Menjadi anak petani bukanlah kehidupan yang mudah. Sementelah  ibu pula hanya seorang suri rumah sepenuh masa yang hanya menunggu hasil titik peluh suami di kebun sayur untuk membesarkan anak-anak.

Tidak seperti kanak-kanak seusianya, dia membesar dalam suasana serba kekurangan. Ditambah dengan bilangan adik-beradik yang ramai memerlukannya sentiasa berusaha mendapatkan sendiri apa yang diimpikan

Tekad untuk mengubah nasib keluarga, Mohamad Anas Zahrin Atan, 31, yang dahulunya mengelilingi kampung menjual hasil tanaman sayuran, kini mampu menarik nafas lega apabila berjaya menubuhkan syarikat kosmetik sendiri.

“Dulu Keliling Kampung Jual Sayur & Pernah Dibebani Hutang RM1 Juta.” Ibu Kekuatan Anas, Buktikan Anak Petani Juga Mampu Berjaya.

“Darah berniaga memang dah diterap daripada kecil. Bapa sendiri ajar supaya jangan malu untuk berniaga dan cari duit sendiri. Dulu dapat RM2, RM3 sehari pun dah gembira tak terkata. Jadilah, untuk buat duit belanja dan simpan sedikit.

“Namun, terdetik di hati sampai bila keluarga perlu lalui semua ini? Dari situ, saya nekad untuk ubah kehidupan keluarga dengan menimba ilmu sebanyak mungkin. Kerana bagi saya, hanya ilmu dan pengalaman, mampu menjadikan seseorang itu berjaya dan dipandang mulia,” kata anak keenam daripada sembilan adik beradik ini.

Mengimbau detik awal, tamat persekolahan, beliau terus mengorak langkah menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi dengan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan seterusnya Sarjana Muda Pengajian Pemasaran di Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) dan selepas itu, menimba ilmu “Short Course” di London Fashion School selama tiga bulan pada 2013, dengan tajaan sendiri.

“Dulu Keliling Kampung Jual Sayur & Pernah Dibebani Hutang RM1 Juta.” Ibu Kekuatan Anas, Buktikan Anak Petani Juga Mampu Berjaya.
Mahu lihat Jenama ANAS Cosmetics wajib ada di ‘setiap rumah’ sebaris dengan jenama antarabangsa satu masa nanti.

Ketika di universiti, Anas yang turut dikenali dengan nama Annas Easkey sentiasa mencari peluang untuk menambah duit poket dengan mengambil upah menangkap gambar rakan-rakan dengan kadar bayaran serendah RM50 untuk satu sesi

IKLAN

“Pada peringkat awal, dengan bermodalkan kamera yang dipinjam daripada rakan, saya galak mencari duit poket sendiri. Sampai satu masa, pendapatan sebulan saya mencecah sehingga RM4,000 ke RM5,000.

“Tamat pengajian saya nekad untuk buka studio sendiri dan berkolaborasi dengan rakan-rakan artis di samping aktif di media sosial,” katanya

Mengakui gemar dengan sesuatu benda yang cantik dan suka bermain dengan warna, beliau akhirnya nekad melancarkan produk kosmetik sendiri, ANAS Cosmetics pada Ogos 2017

Selain mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, Anas mahu jenama kosmetiknya melengkapi warna-warna wanita ASIA, yang susah untuk didapati pada jenama-jenama antarabangsa lain.

IKLAN

“Dulu Keliling Kampung Jual Sayur & Pernah Dibebani Hutang RM1 Juta.” Ibu Kekuatan Anas, Buktikan Anak Petani Juga Mampu Berjaya.

“Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,” katanya

Hasil keringat hampir setahun membuahkan hasil apabila produknya mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong, untuk membeli produknya untuk dijual di rangkaian butiknya

Setiap kejayaan pastinya berdepan badai, begitu juga Anas yang sebelum ini pernah dibebani hutang dengan pembekal hampir RM1 juta.

IKLAN

“Dulu Keliling Kampung Jual Sayur & Pernah Dibebani Hutang RM1 Juta.” Ibu Kekuatan Anas, Buktikan Anak Petani Juga Mampu Berjaya.

“Ketika itu, saya hampir putus asa dan mahu tinggalkan apa yang saya usahakan selama ini dan pulang ke kampung menemani ibu. Hampir sebulan saya kumpul kekuatan diri dan ibu adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dan capai apa yang saya ada sekarang ini.

“Semenjak arwah abah dah tak ada. Kami adik beradik bergilir ke sana ke mari bawa mak. Happy kan mak. Pastikan mak tak sunyi. Saya rela penat memandu, penat ke hulu Ke hilir janji dapat tengok mak. Tak kisahlah call sampai 5- 6 kali sehari tanya benda yang sama “mak buat apa tu” pun dah cukup. Mak tu ada jelah cerita dia, pokok orkid lah, ayam lah, kucinglah.

‘Takpelah asal ada teman berborak kan. Sebenarnya duit bukanlah benda utama yang dia nak dari kita tapi perhatian dan juga cukuplah sekadar kita ingat pada mak. Tu sudah memadai serta buat mak gembira. Cinta hati saya, ratu hati saya. Kekasih dunia akhirat saya… Mak,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan pakaian dengan jenama ASHH&ANNAS

Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, beliau bernasib baik kerana memiliki ramai rakan artis yang tidak kekok untuk mempromosi dan menyokong produk beliau

“Prinsip yang pegang sehingga hari ini, jika buat baik pada orang, perkara itu datang balik kepada kita. Sebab tu saya tidak ramai kawan tetapi kawan yang saya ada sangat menyokong usaha saya dari dahulu hingga kini,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti Ayda Jebat, Izara Aishah, Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan serta ramai lagi.

Sumber gambar; IG anaszahrin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI