Walaupun sudah bergelar ibu, pastinya setiap wanita inginkan kelihatan cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tidak bermakna, mempunyai anak-anak, ibu-ibu tidak menjaga penampilan diri. Semua ini penting untuk penampilan diri agar sentiasa cantik di mata suami. Selain mencuba tip perut kempis atau rambut bersinar, ibu-ibu mesti cuba cara cantikan tangan atau dengan kata lain, putihkan tangan. Dah tak perlu pergi spa untuk melakukan semua ini, cara DIY di rumah aje dah cukup. Memang bajet sangat. Lepas ni, tangan yang agak gelap akan kelihatan cantik. Tentu encik suami suka lihat tangan isteri cantik gebu! Ikuti cara DIY yang dikongsi oleh ibu muda ini, Azzatie Intan Suraya.

Berikut bahan-bahan yang digunakan:

1 tbs soda bikarbonat
1 biji limau nipis
1 genggam asam jawa
Lotion vaseline

IKLAN

 

Ibu Ini Kongsikan Cara DIY Cerahkan Tangan. Memang Mudah!

IKLAN

Caranya:

Campurkan semua bahan yang disediakan. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian gosok tangan. Kemudian perap tangan selama 15 minit. Akan kelihatan hasil yang berbeza. Sebelum dan selepas. Sebagaimana yang dikongsi oleh Puan Azzatie Intan Suraya. Jom DIY kat rumah!

IKLAN
Ibu Ini Kongsikan Cara DIY Cerahkan Tangan. Memang Mudah!
Campurkan bahan-bahan tadi
Ibu Ini Kongsikan Cara DIY Cerahkan Tangan. Memang Mudah!
Gaulan sehingga sebati
Ibu Ini Kongsikan Cara DIY Cerahkan Tangan. Memang Mudah!
Perap selama 15 minit dan ini lah hasilnya selepas melakukan proses pencerahan secara DIY ini.

Selamat mencuba!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI