Bila kita menyaksikan harga barangan dan makanan serba serbi naik harga namun masih ada lagi peniaga yang berhati mulia tidak mementingkan keuntungan besar semata-mata namun masih mengekalkan harga jualan bahkan jauh lebih murah daripada harga kelaziman.

Ini seperti mana berita yang dikongsikan oleh Sinar Harian berkenaan seorang peniaga roti canai di Kuala Terengganu nekad menjual roti canai dengan harga serendah 50 sen.

Jika difikirkan logik akal, mana hendak dapatkan keuntungan daripada jualan tersebut.

Namun percaya pada kekuatan rezeki, Rohaizan Hassan, 51, mengambil keputusan menjual roti canai murah biarpun menerima kritikan daripada peniaga lain atas tindakannya yang dianggap ‘membuang harga’ bagi melariskan jualan.

Niatkan Untuk Arwah Anak 

“Ada sebab saya jual roti canai murah. Pertama, saya niatkan atas nama anak saya, Allahyarham Mohd Syafiq Najmuddin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di kawasan ini ketika menghantar ‘pizza’ yang dipesan pelanggan pada 2019.

“Kedua, saya mengenangkan nasib orang-orang yang kurang bernasib baik, ada anak ramai tetapi tidak mampu nak berbelanja lebih untuk beri anak-anak makan lebih-lebih lagi dalam tempoh yang sukar ketika ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

“Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!

Menurut Rohaizan, dia terfikir untuk menjual roti canai murah selepas menonton sebuah rancangan televisyen yang memaparkan sebuah gerai di Kedah menjual roti canai pada harga yang sama.

“Selepas menonton rancangan itu saya mula terfikir mengapa saya tidak boleh jual pada harga murah juga sedangkan peniaga berkenaan boleh buat.

“Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!

“Saya akui, ada yang komplen cakap jual roti murah tak dapat untung dan kalau nak berniaga tak boleh jual harga ini. Saya kata, itu rezeki masing-masing. Kalau kita niaga di kedai tetapi nak jual murah pun boleh. Semua tu kita yang ‘adjust’ (selaraskan),” katanya.

Rohaizan berkata, kenaikan harga barang tidak menjejaskan perniagaanya malah dia berazam untuk terus mengekalkan harga 50 sen pada roti canai yang dijual.

Sumber : Sinar Harian 

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI