Masih ingat dengan kisah Abil Fikri Ahmad, seorang suami satu dalam sejuta yang telah berkorban segalanya untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit?

Kisahnya pernah tular suatu ketika dahulu selepas mengambil keputusan berhenti kerja dan menjaga isterinya sepenuh masa. Dia  mendapat jolokan Duda Idaman Malaya dan menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi. 

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

Akhiri zaman duda selepas lima tahun 

Selepas lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad pada Julai tahun lalu.

Dia dalam pada itu, meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baru yang disifatkan seorang yang memahami.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

Isteri baru sama negeri dengan arwah

Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati.

“Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya,” jelas Abil sambil mengakui Nor Aida yang berjaya mencuri hati Abil Fikri juga berasal dari Terengganu sama seperti Allahyarhamah Fauziah.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

IKLAN

“Tapi, kami tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun. Cuma, Disember lalu saya mencuba nasib melamarnya dengan soalan bergurau sama ada sanggup berkahwin dengan saya. Tak sangka dia menjawab ok,” katanya.

Abil Fikri berkata, isterinya, Nor Aida Mohamad, 30, kini mengandung enam bulan dan dijangka bersalin pada pertengahan September ini. Bekas perunding kewangan itu turut berkongsi rasa apabila bakal menimang cahaya mata sendiri dalam usia 50 tahun.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

Allah sedia ‘hadiah’ istimewa

Malah, katanya, berita gembira itu dikhabarkan isterinya pada sambutan ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu sekali gus menjadi hadiah paling besar dalam hidupnya.

“Pada Julai tahun lalu, saya menemui pengganti teman hidup selepas lima tahun hidup sendiri dan tahun ini saya bakal bergelar bapa pula.  Bayangkan dalam usia begini baru dapat rasa perasaan macam mana bergelar bapa.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

“Awalnya saya seperti tak percaya, blur dan tidak terkata bila isteri memberitahu berita kehamilannya. Termenung seketika waktu itu, lama-kelamaan baru saya rasa seronok. Alhamdulillah, Tuhan nak bagi kita tak tahu, dulu saya jaga arwah sakit dan apabila dia ‘pergi’ saya rasa ‘alone’ kerana tak ada orang nak ceriakan hidup saya.

IKLAN

‘Rupanya Allah nak sediakan ‘hadiah’  yang cukup istimewa buat saya. Betapa besarnya nikmat yang Dia beri kepada saya. Saya sangat bersyukur dan gembira dengan kurniaan ini. Dapat isteri yang baik dan memahami.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

Saya tidak sabar nak tunggu saat anak ini lahir kerana dengan arwah isteri, kami tidak ada rezeki dikurniakan anak. Dapat rasa kasih sayang anak-anak pun dengan lima anak arwah kerana itu merupakan perkahwinan keduanya,” jelas Abil yang mengakui hubungan dengan keluarga bekas mertua tetap rapat sehingga kini.

Rutin jenguk ibu arwah

Bercerita mengenai sambutan Syawal tahun ini, Abil Fikri berkata, saban tahun rutinnya adalah menziarahi ibu arwah isterinya di Terengganu. Namun Aidilfitri kali ini dia tidak dapat berbuat demikian.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

“Sepatutnya saya beraya di Terengganu rumah isteri, tetapi disebabkan kakak ipar saya  diserang strok, jadi semua ahli keluarga turun ke Kedah dan beraya di sana. Walaupun saya sudah ada isteri baru tetapi ibu arwah Gee tetap ibu saya selamanya. Rutin saya melayaninya sehingga kini tetap sama. Insyaallah dalam seminggu dua lagi saya akan turun beraya di Terengganu dan akan singgah di rumah arwah.

IKLAN

Isteri bukan pengganti arwah

Malah, dia yang kini aktif sebagai penceramah bersyukur kerana Nor Aida sangat memahami dan tidak pernah cemburu.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

“Saya tak pernah anggap Aida sebagai pengganti arwah kerana pada saya mereka adalah dua insan yang berbeza. Saya berkahwin bukan kerana nak cari ganti kerana arwah tiada galang gantinya. Tetapi saya kahwin lain kerana nak cari isteri baru. Mereka ada keistimewaan masing-masing dan saya tidak pernah terfikir untuk membandingkan mereka berdua.

“Kahwin kena ada rasa suka dan sayang, tapi sebab kami dah biasa buat kerja bersama memandangkan dia PA saya, jadi apa jua masalah saya ceritakan padanya. Ada benda yang saya tak ceritakan pada orang lain, tetapi dengan Aida mudah untuk saya luahkan.

“Isteri Baru Bukan Pengganti Arwah, Mereka Insan Berbeza.” Dulu Jaga Isteri Sakit Sehingga Meninggal, ‘Duda Idaman Malaya’ Temu Jodoh Baru & Bakal Bergelar Bapa.

“Malah, dulu saya selalu berdoa  mengharapkan jodoh buat kali kedua dengan wanita berasal dari Terengganu iaitu sama dengan arwah isteri, itu juga Allah makbulkan. Bila satu kampung ini, senanglah saya nak pergi ziarah. Paling saya terharu kerana ibu arwah juga merestui hubungan saya dengan isteri.

“Alhamdulillah, lepas kahwin barulah saya rasa nikmat nak bercinta. Tak sangka cinta selepas nikah lebih menyeronokkan dan rasanya lain macam. Waktu isteri beritahu dia hamil, saya sempat bergurau, kononnya anak kami umur 10 tahun nanti saya dah macam ‘atuk’ pada anak sendiri,’ seloroh Abil yang mengakui selain memahami, isterinya juga matang dan tidak cepat melatah biarpun tahu suaminya itu mempunyai ramai ‘follower’ di media sosial.

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI