Tarikh 13 julai 1993 menjadi detik bersejarah buat pelakon bernama Zarina Zainuddin. Detik itulah dia memegang stastus seorang isteri sekali gus berkongsi suami dengan wanita lain.

Meskipun dia mendapat restu isteri pertama, namun tanpa sedar sekeping hati terluka dek keputusan tersebut.

Biar sudah tahu akan kedudukan dirinya, Zarina Zainuddin nyata cukup sabar dan bijak membawa diri sehingga diterima baik oleh madunya.

Ikuti perkongsian Zarina mengenai ulang tahun perkahwinannya yang sudah memasuki 25 tahun. Hasil perkahwinan tersebut, Zarina dikurniakan 4 oprang cahaya mata yang mana duanya kembar bernama Azal Dan Azil yang mempunyai masalah autisme manakala dua lagi normal.

Jangan Bila Suami Keluar Pintu  Depan, Isteri Ikut pintu belakang. “Sebab Tu Jadi Wanita Harus Belajar Sabar”Pesanan Suami Zarina Zainuddin!


“13 Julai 1993 menjadi  tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai.. walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia.

Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun..saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya..kalau kakak izinkan saya kawin.

Wanita harus belajar sabar

Selepas berkahwin, suami Zarina mengakui keputusan tersebut dilakukan atas dasar kesian dan bukannya cinta.

IKLAN

Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar abang lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada.

kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tampa cinta..dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar..

Jangan Bila Suami Keluar Pintu  Depan, Isteri Ikut pintu belakang. “Sebab Tu Jadi Wanita Harus Belajar Sabar”Pesanan Suami Zarina Zainuddin!

Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman ?
Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya..

#khasuntukmerekayangbermadudiluarsana
#sharingiscaringandforgivingallways
#ujumpijump

Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..

IKLAN

Selain itu, zarina turut memuat naik satu video anaknya Azil mengamuk dan memukul mukanya sendiri.

Jangan Bila Suami Keluar Pintu  Depan, Isteri Ikut pintu belakang. “Sebab Tu Jadi Wanita Harus Belajar Sabar”Pesanan Suami Zarina Zainuddin!

Dia nak mengadu tapi tak boleh cakap..harini dah 4 kali azil mengamuk pukul2 muka dia.. Azal dah siap kerja terus keluar ..saya nak keluar pun tadi pegi open house sekolah adam bawak azil..balik sampai rumah mengamuk lagi..bilik air saya jadi tempat dia lepaskan marah dia ..azil marah ibu yea..marahlah ibu tak pernah marah azil ..azil nak sepahkan katil ibu buatlah nanti ibu kemas balik..

Rupanya hari ini hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 25..dah lama dah ibu hidup dengan abah dan bermadu dengan mama kau nak..dah lama ibu menumpang kasih..Allhamdulillah , semuga perkahwinan ini memberi rahmat dalam hidup ibu.

Jangan Bila Suami Keluar Pintu  Depan, Isteri Ikut pintu belakang. “Sebab Tu Jadi Wanita Harus Belajar Sabar”Pesanan Suami Zarina Zainuddin!

IKLAN

Cukup sebak dan syahdu bila membaca perkongsian Zarina ini. Hanya mereka yang memiliki jalan hidup yang sama yang dapat merasai perasaan tersebut.

Patutlah ramai yang kagum dengan ketabahannya menguruskan anak kembarnya itu.

kak.chomSelamat ulang tahun perkahwinan ye puan zarina @zarinazainuddin_ saya tk pernah lupa baca kisah puan dan anak2 ini.. Puan insan tabah dan wanita kuat semangat.. Setiap manusia ada ujian tersendiri yg Allah tentukan.. Semoga terus tabah dan mendapat redha Allah.. berbahagia dunia dan akhirat

nikida.synergyYa Allahh .. tabahnya kami … saya juga ada anak istimewa (down syndrome) … tapi .. apa yg saya lalui hanya sepicis kecil dari apa yg kamu lalu dlm menjaga amanah Allah ini … u made me cry 

eiryati4evaHappy Anniversary @zarinazainuddin_ Semoga Zarina menjadi seorang ibu..is3.. wanita..perempuan yg tabah setabahnya. Kita mpunyai bahagian masing2. Kirim salam sayang buat Azil dan Azal.

sarianashaSelamat ulangtahun perkahwinan yg ke 25 thn.. Moge zarina terus tabah dlm melalui setiap dugaan.. Moge Allah permudahkan sgale urusan zarina n anak2 aaminn @zarinazainuddin_

isteri_cintaallahMenikah tanpa cinta itu tidak mustahil utk bahagia akhirnya..ramai yg bercinta diawal2 tapi akhirnya hilang juga cinta…bercinta dgn suami mesti kerana ALLAH SWT semata2, disitulah kita akan belajar sabar, redha, ikhlas dan syukur… insya allah, ikatan perkahwinan itu semakin lama semakin kuat kerana yang menjaga hubungan itu adalah yang Maha Menjaga, ALLAH SWT..hayati firman NYA : _Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) *perasaan kasih sayang* dan *BELAS KASIHAN*. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir._ -Surah Ar-Rum, Ayah 21

Sumber: IG zarinazainuddin_

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI