Menarik perkongsian ni. Kek coklat kukus bersaiz kecil. Bahan-bahan penyediaan pun mudah. Jika anak-anak nak bawa bekalan ke sekolah pun mudah. Ikuti resipi cara puan Na Wan Husian di Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)  untuk membuat kek coklat acuan kecil.

Gebu Dan Moist Kek Coklat Mini Kukus Ni. Sukatan Guna Cawan Aje. 

Sejak sekolah duk jual macam-macam sampai makcik kantin meradang kikiki

Ni la dia kek cekelat duk buat jual dolu kala, masa ni bukan kek jer, macam-macam buat jual.

Resepi kami kukus, bleh guna steam it tupperware tu, mudah, cepat masak, comel, senang simpan, senang basuh, taguna letrik. Kek ni moisttttt tau adik kakak

IKLAN

BAHAN

2cwn gandum
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1cwn serbuk koko
1cwn gula
Ayak semua di atas ni kecuali gula dan letak 1 bekas

3 biji telur
1cwn susu cair
1cwn susu pekat
1cwn minyak masak
Kacau guna spatula jer bahan basah ni.

IKLAN

CARA PENYEDIAAN:

Lepas sebati bahan basah, bleh masukkan bahan ayak tadi, gaul2 serata,
Last sekali letak air panas 1 cwn, kacau lagi sampai tekstur dia cantik.

IKLAN

Bleh kukus cup kecik-kecik atau dlm loyang.

**Topping**

Panaskan 1cwn minyak api perlahan, jgn panas sgt mcm nak goreng donat,
Lepastu masukkan 1 cwn susu pekat dan 1 cwn@stengah cawan serbuk koko.
Kacau sampai pekat cantik sekata, tambah susu cair 4 ke 5 sudu, kacau2 dan sejukkan.

Kek cekelat is done  

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI