Memang sakit mata dibuatnya, baru je cucii habuk dah kembali semula, itulah yang sering dialami oleh ibu-ibu waktu membersihkan rumah daripada habuk.

Melalui perkongsian daripada seorang ibu bernama Puan Yatie Eimra, dia telah bereksperimen cara terbaik untuk menghilangkan habuk dengan menyediakan ramuan Multipurpose Dusty Spray ini.

Jom kita cuba cara yang dilakukannya dan sebelum itu fahami juga ramuan untuk menghasilkannya.
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!Multipurpose Dust Spray
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam² tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener.

IKLAN

Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja² rumah & urusan harian.

Nak² ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip² macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!
Multipurpose Dust Spray
**************************

¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza

*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!
Pastikan
*Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
===================================
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa

• Mengilatkan perabot kayu
======================
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.

• Menaikkan warna & melindungi sofa dari kulit sintetik
===================================
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam

• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
===================================
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril.. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dgn sebelum ni..

• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
===================================
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik

• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.
===================================
DIY Multipurpose Dusty Spray  Mudahkan Ibu-Ibu Bersihkan Habuk Melekat. Memang Puas Hati, Begini Caranya!Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah². Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.

IKLAN

Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin. Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena).

Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..) Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.

IKLAN

Semoga bermanfaat ~
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja² rumah & urusan harian anda juga)

#tipdantrik
#projekdiy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI