Memasak jika kita tahu teknik dan formulanya, masa yang berjam-jam di dapur boleh disingkatkan menjadi beberapa minit sahaja. Itu bukan magic tetapi memang boleh direalisasikan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa tentang formula untuk merebus daging, kacang hijau, kentang dan sebagainya dengan lebih cepat empuk dan sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api.
Teruja untuk mengetahui lanjut, ini formulanya. Jom Semak.
Jalan-jalan sekodeng rumah orang jumpa pulak satu info ni..cara nak jimat gas…guna tips 5:30:7 dari sis Fah Umi Yasmin…
Rebus 5 minit…Tutup 30 minit…Rebus semula 7 minit. Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…alhamdulillah semua menjadi..
* Tips 5:30:7
– masak air sampai didih
– masuk kacang/daging/keledek/kentang
– biar didih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
– tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk…biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
– lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih)
– tutup api
* Tips ni berguna untuk yang tak ada pressure cooker
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus…masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air…saya tutup periuk sepanjang merebus
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba)
sumber : Nor Izan Mustapa via MAHN
“Lebihan Tulang Korban Tu Boleh Guna…”- Dr Ni Tunjuk Resipi Buat Sup Untuk Awet Muda!
Meskipun umur menjengah ke usia senja namun wajah tetap awet muda, pasti sahaja ramai menginginkannya.
Namun bila mahukan sedemikian, kenalah ada usaha dan amalkan rutin penjagaan kecantikan. Bukan sahaja dari luaran malah lebih berkesan bila turut dilakukan dari dalaman.
Tahukah anda, antara rahsia untuk kekal awet muda adalah anda perlu bekalkan kolagen yang cukup pada tubuh. Namun bagaimana caranya?
Berkongsi ilmu tentang itu, Dr Rizal Abu Bakar ada faktanya. Jom baca satu persatu dan bersama amalkannya.
Antara rahsia awet muda ialah pastikan kolagen cukup. Kolagen ialah sejenis protein. Terbentuk dari tiga amino acid. Ada glycine. Hydroxyproline dan proline. Salah satu yang penting ialah glycine.
Tubuh manusia dewasa keluarkan 3g glycine setiap hari. Tapi tubuh perlukan 15g. Tidak cukup.
Apabila glycine cukup kulit jadi cantik, sendi tidak sakit, radang hilang. Pencernaan terjaga, mood, tidur dan kemampuan fikir semakin baik.
Untuk tambah glycine dan kolagen perlu ambil dari sumber luar.
Kolagen biasanya didapati pada haiwan. Tulang, kartilaj, kulit haiwan berikan glycine tambahan yang diperlukan.
Contoh paling senang. Sup kaki ayam. 70% kandungan protein dalam kaki ayam. Jadikannya padat kolagen.
Kolagen kaki ayam tinggi glycine. Sekitar 16% diikuti hydroxyproline 14% dan proline 8%.
Kolagen juga perlu untuk urat dan saluran darah.
Tulang Korban Buat Begini
Cara lain ialah melalui bone broth. Lebihan tulang qurban tu boleh guna.
Tulang direbus lama. 48 jam lamanya. Ditambah pula sayuran kaya fitonutrien. Sumber kaya prebiotik. Carrot. Lobak putih. Celery. Daun bawang. Bawang putih. Rempah ratus.
Selepas 48 jam keluarkan semua biar tinggal broth. Hanya air sup dari rebusan yang diminum. Air sup ini kaya dengan glycine. Kalau disimpan di freezer mampu bertahan 6 bulan.
Cuba dan rasai perbezaannya.
Sumber : Dr Rizal Abu Bakar
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Dr. Noor Hisham Tunjuk Keadaan Sebenar Di Wad Kecemasan Pesakit Covid-19. Semakin Ke Tahap Kritikal!
Agak lama rasanya kita tidak dapat berjumpa orang tersayang sambil bersalaman dengan mesra. Bukan itu sahaja, banyak perkara sebenarnya yang membuatkan kita sudah terlalu rindu untuk melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan sebelum adanya wabak Covid-19 ini.
Namun sehingga detik ini, tidak nampak lagi bayang untuk kita semua bebas melaungkan kejayaan dalam melawan musuh senyap yang digeruni ini. Apatah lagi bila melihat angka kes kian bertambah, nyata pastinya perjuangan kita semua masih panjang lagi!
Tinjauan ke halaman fb Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah berkongsi fakta berkenaan fasiliti kesihatan dan gambar-gambar bagi memberi gambaran jelas keadaan sebenar kepada umum.
Ini perkongsian beliau dan sama-sama lah kita hayati dan ambil serius untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Menurut statistik yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan, kadar penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 terkini di Lembah Klang secara purata keseluruhan telah mencapai 90 peratus pada pagi 2 Mei 2021.
Sebanyak enam (6) buah hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal / ICU dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19 didapati telah melebihi ambang amaran (alert threshold) kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang di mana ada di antaranya telah pun menghampiri 100%. Manakala Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 pada kadar melebihi 50 peratus.
Hospital Sungai Buloh yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital COVID-19 akan meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal / ICU secara berfasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat. KKM telah membuat perolehan peralatan perubatan seperti ventilator sejak tahun 2020 lagi bagi membolehkan Hospital Sungai Buloh meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal apabila terdapat keperluan mendesak.
Pembedahan dan prosedur elektif di hospital di sekitar Lembah Klang akan dikurangkan atau ditangguhkan bagi membolehkan lebih banyak katil hospital dikhususkan untuk rawatan COVID-19. Ini juga membolehkan anggota perubatan dimobilisasikan ke tempat-tempat yang lebih kritikal bagi perawatan pesakit COVID-19.
KKM juga akan terus bekerjasama dengan hospital-hospital swasta, pengajar atau universiti di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti katil-katil kritikal. Ini termasuk penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 bagi kes dan prosedur tertentu untuk dirawat di hospital swasta dengan kos ditanggung oleh kerajaan pada caj rawatan yang telah dipersetujui. Penyumberluaran ini telah pun dilaksanakan sejak gelombang kedua pada tahun 2020 dan masih diteruskan sehingga kini.
Sekiranya trend peningkatan kes COVID-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.
Justeru, masyarakat diseru untuk sama-sama membantu KKM dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mematuhi nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan oleh KKM bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini. Tahap pematuhan 100 peratus oleh semua pihak adalah amat diperlukan bagi membantu negara pulih semula daripada kemelut ini.
Turut dikongsikan rakaman video seketika di wad kecemasan yang menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 yang kritikal di ICU Hospital Sungai Buloh.
Sumber : Noor Hisham Abdullah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Mudah Buat Cili Jeruk Kekal Rangup
Tidak sempurna rasanya kalau makan mi goreng, mi kari atau chai kue tiaw tanpa kombinasi cili jeruk sebagai penyedap rasa. Oleh itu, tidak hairanlah kalau makan di luar memang selalu ada sahaja cili jeruk ini terhidang di atas meja. Namun kalau makan di rumah, jarang sekali disediakan dek kerana dianggap tidak begitu penting pula.
Jadi apa kata, untuk pastikan hidangan mi yang dimasak bertambah enak rasanya sebaiknya gandingkan bersama cili jeruk yang disediakan sendiri. Biar pun nampak macam remeh, tapi kesannya memang mampu memancing selera.
Bukannya susah pun untuk membuatnya sebagaimana yang dikongsi oleh Nurul Nadia Dan Azhar ini. Selamat mencuba!
“Saya nak share cara saya buat cili jeruk.Biasa kalau ada tempahan mi goreng atau mi kari,saya akan sertakan cili jeruk ni sekali. Alhamdulillah setakat hari ni tak mengecewakan & mendapat pujian. Cili jeruk yang biasa saya buat, boleh tahan berbulan-bulan dan masih rangup tau.”
[su_highlight background=”#d3e5c4″ color=”#ec281f”]Bahan-bahan:[/su_highlight]
Cili hijau (ambil yang segar/keras)
2 sudu gula
2 camca teh garam
Cuka
[su_highlight background=”#d3e5c4″ color=”#ec281f”]Cara buat :[/su_highlight]
1.Pastikan cili hijau kering. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama boleh lap dengan tisu, yang penting kering.
2.Bila dah kering,potong dengan pisau yg betul-betul tajam. Kemudian tampi bagi biji-biji cili keluar.
- Masukkan dalam botol kaca. Masukkan gula dan garam.
4. Masukkan cuka sehingga 2/3 botol sahaja.
5. Dah siap,tutupkan botol kaca tersebut dan tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam, gula dan cuka.
6. Siap dan keesokan hari sudah boleh dimakan.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]Ekstra tip: [/su_highlight]
PASTIKAN botol dan cili betul-betul kering. Jika tidak cili jeruk anda akan diselaputi lapisan putih (kulat).
Sumber : Nurul Nadia Dan Azhar