Setiap kali masak daging memang buat kita risau. Mana taknya, jika salah hiris, daging dikatakan keras. Nak beli daging batang pinang pulak agak mahal. Jika nak masak rendang atau gulai daging sedap jika ambil bahagian daging pejal. Ada juga daging kotak yang liat bila nak masak. Memamg liat daging, nak makan pun susah!

Namun untuk memasak daging ni kena ada teknik yang betul. Salah satunya kena tahu petua nak jadikan daging jadi lembut dan tidak liat.

Kepada ibu-ibu di luar sana tu mesti selalu tercari-cari petua-petua cara untuk lembutkan daging. Berikut dua petua yang disediakan supaya daging jadi lebih lembut.

P/S: Cuba LIHAT NI untuk barang-barang memasak. Menarik!

PETUA 1:  Petua Dari Tukang Masak Thai; Guna Ais Batu

Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan2 lain ). Time air tengah mengelegak kuat tu masukkan ketul ais.

IKLAN

Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.

PETUA 2 : Guna Minyak Masak 

Saya share cara nak lembutkan daging untuk ahli group masak apa tak jadi.moga manfaat untuk yg pening cara nak lembutkan daging.

Cara cikgu ida nak lembutkan daging. Selalu org rebus kan? Tapi cikgu tak rebus.

Caranya :
1.Bubuh 2 sudu je minyak.panaskan minyak.
2.Masuk kan daging.
3.Air akan keluar sendiri dari daging tu.
4.Cikgu gunakan api yg kuat
5. kacau sekali sekala je daging tu.masak sampai air kering.
6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.

Air dah kering maka lembut lah daging tu. Daging empuk dan lembut. Mudah dan simple je. Senang kan nak daging lembut? Lepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi.

Kredit: Mahamidah Hamdan  dan  nizam tahar