Teksturnya yang lembut dan rasa kelapanya yang asli membuatkan ramai antara kita menggemari keenakan rasa hidangan ini. Lagi-lagi kalau dimakan ketika sejuk, kepuasan menikmati jeli kelapa ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Rasanya memang sedap!

Untuk yang baru ingin mencuba menyediakan menu ini untuk dinikmati bersama kelaurga, tersedia resipi yang cukup mudah untuk dilakukan. Malah Puan Noraini Hussin juga tidak lokek berkongsi tip untuk pastikan jeli kelapa yang dibuat tidak mudah basi. Jom semak apa katanya…

Kali ni saya nak kongsi sedikit tip supaya jeli kelapa tidak mudah basi dan tahan lama. In shaa Allah tahan selama seminggu lebih dalam simpanan peti ais. Sesuai untuk para peniaga. Kalau untuk makan sendiri abaikan je tip ni sebab kalau buat tak sempat simpan,1 hari dah habis.

Jeli Kelapa Kalau Tak Nak Cepat Basi, Wanita Ni Ada Petua Pastikan Walau Seminggu Rasanya Tetap Fresh!

IKLAN

Tip jeli kelapa tahan lama:
Isi kelapa yang telah di lorek hendaklah dibasuh terlebih dahulu dengan air biasa sehingga tiada air putih santan pada isi kelapa tersebut. Kemudian tapis  dan toskan betul-betul dan barulah boleh diletakkan ke dalam larutan air jeli kelapa tersebut.

Di sini saya sertakan sekali lagi resepi mudah yang saya gunakan hasil tunjuk ajar dari suami saya sendiri:

IKLAN

JELI KELAPA
25g agar-agar tali (1 paket 25g)
700g gula
3.5liter air biasa
3.5liter air kelapa
4helai daun pandan

IKLAN

Cara Buat :

  1. Masukkan air biasa, air kelapa, gula, agar-agar, daun pandan dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan sehingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya.
  2. Masukkan dalam bekas.
  3. Masukkan isi kelapa muda yang telah di lorek dan di tos terlebih dahulu (boleh gunakan tip yang saya beritahu di atas jika nak berniaga).
  4. Sejukkan sehingga menjadi keras jeli.

 

sumber : Noraini Hussin via MAHN 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI