Seronoknya apabila melihat laman rumah dipenuhi bunga-bunga. Tentu laman menjadi indah dan tenang pada padangan mata. Namun, hati tentu jadi tak keruan apabila terdapat pokok bunga yang ditanam tidak mengeluarkan kuntuman bunga dengan banyak, malah ada langsung tidak berbunga.
Jadi untuk memastikan aktiviti bercucuk tanam dan menghias tanaman dilaman rumah atau pasu berjalan dengan subur, elemen yang paling penting adalah memberi baja kepada tanaman tersebut. Oleh itu, apa kata anda guna tips DIY hanya guna bahan murah sahaja seperti minuman kultur, telur ayam dan botol minuman sebagaimana perkongsian oleh puan Nurul Shima‎ melalui  grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri . Melalui perkongsiannya didapati anggaran bajet kurang RM5 sahaja. Pokok bunga lebat, bajet pun murah! Jom cuba cara puan ini.


Semalam saya post tentang cara nak pokok bunga meriah, ramai yang DM minta ajar. Cara pun sy dapat dalam group ni, semoga yang memberi dirahmati Allah. 

Tengok pada gambar dah tau bahan-bahannya 

Guna Minuman Kultur Dan Telur Aje, Nak Hasilkan Pokok Bunga Lebat. Tip Yang Mudah Nak Buat!

IKLAN

Bahan-bahannya:

1 botol Yakult
2 biji telur ayam
Botol air mineral (500ml)

IKLAN

Peram dalam 3 hari (minimum), lagi lama lagi bagus
Nak guna jer, goncang dulu botol tu bagi sebati. Lepas tu tuang dalam baldi + air 2 liter.

Siram kat batang pokok sahaja, ikut sukatan sendiri macam sy yang malas nak menyukat. Sesambil tu ajak la pokok-pokok tu berbual, sembang manja .

IKLAN

InsyaAllah hasil dalam 2 or 3 minggu selepas siram baja Yakult tu. Kalau pokok tu degil sesangat nak berbunga, InsyaAllah keluar la putik-putik comel nanti.

Guna Minuman Kultur Dan Telur Aje, Nak Hasilkan Pokok Bunga Lebat. Tip Yang Mudah Nak Buat!

Selamat Mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI