Jika disebut khasiat lemon, seakan semua sedia maklum. Memandangkan sering disebut sebut antara kita, namun bila ditanya tentang manfaat limau kasturi mungkin tidak ramai yang tahu selain hanya digunakan untuk dijadikan perisa minuman yang menyelerakan atau pun sebagai sebahagian ramuan sambal belacan yang memberi rasa enak.

Tak sangka limau kasturi yang selama ini sering digunakan untuk dijadikan air minuman atau pun sebagai penyedap sambal belacan rupanya mengandungi banyak khasiatnya.

Ini dibuktikan seorang penyelidik di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Suri Roowi yang terkenal dengan kejayaan meneroka potensi dan khasiat pelbagai jenis tanaman dan herba yang boleh dimanfaatkan terutama untuk tujuan kesihatan seperti dalam channel youtube ni

1. Kandungan phloretin jauh lebih bagus dari epal. Mengandungi aktiviti antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding green tea.

Phloretin biasanya di dapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos. Namun kajian mendapati bahan ini banyak terdapat pada limau kasturi atau limau sambal.

Bila disebut teh hijau, kebanyakan kita akan sebut “minum teh hijau”, tapi limau kasturi sebenarnya lebih bagus dari green tea.

2. Vitexin ni juga bahan yang bagus ada dalam buah limau kasturi. Selalunya ia hanya dijumpai dalam ‘hawthorn berry’. Ianya digunakan untuk rawatan jantung dan kanser.

Surprisingly vitexin ini banyak dalam limau kasturi.

3. Sesuai sangat untuk orang perempuan yang suka nampak cantik sebab dalamnya ada Ferulic Acid. Asid ini bagus untuk hilangkan kedut pada kulit dan perlahankan proses penuaan. Ia membina kolagen, meremajakan kulit, dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan.

IKLAN

Untuk kaum lelaki nak kuatkan jantung pun bagus makan limau kasturi ini.

Sebab itu, petua orang tua tua kata “sebelum makan daging, perah limau dahulu atasnya”
Memang betul! Sebab, ia potong lemak. Ia akan menurunkan kadar kolesterol.

Kalau kandungan creatinine kita tinggi dalam badan, ianya akan merosakkan buah pinggang. Dengan mengamalkan limau kasturi, ia akan membantu menurunkan creatinine.


Mengetahui hal ini, Puan Noriza Rahman pula telah berkongsi cara penyediaan minuman yang berkhasiat dengan  menggunakan limau kasturi. Jom semak cara penyediaannya itu.

Hari ni meqza nak kongsikan cara menyediakan minuman untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan dengan minuman air limau kasturi.

IKLAN

Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Limau Kasturi! Fakta Dari Sudut Sains Dah Terbukti, Rugi Kalau Tak Amalkan.

Bahan-bahan 

Satu sudu teh chia seed
Jus 4-5 biji limau kasturi
Satu sudu madu. (Kalau tiada pun tak apa)
Satu setengah gelas air sejuk

 

Cara penyediaan : 

IKLAN

Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Limau Kasturi! Fakta Dari Sudut Sains Dah Terbukti, Rugi Kalau Tak Amalkan.

  1. Rendam chia seed dalam setengah gelas air sekurang-kurangnya satu jam sebelum penggunaan.

 

Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Limau Kasturi! Fakta Dari Sudut Sains Dah Terbukti, Rugi Kalau Tak Amalkan.

2. Masukkan jus limau ke dalam segelas air ais dan kacau dengan satu sudu kecil madu.

3. Selepas chia seed telah direndam, tambahkannya ke dalam gelas.

4. Kacau dengan sudu dan minum minuman pagi ini setiap hari dengan perut kosong.

InsyaAllah jika diamalkan selalu, ia boleh memperbaiki kesihatan jantung, meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, merendahkan paras LDL dan trigliserida.

sumber : Noriza Rahman via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI