Menerusi satu perkongsian di laman instagramnya, Bonda Rozita Ibrahim berkongsi cerita perihal salah seorang pembantu rumahnya, dikenali sebagai Yati yang kini telah berhenti kerja.

Sebagai tanda penghargaan, Rozita menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada Yati di hari terakhir perkhidmatan.

“Dia Jaga Mak 24 Jam Tanpa Henti, Buat Saya Malu.” Pekerja Berhenti Kerja, Rozita Ibrahim Luah Sebak“Yati jaga arwah mak saya 24 jam tanpa henti! Mandi makan basuh berak, usap mak saya sebelum tidur! Sedangkan saya tak buat begitu pada mak saya! Kemuliaan dia menjaga mak saya, sangat buat saya malu.

“Dia Jaga Mak 24 Jam Tanpa Henti, Buat Saya Malu.” Pekerja Berhenti Kerja, Rozita Ibrahim Luah Sebak“Saya sayang semua pekerja walau Indon & melayu, lebih-lebih lagi yang banyak jasa, berbuat baik dalam pekerjaan. Saya suka menguji kesetiaan pekerja.

“Yati ni semua dia nak pakaikan saya. Butang baju, kasut, kalau boleh sependa pun dia nak pakaikan. Dia sayang saya kerana dia tak pernah ada ibu sejak kecil. Umur dia sebaya Kri (Aliff Syukri).

“Dia tak sedar saya rakam, saya pakai mic. 3 hari sebelum balik dia dah nangis hari-hari,” tulisnya lagi.

IKLAN

“Dia Jaga Mak 24 Jam Tanpa Henti, Buat Saya Malu.” Pekerja Berhenti Kerja, Rozita Ibrahim Luah SebakAkuinya Bonda lagi,  apabila yang terbaik hilang, kosong jiwanya. Jujur mengakui dirinya tidak kisah apa status sekalipun, sebaliknya dia  sayang kepada semua yang berbuat baik.

“Meskipun sejak buat rumah hutan, pekerja Indonesia saya rugi berjuta sebab bayar agen & buat permit, mereka tak setia, kabur atau selingkuh banyak tingkah susah uruskan mereka dibandingkan Melayu.

“Biarlah mereka, tapi saya kenang jasa mereka yang lain, kerana mereka yang terbaik, kami saling memerlukan. Masih ramai kenang budi baik saya, kami saling membalas budi!

“Tanpa mereka saya tak boleh kerja sejauh ini. Rumah hutan ni diterokai bersama orang Indonesia yg setia dengan bonda,” tulisnya.

 

IKLAN

Dalam pada itu, Rozita berpendapat sebagai majikan seharusnya menghargai jasa pekerja terutama sekali kepada mereka yang baik dan setia.

“Semua orang ingin kehidupan yang baik, kita majikan juga mahu kehidupan yang baik. Mereka orang miskin yang setia dan baik. Hargailah moment terakhir dengan sedekah.

“Perkerja adalah jiwa & keperluan yang utama dalam life saya; nilai sayang, setia, amanah, team work adalah senjata kejayaan dalam rumah sampai keluar rumah,” luahnya lagi.

 

IKLAN

 Sumber: bondarozitaibrahim


ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI