Menyediakan hidangan berasaskan santan seperti kari, rendang, gulai dan sebagainya tentunya lebih enak rasanya jika kita menggunakan santan segar. Rasa santan yang berlemak dan pekat, bukan sahaja memberi rasa malah tekstur hidangan nampak lebih menyelerakan.

Pun begitu dalam memastikan pati santan yang diperah dapat dihasilkan, tidak dinafikan memerlukan proses-proses dan teknik tertentu hingga kadang kala melenguhkan tangan.

Tahukah anda, sebenarnya ada cara lebih pantas dan mudah boleh dilakukan iaitu dengan cara mengisar.

Nak tahu lebih detail, jom kita hadam teknik ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Zalisqha ini. Malah lebih mengujakan, katanya dengan menggunakan hampas kelapa tersebut menjadikan kulit tangannya lebih lembut, selembut kulit bayi.


 

Saja nak kongsi untuk mereka yang tak tahu sebab saya baru tahu..Huhu..Cara cepat untuk perah santan adalah dengan blander kan kelapa parut tu..Cepat Dan pekat..Tak payah dah susah-susah buat lengoh jari je nak ramas kelapa tu.

IKLAN

Cara-caranya: 

Dapatkan Santan Segar & Pekat Lagi Mudah Bila Ibu Buat Cara Begini! Memang Puas Hati.

  1. Masukkan kelapa parut ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air.

 

Dapatkan Santan Segar & Pekat Lagi Mudah Bila Ibu Buat Cara Begini! Memang Puas Hati.

IKLAN

2. Tapis untuk asingkan hampas dan pati santan.

 

Dapatkan Santan Segar & Pekat Lagi Mudah Bila Ibu Buat Cara Begini! Memang Puas Hati.

3. Ini hasilnya, pati santan bolehlah terus digunakan untuk sediakan menu pilihan.

IKLAN

 

Dapatkan Santan Segar & Pekat Lagi Mudah Bila Ibu Buat Cara Begini! Memang Puas Hati.

Hampas kelapa tu jangan buang boleh buat scrub kulit badan dan muka. Untuk bagi kulit lembut macam baby. Sebab tu saya tak suka beli santan kotak.

Dapatkan Santan Segar & Pekat Lagi Mudah Bila Ibu Buat Cara Begini! Memang Puas Hati.

sumber : Zalisqha Zahraa via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI