Hidangan daging memang sentiasa menjadi kegemaran ahli keluarga. Selain dibuat goreng, masak kari atau kurma memang terangkat. Cicah pulak dengan roti. Selain itu, ada yang suka daging yang dipanggang. Makan panas-panas bersama sos cicah memang superb!

Melalui perkongsian ini, kita lihat resipi yang mendapat perhatian ramai. Daging bakar menggunakan pendekatan secara rebus dan perapan. Jom lihat!

Ini Rahsia Perapan Daging Bakar Jadi Sedap Dan Lembut Serta Sos Cicah. Wanita Ini Kongsikan Resipi.

Kalau ada daging Qurban boleh buat.
Semalam mummy buat semua tetamu memuji,mummy suka hatiii.

Daging Bakar acah2 Daging HariRimau Nanges.

Ini Rahsia Perapan Daging Bakar Jadi Sedap Dan Lembut Serta Sos Cicah. Wanita Ini Kongsikan Resipi.

IKLAN

CARA 1: REBUS DAGING

2 kilo daging (daging batang pinang lembut) rebus besar-besar dlm pressure cooker
Dah siap empuk
Angkat dan gaulkan sos
5 sdb sos cili Maggi
5 sdb sos tiram-Seafood Adabi
6 sdb sos black pepper
6 sdb sos ikan
1 1/2 sdb black pepper guna dlm botol yg berbiji halus tak dak sendiqi tumbok
2 sdb gula
Sedikit garam
1/2 cawan minyak

BAKAR SEKEJAP

Bakar sekejap utk bagi sedikit garing. Guna Air Fryer.
-lapik aliminium foil supaya sos tak jatuh ke bawah dan bole ambik dan sapu setelah daging dingkat.

IKLAN

Daging tu bila angkat letak dlm pinggan sapu lebihan sos yg ada.

CARA 2: PERAP DAN BAKAR

Ini Rahsia Perapan Daging Bakar Jadi Sedap Dan Lembut Serta Sos Cicah. Wanita Ini Kongsikan Resipi.
Gambar hiasan

Atau cara lain
Daging tak perlu rebus hanya perap dgn semua bahan dan perap semalaman.
Bakar smpi masak. Cara ini daging lebih berjuicy.

Sos pencicah

IKLAN

Ini Rahsia Perapan Daging Bakar Jadi Sedap Dan Lembut Serta Sos Cicah. Wanita Ini Kongsikan Resipi.
1 cawan air suam
Segenggam asam jawa ramas keduanya ambil air saja
3 sdb sos ikan
1 sdb jus limau nipis atau jus dari 2 biji limau kasturi
3-5 sdb gula kabung Thai
15 cili padi merah Thai tumbuk
10 ulas bawang merah hiris nipis2
5 ulas bawang putih dadukan halus2
Sedikit cili sos- tak letak pun ok
1 sdb beras disangai dulu kemudian ditumbok
Daun ketumbar hiris nipis
Campur semua bahan.

Masak atas api sehingga mendidih kemudian tambah bancuhan air tepung jagung jika suka.
Bancuhan sos klu tak guna tepung jagung tak payah masak pun tak pa..

Resepi asal gugel saja.. Ada sedikit penambahan bahan2.
Klu ada salah silap harap dimaafkan.
Hangpa buat la bagi sesedap cinta rasa dan perasaan hangpa.

Selamat mencuba!

Kredit: Makcik Ratu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI