Apa sahaja trend yang dimuat naik di laman sosial terutamanya Tiktok, pasti akan jadi viral dan diikuti ramai. Misalnya baru-baru ini telah tular satu trend mainkan video mengilai menjadi pilihan orang ramai untuk menakutkan orang lain.
Jika anda perasan, bukan hanya menakutkan sesama orang dewasa, malah ada juga segelintir ibu bapa menakutkan anak-anak dengan trend ini untuk melihat reaksi mereka. Tapi, sedar tak ibu bapa sekalian bahawa perkara itu sebenarnya mampu memberikan kesan terhadap mereka?
Tampil beri teguran di laman Tiktok miliknya sendiri, seorang pegawai perubatan yang memegang akaun the.dressar menggesa agar orang ramai berhenti membuat trend tersebut. Hal itu kerana perkara tersebut dapat mengganggu perkembangan psikologi anak-anak yang sepatutnya dibentuk dengan baik sejak kecil. Lebih buruk lagi, ia juga mampu tinggalkan perasaan trauma dalam fikiran mereka.
IKLAN
Malah tambahnya, walaupun mungkin ada yang pandang trend ini hanya satu gurauan, tetapi perasaan takut itu sebenarnya mampu kekal sehingga kanak-kanak tersbeut meningkat dewasa sekaligus mengganggu keyakinan diri mereka. Bagaimanapun, si pemilik akaun turut berharap agar ibu bapa mengambil peduli akan isu ini dan jadikan ia sebagai satu pengajaran.
@the.dressarPerkembangan psikologi mental kanak-kanak jangan buat main. Boleh tinggalkan trauma pada mental dan diri mereka. Tolong ambil peduli.♬ ghost’s crying – V.A.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan orang ramai bersetuju dengan pendapat pemuda ini. Malah, ada juga yang meminta untuk orang ramai hentikan trend ini agar anak-anak mampu membesar dengan baik.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin. Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.
Kalau ada orang peluk dia waktu ni. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu. Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu. Dia nak jadi anak yang baik.
Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
PELUKAN ‘UBAT’ YANG SUPERB!
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan. Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak. Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Kredit: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas lapan tahun membina nama dan populariti, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut menerima tempias wabak Covid-19. Bisnes fesyennya sejak dua tahun lalu terpaksa bergelut dek pandemik tersebut.
Terkenal dengan tagline atau tanda pagar tukang jahit termahir Malaysia, dia mengakui pernah ‘terduduk’ seketika dek penangan pandemik.“Pandemik yang muncul tiba tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.
“Jualan baju di atas talian pun tak jalan ketika era pandemik. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi ‘sakit’ sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.
“Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju ‘custom made’ atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat. Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung,” katanya yang pernah menjadi eksekutif jualan senior di beberapa buah butik jenama mewah sekitar 2010 sebelum bergelar pereka fesyen.
Dek kerana itu, suami kepada Zahie Omar ini ‘terpaksa’ berjinak jinak dengan dunia perniagaan makanan menjual juadah viral di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.“Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival. Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja.
“Realitinya, kuasa membeli makanan ada. Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.
“Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen,” katanya.
Begitu pun, bekas graduan bidang Diploma Seni Fesyen dan Rekaan ini optimis setiap yang terjadi pasti ada penyelesaian.
“Sampai tahap sekarang walau apa terjadi, saya tak pernah terlintas nak tutup butik dan tinggalkan kerjaya pereka fesyen. Itu sudah jadi seperti darah daging dan nyawa saya. Sayang kalau saya mengalah kena fikir positif. Insya-Allah ada jalannya.
“Malah saya menambah cawangan butik yang kedua di negeri kelahiran sejak September tahun lalu. Alhamdulillah sudah setahun lebih beroperasi dan masih ‘survive’.
“Saya beruntung kerana golongan VIP termasuk kerabat Kelantan yang jadi pelanggan tetap. Antaranya isteri Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson,” katanya.
Dalam pada itu, Ezuwan mengakui ada ketikanya dia pernah rasa mahu berhijrah dengan keluarga tersayang ke luar negara.
“Kadang kadang fikir kalau segala galanya menjadi semakin teruk termasuk perniagaan butik, saya mahu saja ‘migrate’ ke London dan tinggalkan semua yang ada di sini.
“Saya nak hidup normal di sana. Dapat kerja waktu pejabat pun cukup. Hujung bulan tunggu gaji masuk akaun bank.
“Pernah juga berseloroh dengan Che Ta apabila saya mesej ke telefonnya ajak buka restoran di sana dan jadi rakan kongsi. Kalau jadi, best juga,” katanya.
Mengulas mengenai kontroversi yang pernah melanda dirinya gara-gara mahu terjun ke bidang nyanyian, rupa-rupanya pada 2019, dia pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band di samping Zulyasrani dan Ariff Imran.
Dua single, Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran menjadi bukti bakat kelahiran Kelantan ini mahu berkongsi bakat yang ada biarpun dikecam hebat. Malah ia juga gagal meninggalkan impak.
Ibarat berlalu sepi, hingga dia kembali fokus sebagai pereka fesyen. Begitu pun, Ezuwan tetap berdegil mahu menyanyi.
“Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu.
“Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja,” katanya.
Ezuwan optimis dan tidak mahu terus terbeban dengan skeptikal dengan pandangan ramai termasuk ‘haters dan netizen.
“Saya jenis yang tidak cepat mengalah atau ‘tak makan saman’. Kalau nak buat sesuatu, saya akan pastikan bikin sampai jadi. Ada yang cakap saya tak perlulah menyanyi dan fokus saja kerja hakiki.
“Tapi saya peduli apa. Saya mungkin bukan penyanyi hebat yang ada vokal ‘power’.
“Saya tetap nak nyanyi. Cakap dan kecam apa saja, insya-Allah suara saya tidaklah seteruk pengasas jenama produk lain,” katanya lagi.
Wanita dan pemakaian barang kemas dilihat memang begitu sinonim. Lantaran itu dalam memahami naluri wanita yang suka akan barang kemas, tidak hairanlah aksesori yang bernilai ini turut dijadikan antara hadiah yang istimewa oleh seorang suami untuk menghargai isterinya yang tercinta.
Manakala daripada pihak isteri pula, sewajarnya kita kenalah tunjukkan rasa berterima kasih kepada suami dengan pemberian tersebut. Paling mudah, sentiasa pakai barang kemas yang telah dihadiahkannya itu.
Pun begitu, anda perlu tahu bila barang kemas ini sentiasa dipakai dan dijadikan basahan. Lama-kelamaan warnanya akan kelihatan kusam dan juga nampak kotor kesan daripada pelbagai sebab.
Umunya tahu, kalau ingin cuci barang kemas biasanya akan dihantar ke kedai emas. Pun begitu, ada cara termudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri proses mencuci emas ini. Nak tahu lebih lanjut jom semak perkongsian daripada Maryam Empayar Gold.
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program...