Sesuai dengan ungkapan kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kesungguhan pasangan suami isteri ini memberikan pendidikan yang terbaik buat anak tercinta sungguh inspirasi.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah menyifatkan Izz Imil Shahrom memiliki pemikiran menyerupai remaja berusia 16 tahun dan  kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi daripada usia. Kisah keluarga ini yang mempunyai anak autisme sungguh inspirasi!

Dulu Anak Autisme, Kini Genius Matematik. Ketahui Cara Ibu Bapa Hebat Ini!

Izz Imil Shahrom, 6 tahun yang bercita-cita  menjadi Saintis Angkasa (Space Scientist) merupakan anak kepada pasangan Shahrom Abdul Ghani dan isterinya, Ilya Abdul Aziz, telah disahkan disahkan mempunyai mild autisme dalam spektrum high functioning dan dikategorikan sebagai Hyperlexic atau Einstein Syndrome.

Bapa kepada anak genius ini, Imil Shahrom yang sanggup melupakan kerjaya mengajar ‘autocad’ dan pensyarah sambilan demi mengurus kan pembelajaran anak tersayang sepenuh masa berkata, anaknya mula menunjukkan tanda autisme  apabila tidak boleh mendengar bunyi bising.

“Tanda-tanda autisme Izz semakin nampak dan dia tidak boleh mendengar bunyi yang sangat bising dan menyambut hari lahir, akan menangis dan mengamuk. Juga tidak fasih bercakap dan suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua darinya.

“Semasa berusia setahun setengah, Izz masih belum boleh bercakap atau membuat bunyi seperti kanak-kanak seusianya tetapi sudah mula mengira di dalam Bahasa Inggeris. Pada usia dua tahun sudah boleh mengira hingga beratus dan boleh membaca abjad ABC sehingga habis dan secara terbalik serta mengenali huruf-huruf jawi,”jelas Shahrom.

Terapi luar negara

Setelah anaknya Izz disahkan mempunyai mild autisme dalam spektrum high functioning dan dikategorikan sebagai Hyperlexic atau Einstein Syndrome, pasangan ini bertindak pantas dengan mendapatkan maklumat dan berjumpa pakar. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan terapi di luar negara selama setahun untuk rawatan lanjut ketika usia Izz dua tahun.

Pasangan ini bernasib baik apabila ibu Izz mendapat peluang bekerja di Houston, Texas dan mereka mendapat pertolongan dari pakar dari sana.

“Saya bersyukur, isteri berpeluang bekerja di Houston, Texas, dari situ kami mengambil kesempatan mencari sekolah-sekolah yang sesuai untuk high functioning children dan juga menghantar Izz ke pusat-pusat terapi untuk speech theraphy, occupational theraphy dan music theraphy

“Kami pergi berjumpa Director of Autism di University of Texas Hospital, Texas USA dan Izz didiagnos sebagai ‘mild autism’ dan ‘Hyperlexic’. Kami merancang terapi dan juga persekolahannya bersama pakar-pakar di sana. Izz belum boleh bercakap two way communication dan kami banyak bercakap dengannya dalam ayat-ayat yang ringkas sambil bekerjasama dengan terapi di sana,” jelas Shahrom lagi.

Setelah pulang ke Malaysia, Izz telah ditempatkan di beberapa buah tadika namun tidak bertahan lama kerana tenaga pengajar di tadika kurang pendedahan mengenai Hyperlexic. Sempat mengikuti pembelajaran disebuah sekolah antarabangsa sebagai murid darjah dua  pada usia lima tahun.

Akhirnya penantian Izz untuk mendapatkan pusat pembelajaran yang sesuai dengan daya pemikirannya berakhir setelah berjaya melepasi beberapa ujian. Izz sebelum ini  pernah mengikuti pembelajaran di Kolej Permata Pintar UKM sebagai pelajar Asas 1 (tingkatan satu) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dengan mengikuti kelas dua kali seminggu untuk belajar Matematik dan Kimia dengan tunjuk ajar pensyarah yang berkaliber.

Kini Izz tidak lagi mengikuti sekolah di Permata Pintar setelah pembelajaran kelas tingkatan 1,2,3 telah  berpindah ke seremban. Ekoran itu, keluarganya mengambil keputusan untuk melakukan pembelajaran secara homeschooling di rumah.

“Insyaallah nanti tahun 2019 Izz akan masuk sekolah dengan pelajar-pelajar yang lebih kurang baya denganya untuk sosial tetapi tetap akan menumpukan dan belajar apa yang dia  minat dengan menumpukan kepada one to one pembelajaran,” jelasnya lagi.

Perkembangan luar biasa

Mempunyai daya pemikiran yang luar biasa ekoran mampu membaca dan mengira dengan tepat. Lebih mengejutkan, anak kecil ini gemar membaca buku Secret Of Mental Math dan menyebut dengan lancar carta Periodic Table Of The Elements iaitu jadual berkala mengenai susunan unsur-unsur kimia. Ini benar-benar menakjubkan! Tidak mustahil suatu hari nanti anak kecil ini bakal bergelar saintis negara sebagaimana cita-citanya iaitu sebagai seorang saintis angkasa.

Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah juga memaklumkan, bahawa Izz Imil memiliki pemikiran menyerupai remaja berusia 16 tahun dan  kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi daripada usia. “Izz mempunyai kelebihan dari segi akademik dengan mudah menerima apa sahaja yang berkaitan dengan nombor. Namun kami tidak menggangapnya sebagai seorang yang genius. Kami menyedari Izz berkebolehan dalam beberapa perkara dan kami galakkan untuk terus belajar dalam bidang-bidang tersebut,” jelas ibu Izz yang merupakan pakar geologi dengan sebuah syarikat gas dan minyak.

10 SOAL JAWAB MENGENAI ANAK GENIUS INI . INI JAWAPAN IBU BAPANYA.

1.Kenali karektor Izz

Izz seorang anak yang hyper, suka bergerak, suka bercakap dan bermain seperti kanak-kanak seusianya. Dia juga suka berkawan dan merupakan seorang yang peramah apabila dia berada di dalam keadaan mood yang baik. Untuk mengurangkan dia bergerak dan melompat kami sentiasa memberi dia buku dan pen agar dia dapat menulis atau melukis dan meluahkan perasaan dan buah fikirannnya.

2.Kepintaran dikesan sejak usia setahun

Izz menunjukkan kepintarannya seawal usia setahun apabila mula suka melihat flashcard dan tampalan di dinding mengenai nombor-nombor dan huruf-huruf. Semasa berusia setahun setengah, Izz belum boleh bercakap atau membuat bunyi seperti kanak-kanak seusianya tetapi dia sudah mula mengira di dalam Bahasa Inggeris dan di mana sahaja dia pergi, dia akan tertarik untuk melihat kalender. Pada usia 2 tahun dia sudah boleh mengira hingga beratus dan boleh membaca ABC sehingga habis dan juga terbalik. Dia juga berjaya mengenali huruf-huruf jawi. Apabila kami melihat keadaan ini, kami galakkan dan mengajar Izz sambil bermain.

3.Bagaimana rangsangan minda buat Izz sejak kecil

IKLAN

Sejak dilahirkan, Izz mempunyai mild autisma dalam spektrum ‘high functioning’ dan dikategorikan sebagai ‘Hyperlexic’ atau ‘Einstein Syndrome’. Sambil cuba memberi ransangan terhadap deria rasa dan emosi dia, kami cuba memberikan kasih sayang dan waktu secukupnya bersama dia.

 

Usia Ransangan/Aktiviti
0-4 Bulan ·Tidur di katil sendiri (baby cot) dan pelbagai mainan stimulasi bayi diletak dikeliling katilnya. Kebanyakan mainan lebih kepada warna hitam putih yang mempunyai bentuk-bentuk abstract yang jelas. Semakin Izz membesar, kami mula memperkenalkan barangan yang berwarna dan mempunyai bunyi untuk meransang kepekaan Izz.

Dulu Anak Autisme, Kini Genius Matematik. Ketahui Cara Ibu Bapa Hebat Ini!

· Bangun pagi disambut dengan senyuman dan berborak semasa menyusu.

·  Selepas mandi, urut Izz dengan baby lotion untuk meransang deria2 badannya serta merehatkan bayi dan juga ibu bapa.

·     Media elektronik seperti telefon bimbit dan laptop amat jarang digunakan.

4-12 Bulan ·     Menyediakan bilik dan kawasan bermain untuk Izz.

·     Tampalan ABC, Alif Ba Ta dan nombor di sebut-sbut apabila bermain dengan Izz

·     Banyak bermain di luar dan berjumpa kaum keluarga. Izz rapat dengan sepupu-sepupunya.

·     Mula membaca buku kepada Izz dan menunjukkan flash card.

1-2 Tahun ·     Pada usia setahun disebabkan Izz suka nombor, kami telah mula mengajar matematik mudah sepert 1+1, 3-2 dan sebagainya.

·     Pada usia 2 tahun Izz dihantar ke KLIK (Kuala Lumpur International Kindergarten). Guru kurang memahaminya dan dia tidak boleh belajar sperti rakan-rakan lain seusianya. Dia hanya nampak nombor, contohnya gugu mengajar mengenai serangga dan ditunjukkan ladybird, kanak-kanak lain akan menjawab ladybird tetapi Izz akan menjawab ‘8’ sebab ada 8 bintik di ladybird tersebut.

·     Tanda-tanda autisma Izz semakin nampak dan dia tidak boleh mendengar bunyi yang sangat bising dan menyambut hari lahir, dia akan menangis dan mengamuk. Dia juga tidak fasih bercakap dan suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih tua darinya.

·     Kami telah cuba pergi ke beberapa pakar tetapi malangnya mereka tidak perasan atau tidak nampak Izz sebagai autisma kerana golongan ‘Hyperlexic’ tidak menunjukkan ciri-ciri autisma biasa.

·     Akhirnya salah seorang Pakar Psikatri di KL sudi mendengar masalah kami dan merumuskan Izz mungkin menghidap autisma.

2-3 Tahun ·     Kami pergi berjumpa Director of Autism di University of Texas Hospital, Texas USA dan Izz di diagnos sebagai ‘mild autism’ dan ‘Hyperlexic’. Kami merancang terapi dan juga persekolahannya bersama pakar-pakar di sana.

·     Izz belum boleh bercakap ‘two way communication’ dan kami banyak bercakap denganya dalam ayat-ayat yang ringkas sambil bekerjasama dengan therapist.

·     Satu jam setiap hari dari 8:00 – 9:00 am sebelah pagi, Izz pergi theraphy, Occupational Theraphy, Speech Theraphy dan Music Theraphy di Carruth Center, Houston, Texas.

Dulu Anak Autisme, Kini Genius Matematik. Ketahui Cara Ibu Bapa Hebat Ini!

IKLAN

·     Pada pukul 9:15 – 12:45 noon Izz pergi ke Westview School, Houston, Texas (High Functioning School for Autistic). Disebabkan Izz sudah minat dengan huruf dan nombor dan sudah membaca, mereka terus mengajar Izz pada tahapnya. Kami kerap mengulangkaji di rumah Bersama Izz.

·     Di sekolah tersebut lebih kepada bermain di luar dan aktiviti untuk meransang muscle co-ordination dan emosi. Sekolah itu juga sangat mementingkan keluarga dan selalu melakukan aktiviti bersama keluarga.

Dulu Anak Autisme, Kini Genius Matematik. Ketahui Cara Ibu Bapa Hebat Ini!

·     Kami banyak membawa Izz keluar bermain dan melakukan aktiviti luar bukan sahaja untuk merehatkan minda tetapi untuk kesihatan juga.

·     Memperkenalkan Izz subjek-subjek baru tetapi dalam bentuk bermain.

4-5 Tahun ·     Mencuba memasukkan Izz ke beberapa tadika di Malaysia tetapi tidak berjaya kerana guru kurang pendedahan mengenai ‘Hyperlexic’.

·     Izz kurang tumpuan dan meltdown serta tantrum disebabkan sudah tahu membaca dan mengira (tambah, tolak, darab) dan sangat suka pada Periodic Table dan Pascal Triangle.

·     Pada usia 5 tahun akhirnya Izz diterima memasuki Darjah 2 di Hibiscus International School di Segambut. Walaupun sudah ke darjah dua, Izz masih tantrum dan hendak belajar lebih dari apa yang dipelajari di sekolah. Izz hadir ke sekolah dengan seorang ‘shadow teacher’ yang merupakan seorang Occupational Therapist.

5-6 Tahun ·     Kami menghampiri Permata Pintar dan berbincang dengan Pengarah dan tenaga pengajar.

Dulu Anak Autisme, Kini Genius Matematik. Ketahui Cara Ibu Bapa Hebat Ini!

·     Izz diuji teori dan praktikal dan mengambil ujian-ujian UKM yang diambil oleh murid-murid lain yang hendak memasuki Permata pintar.

·     Izz ke Permata Pintar 2 kali seminggu sahaja untuk belajar Matematik dan Kimia.

·     Izz belajar di Pusat Akademi Al- Quran Ar-Rayyan, sebuat pusat pembelajaran Al-Quran untuk kanak-kanak autisma. Izz sudah berjaya menghafal beberapa surah pendek dan juga sudah dapat membaca dan menulis jawi.

·     Izz juga pergi ke kelas renang dan gym untuk bersosial dan menguatkan muscle dan kesihatan.

·     Kami menyediakan whiteboard di rumah di mana Izz dapat menulis dan mengeluarkan idea dia. Kami akan berbincang bersama dan selalu melayan dan juga mencabar apa yang ditulis.

·     Buat masa sekarang, ke mana sahaja Izz pergi, kami bawakan buku tulis dan pen supaya masanya terisi dengan menulis dan dia dapat mengeluarkan idea dan berbincang dengan kami atau orang sekelilingnya.

·     Kami menggalakkan Izz membaca dari usia 2 tahun dan selalu membeli buku pergi ke perpustakaan.

IKLAN

·     Izz boleh menggunakan media elektronik seperti telefon atau laptop/komputer tetapi kami menghadkan masa.

·     Sentiasa rapatkan dengan keluarga dan bersosial dengan rakan lain serta adakan aktiviti playdate.

 

4.Belajar di tadika

Izz memasuki tadika pada usia 2 tahun. Izz ketika itu tidak boleh bercakap dengan two way communication dan mudah menangis. Dia sudah boleh membunyikan huruf-huruf dan mengira soalan matematik yang mudah. Di tadika Izz tidak seperti kanak-kanak seusianya yang suka bermain sendiri dan menyusun barang.

5.Bila boleh membaca

Dulu Anak Autisme, Kini Genius Matematik. Ketahui Cara Ibu Bapa Hebat Ini!

Izz mula membaca dan menulis seawall 2 tahun. Izz belajar membaca sendiri, di mana ini adalah simptom kanank-kanak ‘Hyperlexic’. Disebabkan Izz sudah boleh membaca perkataan mudah, kami sebagai ibu bapa terus menggalakkan Izz untuk terus belajar dan kami mengajar dia untuk membaca ke tahap yang lebih tinggi. Tadika tidak membantu disebabkan cara Izz belajar dan berfikir lain. Tadika lebih banyak membantu dalam segi social sahaja.

6.Pemakanan Izz dari kecil hingga membesar.

Semasa kecil kami berikan Izz makanan berkhasiat dan kebanyakan makanan yang tergologn dalam superfood tetapi apabila meningkat setahun, dia hanya makan nasi dan ikan bilis. Izz makan yoghurt buah-buahan setiap pagi. Snek yang dimakan oleh Izz adalah kismis dan biskut biasa dan wholemeal. Izz juga makan roti bakar dari roti wholemeal. Apabila berjalan dan waktu tidak mencukupi, Izz biasanya makan kentang goreng. Izz baru sahaja menerima untuk makan sayur seperti brokolli, kacang panjang dan lobak merah bersama nasi dan ikan bilis atau ayam. Dia hanya minum air kosong, susu dan air minuman bercoklat.

7.Amalan di rumah sebelum memasuki Pusat Permata Pintar

Kami lebih banyak menggunakan kaedah play learn di mana Izz belajar ketika bermain. Setiap benda baru yang dipelajari adalah dari kaedah bermain. Persekitaran Izz memainkan peranan yang paling besar di mana kami cuba menyediakan persekitran yang merangsang pembelajaran Izz, dari suasana rumah, permainannya, rancangan yang ditonton di TV atau youtube kepada buku yang dibaca. Apa yang ditampal di dinding dan dilihat setiap kali bangun tidur juga menyumbang kepada ransangan pemikiran Izz. Kami juga banyak berdoa dan cuba mengajak Izz sembahyang bersama sentiasa.

8.Kelebihan Izz dari segi akademik

Izz mudah menerima sesuatu jika berkaitan dengan nombor. Dia akan lebih mudah menerima sesuatu jika dikaitkan dengan nombor.

9.Setelah anak dikatakan genius..

Kami tidak menggangap dia sebagai seorang yang genius. Kami menyedari Izz berkebolehan di dalam beberapa perkara dan kami galakkan untuk dia terus belajar dalam bidang-bidang tersebut.

Dulu Anak Autisme, Kini Genius Matematik. Ketahui Cara Ibu Bapa Hebat Ini!

10.Harapan ibu bapa Izz

Kami berharap Izz gembira bila dia dapat belajar dan bermain apa yang dikehendaki selain dia menjadi seorang yang berguna di dunia dan di dalam bidang agama. Kita tidak tahu anak-anak autisma yang ‘Hyperlexic’ ini dilahirkan di dalam keluarga yang mampu atau tidak. Kami adalah dari golongan sederhana sahaja tetapi cuba sedaya upaya untuk membantu Izz dari segi emosi, mental dan fizikal.

Kami berharap ibu bapa akan lebih peka terhadap kanak-kanak seperti Izz sejak dari kecil dan tidak terlepas momen ini.

Kepada kerajaan yang baru diharap lebih peka kepada anak-anak seperti Izz kerana ramai mereka ada di Malaysia tetapi tidak tahu hala tuju disebabkana tiada sekolah yang sesuai untuk mereka. Diharap satu hari nanti akan tertubuh sebuah sekolah ‘high functioning’ di Malaysia. Kanak-kanak ini memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari pakar walaupun mereka mempunyai kebolehan. Bagi golongan yang mampu mudah sahaja untuk ke luar negara dan mendapatkan pakar, kami bernasib baik diberi peluang untuk bekerja setahun di luar negara dan kami mengambil peluang sebaik-baiknya untuk membantu Izz dengan terapi dan sekolah yang sesuai. Kepada golongan yang tidak mampu, mereka mungkin mempunyai anak-anak sebegini tetapi tidak dapt mengembangkan bakat mereka kerana terbatas dari segi kewangan dan masa

Terima kasih kepada Permata Pintar dan tenaga pengajarnya yang sudi mengambil Izz dan mengajarnya walau usianya baru 6 tahun.

*IKUTI KISAH SELANJUTNYA DALAM KELUARAN MAJALAH KELUARGA ISU JANUARI 2019

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI