Setiap isteri akan lebih bahagia apabila suaminya tahu menghargainya. Jika isteri itu bekerjaya atau tidak, apabila dirinya diberi sesuatu atau diberi tumpuan oleh suami, ia memberikan aura yang tidak had buat dirinya.

Malah segala kerja di rumah dilakukan dengan penuh semangat tanpa ralat. Begitulah kesan apabila isteri dihargai suami.

Sebagaimana perkongsian oleh Taufiq Razif menjelaskan bahawa tangki emosi isteri yang perlu diisi dengan penuh kasih sayang oleh suami. Moga bermanfaat bersama.

Isteri Bila Dihargai Suami, Makin Semangat Lakukan Macam-Macam Untuk Keluarga. Aura Hebat!

Muram betul wajah isteri saya semenjak saya balik ni. Biasanya dia la paling murah senyuman.

Fikir punya fikir, laaaa.. TANGKI EMOSI dia tengah kering rupanya. Yela, baru ni seminggu saya takde kat rumah. Dia la yang jaga rumah, dia la yang jaga anak. Seminggu buat kerja tu semua sorang sorang. Memang kepenatan dan kering kontang la tangki emosi dia.

IKLAN

Banyak cara sebenarnya nak isi balik tangki emosi isteri tu. Antaranya :

Cara pertama – Words of Affirmation
Banyakkan pujian & luahan cinta dan rindu kat si dia

Cara kedua – Physical Touch
Kena buat buat manja dengan berdempek je dengan si dia

Cara ketiga – Act of Service
Kena banyak tolong dia buat kerja kat rumah terutamanya yang berkaitan dengan anak anak

IKLAN

Cara keempat – Quality Time
Berada di samping dia, dengar luahannya & jangan sibuk main game dan smartphone di depannya

Cara kelima – Receiving Gift
Belikan dia sesuatu yang membuatkan dia rasa dihargai dan diingati

Daripada kelima lima cara untuk penuhkan tangki emosi isteri saya tu, semalam saya cuba pilih cara yang kelima tu, iaitu Receiving Gift.

Jadi, kebetulan semalam kat Mydin Jasin tu ada kedai emas Wah Chan. Saya sengaja bagi dia shopping mata kat situ. Tengah dia belek belek anting anting kat situ, saya tanya dia ;

” Sayang nak yang mana? “

IKLAN

Terkebil kebil dan terkejut dia bila saya tanya macam tu. Saya ni dah la jenis tak reti beli emas sebenarnya tapi kali ni saya beranikan diri je la demi mengisi tangki emosi si dia yang sedang kekeringan.

BILA ISTERI DIHARGAI

Balik je rumah semalam, terus dia hidangkan saya serawa durian cicah roti. Fuh! Nikmat betul! Tapi yang paling nikmat malam tu adalah bila saya tengok wajah muram dan redup isteri saya tu dah bertukar cerah dan penuh senyuman!

Sampai ke pagi tadi pun si dia tak berhenti henti senyum. Memang penuh sungguh tangki emosinya! Kalaulah para suami di luar sana tahu rahsia ini dan mempraktikkannya, alangkah indahnya dunia.

Semoga usia perkahwinan sehingga akhir hayat dan menjalani kehidupan bahagia bersama pasangan sejati.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI