Penggunaan barangan atau bekas plastik ketika penyediaan hidangan hinggalah pada proses menghidang dan menyimpan makanan memang perkara biasa yang semua antara kita lakukan.

Pun begitu, tahukah ibu-ibu hal ini sebenarnya perlu diberi perhatian kerana penggunaan barangan plastik ini  sebenarnya akan memberi kesan pada kesihatan seluruh keluarga kita andai tidak tahu cara penggunaan yang betul.

Untuk itu bagi memahami dengan lebih detail, perkongsian daripada Doktor Hafiz Sulaiman ini  dapatlah kiranya memberi info bermanfaat dan sekali gus menyelamatkan keluarga kita daripada masalah kesihatan dikemudian hari. Jom semak.

 SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI SAKIT – BAB PLASTIK

Kaum ibu perlu lebih beri perhatian perkara ini ketika membeli barang harian. Renungkan..

Penyakit jantung dan strok
Penyakit metabolik seperti obesiti 
Penyakit alahan seperti ekzema, psoriasis, resdung, asma.
Masalah autoimuniti
Penyakit kanser
Gangguan hormon 
Gangguan sistem pembiakan

Secara langsung atau tidak langsung, toksin persekitaran banyak menyumbang kepada perkara di atas. Toksin persekitaran yang sering dipandang ringan ialah PLASTIK.

Paling kesian ialah anak-anak kita yang masih lemah sistem detoksifikasi, terutamanya bayi. Ramai dah generasi kita yang “matang” terlebih awal. Ramai juga wanita kita yang “menopause” terlebih awal. Plastik inilah punca gangguan hormon yang dipandang remeh.

Plastik merupakan sejenis pengganggu hormon (Xenoestrogen) yang boleh mencetus penyakit-penyakit zaman moden. Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, ilmu ini mungkin berguna. Bagi penderita sakit yang saya sebutkan di atas, semoga ia menjadi panduan mengurangkan beban toksik badan.

PANDUAN PLASTIK MAKANAN
Pernah terfikir tak apa makna nombor-nombor dalam segitiga di bawah bekas plastik makanan dan minuman tu?

Haa..jangan lupa check SETIAP bekas plastik kita NOMBOR RESIN ini:

IKLAN

Guna Barangan Plastik Kalau Tak Nak Jadi Penyebab Penyakit, Mak-mak Kena Tahu Pilih. Nak Lagi Faham, Dr Ni Kongsikan Infonya!

Pilih plastik No 1, no 2, no4 (pun okay) dan no 5. No 1 biasanya botol air mineral. Jangan gunakan kembali simpan air lain.

Elakkan plastik no 3,6 dan 7….Jangan guna plastik dengan no resin 7 simpan makanan!

Seterusnya, mari kita lihat beberapa tabiat yang sering diamalkan, mungkin perlu diberi lebih perhatian:

TABIAT BIASA PEMBAWA PENYAKIT
————————————————–

Pada tahun 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan penggunaan botol susu mengandungi BPA. Bahan plastik ini bukan main-main ya, ia boleh sebabkan gangguan hormon dan mungkin mencetus alahan.nElakkan bahan racun toksik ini ke atas keluarga kita terutamanya anak-anak kecil.

1) Jangan tuang air panas dalam cawan, jug atau bekas air plastik. Tengok sikit dapur kedai makan ada juga amalkan ni. Masukkan air panas ke dalam bekas seramik atau stainless steel merupakan alternatif lebih baik.

IKLAN

2) Elakkan memanas plastik di dalam microwave.

3) Pilih botol susu lebih selamat dengan label “BPA free”. Walaupun begitu kajian menunjukkan plastik bebas BPA masih bahaya kerana mungkin mengandungi BPS atau pthalates yang juga merupakan pengganggu hormon. Saya kurang gemar teknik matikan kuman dengan rebus dalam air panas. Maka anak kami gunakan botol kaca yang insha Allah lebih selamat.

4) Jangan tinggalkan sudu plastik dan straw dalam air panas..lebih panas air, lebih cepat keluar toksik plastik ini.

5) Jangan minum air botol plastik yang disimpan di dalam kereta terutamanya yang terdedah cahaya matahari.

Guna Barangan Plastik Kalau Tak Nak Jadi Penyebab Penyakit, Mak-mak Kena Tahu Pilih. Nak Lagi Faham, Dr Ni Kongsikan Infonya!

6) Jangan guna sudip plastik untuk memasak. Gunakan alternatif lebih selamat seperti sudip keluli atau kayu.

7) Jangan tapis air panas guna penapis plastik. Stainless steel kan ada.

IKLAN

8) Elakkan menyimpan makanan panas dalam bekas plastik. Kalau berniat tapau makanan, kami biasanya order macam biasa. Tunggu makanan sejuk sambil kacau-kacau makanan supaya sejuk dulu, baru minta bungkus. Apa lah sangat 2-3 minit makanan sejuk tu berbanding kena warded…nak tunggu discaj tu satu penyeksaan.True story bro..

9) Jangan letak makanan bayi yang masih panas seperti nestum, puree atau oats ke dalam bekas makanan plastik.

10)Ini paling penting kot..JANGAN GUNA PEMANAS AIR PLASTIK! pastikan bahagian dalamnya stainless steel atau kaca. Kalau takde duit beli kaca atau heater stainless steal, pakai je periuk panaskan air atau cerek stainless steel tu.

Beberapa ringgit extra bagi membeli barang bukan plastik itu sangat berbaloi insha Allah

Toksah pikir sangat salasilah genetik mana yang mungkin sebabkan kanser… atau saka tok nenek mana yang suwei turunkan kanser kat anak beranak..

Tengok sekeliling kita, mana yang kita mampu lakukan..ambillah langkah perubahan walaupun sedikit..dan berdoalah..

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar…dan sangat memandang berat usaha kita lakukan ke arah kebaikan..

Ingatlah badan kita ini amanah…anak-anak kita juga..Adalah tanggungjawab kita melindungi mereka.Semoga Allah mencegah kita daripada bencana penyakit dan memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita..

Ameen..Barakallah li walakum.

sumber : Hafiz Sulaiman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI