid memang deria rasa abang akan hilang.”
Ya memang betul. Aku tak rasa apa-apa. Tawar dan payau. Tapi mereka kata, tunggu lagi 3 hari, aku akan rasa sedap sangat. Mungkin juga sebab aku tengok mereka makan dengan sangat berselera.
Di wad Covid ni, tak boleh sombong sebab inilah saja keluarga yang kami ada untuk 2 minggu ini. Kami tak terkurung. Masih boleh keluar tengok matahari sebab ada ruang kecil sebelah bilik air yang menjadi tempat ramai pesakit di sini lepaskan rindu buat videocall dengan keluarga. Aku pun sama.
Stop dulu. Nanti aku update lagi. Petang ni aku kena xray. Kalau ada masalah, aku kena masuk wad lain. Sebab nafas aku masih lemah. Masih mengah. Doakan aku…
Kredit: Azrul Affandi Sobry HM
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehadiran cahayamata pastinya membahagiakan suasana rumahtangga. Anak-anak didik dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Namun, cara mendidik anak itu perlu betul. Malah, tahukah anda, pendekatan untuk mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza.
Memang tidak dinafikan ibu bapa tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan apabila mendidik anak. Tetapi semua ini boleh diatasi dengan adanya ilmu keibubapaan.
Apabila berbicara cara mendidik anak perempuan, tentu ada bezanya dengan anak lelaki. Ibu ayah jangan anggap cara didik anak lelaki dan perempuan sama.
Sebagaimana perkongsian oleh puanSaidatul Husna yang menitipkan 7 cara untuk mendidik anak perempuan.
Semoga kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Jika Bertahun Tahun Memiliki Anak Perempuan Tetapi Abaikan 7 Nasihat Ini, Alahai Ruginya Rasa.
Anak perempuan adalah anugerah yang Rasulullah sendiri muliakan dalam islam.
Namun nak membesarkan mereka amatlah besar ranjaunya. Sifat auditori yang lebih dominan menyebabkan mereka memerlukan banyak nasihat dalam kehidupan.
Antara 7 nasihat yang baik untuk anak perempuan ialah :
Tuhan itu sangat baik selama mana kita tidak menzalimi diri kita. Bantu anak perempuan lazimi solat taubat, selawat, buat baik pada diri, tidak mudah serah hati pada lelaki. Hati yang berbelah bagi pada banyak perkara boleh mengganggu fokus, keserian dan aura diri.
2. Para ayah jangan fikir untuk segera mengahwinkan anak perempuan. Ajar mereka untuk sayangkan diri dulu sebelum sayangkan orang lain. Sebab hanya orang yang menyayangi diri, mampu menyayangi orang lain.
3. Didik anak tentang pengurusan fikiran. Apa yang utama, apa yang kemudian. Latih untuk bertindak secara rasional bukan dengan emosi. Boleh hadiahkan anak perempuan bacaan yang baik berkaitan jati diri wanita.
Pelbagai jenis bahan yang ada di pasaran contohnya ‘Big fat lies women tell themselves’. Buku ini mengajar wanita untuk mengenal diri mereka sendiri, belajar mencintai dan mendalami potensi dalaman.
4. Elakkan bermain dengan perasaan di awal usia. Jika rasa dalaman kurang kasih sayang, kembalilah kepada ayah. Ayah pula jangan lokek untuk memuji. Ambil hati mereka sebelum diambil lelaki lain.
5. Media sosial itu bagus. Setidaknya anak perempuan kita bergerak mengikut arus semasa. Namun ada perkara yang lebih baik untuk dibiasakan, seperti menziarahi saudara mara, melatih kemahiran asas memasak, mengemas dan menjaga kebersihan.
Bila menganjak ke alam dewasa, boleh bawa mereka ke kelas pengurusan kewangan.
6. Dalam hidup ini, ada yang suka kita, ada yang tidak. Tak mengapa. Fokuskan kepada yang sayangkan kita sahaja. Sedikit tak apa asalkan ikhlas, biasanya mak ayah, kawan baik atau adik beradik. Kasih sayang mereka yang ikhlas sudah memadai untuk beri kita bahagia.
7. Terakhir, seorang ayah yang bertanggungjawab sentiasa meletakkan maruah anak perempuan pada tempat yang tinggi dan selayaknya.
Ayah yang bijak akan mengingatkan anaknya supaya sentiasa menjaga satu satunya maruah diri yang ada. Kerana jika maruah ini tergadai, emas dan berlian pun tidak mampu dibayar sebagai ganti.
Penting kan nasihat begini? Sebab itu jangan ambil mudah pesanan yang berterusan walaupun kecil kerana kesannya cukup besar dalam hidup anak perempuan kita yang semakin hari semakin mencabar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program...