Memasak hidangan tanpa garam pastinya tidak berasa dan hambar jadinya. Walau hanya dimasukkan secubit garam, barulah sempurna masakan yang dimasak.

Pun begitu, garam yang Kita gunakan bukan semata-mata garam yang memberi rasa masin tetapi, menurut doktor itu berbeza garam yang digunakan berbeza pula khasiatnya. Jom semak.

GARAM-GARAM ITU GARAM SEMATA?
Terkejut saya bila baca satu artikel yang lalu di wall saya bahawa garam semuanya adalah sama kerana semua kandungan pelbagai garam itu mengandungi kuantiti sodium yang tinggi. Tiada manfaat bahan lain dalamnya?

Terpanggil saya nak kupas sebab saya memang banyak dah makan garam bab garam ni. Saya belajar nutrisi. saya amal. Saya sebar insha Allah.

Kandungan mineral dalam Garam-garam di pasaran.

Garam pasir : Sodium Klorida semata
Garam alami : Sodium klorida dan mineral lain termasuk magnesium, potassium dan sebagainya.

SODIUM KLORIDA
Tidaklah kita nafikan bahawa garam berlebihan itu membawa mudarat terutamanya berkait masalah gangguan imuniti…dan hmmm..sedikit lah penurunan tekanan darah tinggi. Namun perlu kita sedar juga bahawa garam sodium itu lah garam electrolit paling utama diperlukan dalam tubuh badan kita. Kekurangan garam atau (hyponatraemia) itu boleh membawa maut ya. Jadi kesimpulannya kena ambil tapi jangan berlebihan!

Persoalan seterusnya..betul ke garam lain di pasaran tu tak berguna dan bermanfaat untuk kesihatan.

MAGNESIUM
Garam magnesium ini sangat penting kepada lebih 300 reaksi biokimia di dalam badan termasuk pembinaan protein, kesihatan saraf malah pengawalan gula darah dan juga tekanan darah tinggi.
Garam magnesium ini sangat terkenal dengan kesan “relax” salur darah dan otot-otot tegang..oleh kerana itu banyak SPA menggunakan rendaman kaki berisi air garam magnesium sulfat.
Garam magnesium chloride makin meningkat popularity di pasaran oleh kerana kadar penyerapan yang jauh lebih baik berbanding garam magnesium sulfat.

Oh ya sebelum saya lupa, di wad hospital juga menggunakan infuse magnesium sulfat untuk kes darah tinggi waktu mengandung (PE) yang sangat serius kerana kemujarabannya.

Selamatkah diminum? Iya, tiada masalah kerana magnesium ini bersifat laksatif bila berlebihan. Jika terlebih, cirit birit akan berlaku..Maka kuranglah risiko toksik oleh kerana berlebihan dos.Namun begitu, disarankan pengambilan mengikut sukatan disarankan atau nasihat doktor jika mempunyai penyakit tertentu.

POTASSIUM.
Elektrolit penting badan ini amat penting untuk keseimbangan cecair badan, transmisi maklumat saraf dan juga pergerakan otot termasuk otot jantung. Malah potassium juga terbukti secara saintifik mengurangkan tekanan darah tinggi! (rujuk CPG Hypertension). Amat bahaya kekurangan potassium yang sering berlaku dalam kes muntah dan cirit birit kerana ia boleh menyebabkan kelesuan, kejang (cramp), lumpuh atau jantung takberirama. Sebab itulah kes potassium rendah diberi garam ORS (campuran elektrolit) atau infusi darah (suntikan). Berlebihan sebenarnya adalah lebih bahaya kerana menyebabkan jantung terhenti dan kematian! Oleh sebab itu, pemeriksaan doktor adalah penting untuk kes kekurangan atau berlebihan garam potassium ini.

GARAM HIMALAYA ATAU GARAM BUKIT

Garam yang digunakan dalam masakan sebagai menggantikan garam putih ialah garam berwarna pink ini yang kaya dengan khasiat sehingga 84 jenis mineral galian. Walaupun kadar mineral sodium chloride di dalamnya dikatakan lebih 97% saya masih memilih garam pink ini di dalam masakan di rumah saya.

3 SEBAB MENGAPA SAYA PILIH GARAM BUKIT/PINK MENGGANTIKAN GARAM PUTIH
1) KHASIAT : Sedikit khasiat lebih baik daripada tiada langsung. Garam putih hanya mengandungi semata garam sodium klorida berbanding garam alami seperti garam pink. Biarlah hanya 2-3% kandungannya tetapi hari-hari pun makan garam kan? Kesan terapeutik? Itu panjang ceritanya kemudian saya jelaskan ya.

2) ALAMI KURANG PROSES: Garam bukit adalah lebih alami..tidak diproses tinggi berbanding dengan garam putih yang mengalami proses refine, bleach menggunakan ejen peluntur serta penggunaan bahan kimia ejen antipenggumpalan. Sikit pun risiko kita rasa..tapi hari-hari makan garam kan?

3) KURANG PENCEMARAN : Garam bukit datang daripada sumber yang lebih selamat berbanding garam laut. Selain risiko pencemaran logam berat seperti merkuri, aluminium dan arsenic yang jauh lebih tinggi berbanding lombong garam di Kawasan berbukit, mikroplastik yang mencemari laut juga boleh mencemari garam putih ini. Apa itu plastic mikro?

Bayangkan mikroplastik, logam berat ni serta bahan kimia antipenggumpalan kita ambil setiap hari dalam masakan harian kita. Mahal harga yahudi? Garam pink murah pun ada. takde lah mahal pun kalau kita kurangkan pengambilan dan topup beberapa ringgit ekstra untuk garam yang lebih baik..kan?

Terapeutik atau tidak sesuatu garam bergantung kepada jenis garam yang berbeza fungsinya. Penyakit seperti darah tinggi perlu pendekatan holistik bukan sahaja kurangkan garam, tetapi juga kurangkan berat badan, kawal stres dan keradangan.

Dalam halpemilihan garam ini, saya lebih selesa dengan garam alami yang mempunyai kandungan nutrient yang seimbang secara semulajadi..ciptaan Allah yang lebih sempurna berbanding ciptaan manusia.

Sumber :Hafiz Sulaiman-Pejuang Kesihatan.

 

Tinggalkan Komen