Kisah si kecil ini tular dan menjadi bualan hangat di seluruh negara kerana kepetahannya berbahasa Inggeris. Hana Aishah Mustafa Kamal, 7, yang lancar berbahasa Inggeris sewaktu ditemubual sebuah saluran televisyen tempatan ternyata menarik perhatian ramai.

Gelagat si kecil ini dilihat dalam satu rakaman video berdurasi 23 saat dari berita RTM, menunjukkan Hana Aishah begitu fasih dan penuh keyakinan apabila bercerita tentang pengalaman pertama kali ke sekolah.

Video tersebut dipercayai diambil ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat lawatan ke Langkawi sempen Program Back To School baru-baru ini.

“Dia Memang Gifted, Sampai Orang Kampung Panggil Dia Aishah London.” Bapa Ini Kongsi Rahsia Anak Petah Berbahasa Inggeris.

Dalam satu temu bual Mustafa Kamal yang merupakan ayah kepada Hana memberitahu kebolehan anaknya berbahasa inggeris adalah anugerah sejak dari kecil lagi.

“Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.

“Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.

“Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang,” kata Mustafa lagi.

Beliau yang merupakan seorang peniaga, tidak mempunyai sebarang tip khusus dalam membesarkan anak-anaknya, apatah lagi mengasah kemahiran mereka dalam bahasa Inggeris.

IKLAN

“Dia Memang Gifted, Sampai Orang Kampung Panggil Dia Aishah London.” Bapa Ini Kongsi Rahsia Anak Petah Berbahasa Inggeris.

Namun, beliau yang juga bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memberi penekanan terhadap pendidikan agama buat Aishah dan lapan lagi anaknya yang lain sejak mereka kecil.

“Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.

“Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,” kata Mustafa.

Tambahnya lagi, mereka sekeluarga sering belajar bahasa Inggeris dengan Aishah memandangkan dia mampu berkomunikasi dalam bahasa itu dengan lancar, berbanding adik-beradiknya yang lain.

IKLAN

“Dia Memang Gifted, Sampai Orang Kampung Panggil Dia Aishah London.” Bapa Ini Kongsi Rahsia Anak Petah Berbahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Mustafa berkata, Aishah juga seorang anak yang mudah diurus dan dia langsung tidak gentar untuk menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan, pada Selasa.

“Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun.

“Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.

“Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab,” katanya lagi.

IKLAN

Mengulas mengenai video tular anaknya, Mustafa berkata dia bersyukur dan gembira dengan reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan Aishah.

Malah, video murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Kedawang, Langkawi, Kedah itu turut menerima ratusan ribu tontonan menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram.

“Bapa mana yang tak suka. Saya bersyukur sangat. Semoga ia menjadi contoh kepada anak-anak lain.

“Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting, bila kita kuasai bahasa asing, lebih banyak ilmu kita boleh dapat,” jelasnya lagi.

Tambahnya, Aishah juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi seorang doktor atau pereka fesyen apabila dewasa kelak.

Speaking

Baru darjah 1 dah pandai speaking english camni..Acik bangga dengan konfiden adik.

Posted by Awatt Syeikhhh Network on Wednesday, January 2, 2019

Sumber: Mstar Online

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI