Isteri mana yang tak terasa hati apabila ada yang gelarkan suami ‘tong sampah’ yang membawa maksud berat suami berlebihan. Namun, gara-gara kata-kata sindiran itu, menjadi pembakar semangat untuk dirinya menyediakan menu diet buat suami tercinta. Begitulah yang dialami oleh Puan Darina Sekeri.

Terdahulu, beliau menjelaskan, bukan paksaaan kepada suaminya namun suaminya dengan rela hati untuk mengamalkan diet cara sihat. Bermula penghujung tahun lepas sehingga sekarang, suaminya masih megamalkan menu yang disediakan.

Malah lebih menakjubkan, dalam lebih kurang tiga bulan lebih dengan tiada pengambilan nasi dan minuman manis, berat suaminya telah menunjukan perubahan sehingga ukuran pakaian daripada XL kepada M. Kagumkan. Selain senaman untuk kekal sihat, ikuti cara penyediaan menu yang disediakan oleh puan ini. Beliau berkongsi lebih 25 menu cara beliau dan suami diet.


Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win!

IKLAN

Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari. Start diet awal Oktober 2018 hingga sekarang, lebih kurang 3bln ++
Suami saya on diet. Tak makan nasi, tak minum manis.. 
Dari size XL ke size M.
Dari seluar size 36 ke size 28.

Terima kasih kepada yang kutuk dia, panggil dia tong sampah. Saya isteri, apa orang kata kat suami saya mesti la saya pun terasa. 

Saya tak suruh dia kuruskan badan. Dia sendiri yang nak buat. So saya masak makanan sihat, rendah kalori. Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja)
Garam, guna garam bukit. Tiada bahan perisa.
Seasoning mcm² ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes.. campak je apa ada..

IKLAN

Paling mudah dan murah, tempe goreng. Skg tempe dah jd menu wajib sebab dah boring mkn telur .Siapa lagi nak diet? Bole la buat semangat.

Berikut menu yang disediakan oleh puan ini kepada suaminya. Memang win lah menunya! Moga menjadi inspirasi kepada isteri-isteri demi memastikan suami kembali ‘ramping’ cara sihat.

IKLAN

Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win! Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win! Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win! Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win! Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win! Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win! Gara-Gara Sindiran Berat Suami Berlebihan, Isteri Ini Sediakan Menu Diet. Hasilnya Memang Win!

Selamat mencuba!

Sumber: Darina Sekeri via  Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI