Menyenaraikan antara menu special untuk berbuka sepanjang Ramadan ini, tentunya menu nan satu ini pasti ada dalam senari pendik ibu-ibu untuk dimasak. Ikan Siakap 3 Rasa, keenakan rasaya semua sudah sedia maklum dan menyediakannya pula tidaklah renyah berbanding menu-menu yang lainnya. Jadi tidak hairanlah, menu ini antara menu popular di bulan Puasa.

Pun begitu, melalui perkongsian resipi oleh Sofia Sarlinie Shukri, ada istimewanya dengan resipi Ikan Siakap 3 Rasa yang disediakannnya. Menurutnya, ikan Siakap yang digoreng terlebih dahulu tidak dilimur dengan tepung jagung tetapi ada bahan yang lebih istimewa digunakannya untuk pastikan ikan terasa lebih ranggup dan berasa. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.

Ikan Siakap 3 Rasa Ni Bukan Biasa-Biasa. Isi Ikan Lembut Di Dalam & Ranggup Di Luar! Confirm Keluarga Puas Makan.


RESEPI SIAKAP 3 RASA KAP PUN KAPPPP

Bukan nama dia je 3 rasa, Mek Opie sendiri dah guna resepi ni lebih 3 tahun dah. Sebab?Simple dan di jamin sedappppppp! Resepi ni biasa biasa je kalau tengok bahan dia. Tapi #RAHSIA dia tang ikan tu. Ikan tu tak kan sama macam siakap 3 rasa yang biasanya dilumur dengan tepung jagung.

Hat ni, ikannya di luar rangup dan pedas bila dicubit masuk ke mulut.Tus tusss tussss,berjejes air lior.Wahhhhh gitchewww uollss! Sebab ianya ada RAHSIA, jadi bahan bahan dan cara sila tengok dekat gambor yang ada bahan bahan ya.

 

BAHAN BAHAN GORENG IKAN

Ikan Siakap 3 Rasa Ni Bukan Biasa-Biasa. Isi Ikan Lembut Di Dalam & Ranggup Di Luar! Confirm Keluarga Puas Makan.

IKLAN

2 ekor ikan siakap
Tepung Rangup serbaguna BESTARI (amek yang pedas tau)

Yeahhhhhh.Di sini lah rahsia ikan siakap 3 rasa Mek Opie sedap luar biasa!Hahaha

Siyess,gunalah tepung Bestari pedas ni untuk goreng ikan siakap 3 rasa. Lumur je terus tepung kat ikan tu.Tapayah nak garam atau nak kunyit bagai. Keje lebih cepat siap, rasa lebih letopssss!

Hasil nya,luar ikan tu jadi rangup krup krappp dan rasa pedas.Kombinasi dengan sos 3 rasa tu nanti,perghhhh. Memang terangkat uiiii!

Nak goreng ikan,pastikan guna minyak yang banyak ya.Dan pastikan minyak sudah betul betul cukup panas. Gunakan teknik deep frying. Ikan kena tenggelam dalam minyak.

IKLAN

Dah siap goreng,angkat dan letak dulu kat tepi. Sementara siapkan sos ikan pulak.

P/s : Sila jangan tanya tepung jenama lain ya.Sebab so far jenama bestari dan perisa pedas ni je yang paling sedap untuk goreng ikan siakap 3 rasa ni.

BAHAN BAHAN UNTUK SOS IKAN

Ikan Siakap 3 Rasa Ni Bukan Biasa-Biasa. Isi Ikan Lembut Di Dalam & Ranggup Di Luar! Confirm Keluarga Puas Makan.

IKLAN

Bahan tumisan
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 ulas bawang putih (diketuk)
Halia 2 inci (dihiris nipis)
10-15 tangkai cili api merah (dihiris atau diketuk)

5 sudu sos cili
5 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
3 sudu sos ikan
2 biji tomato ( dipotong dadu)
1 tin cube nenas (ambik dengan airnya sekali)

1 batang saderi (potong ½ inci)
Daun ketumbar (potong ½ inci)
1 batang serai (diketuk)

Cara cara masak sos 3 rasa

1. Panaskan sikit minyak dalam kuali
2. Tumis bahan-bahan tumisan
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau sebati
4. Masukkan tomato dan kiub nenas dengan air sekali. Air nenas tu untuk effect rasa manis kuah sos.
5. Masukkan batang saderi, daun ketumbar dan serai. Kemudian perasakan dengan garam. Siap!

Boleh terus siramkan atas ikan siakap yang sudah digoreng tadi. Last boleh tabur lebihan daun ketumbar atas ikan sebagai hiasan.

sumber : Sofia Sarlinie Shukri 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI