Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Namun, resepi kali ini adalah gandingan puding karamel dengan kek coklat. Rasa ideal puding yang berlemak dan kek yang gebu membuatkan, penggemarkan akan makan berulang kali.

Perkongsian oleh Shafiqah Muhamad menarik perhatian ramai dengan resepinya. Apa lagi, boleh cuba resepi viral legend ini.

Resepinya mudah sahaja untuk puding gula hangus guna loyang saiz 7×7.

CARA PENYEDIAAN

cairkan hanguskan gula 4sdb. Kemudian biar sejuk. Kacau sebati 4 biji telur, satu cawan susu cair satu cwn susu pekat , 1sdt esen vanila.

Selepas itu, masuk dalam loyang gula hangus tadi. Kukus selama 30 minit. Masuk adunan kek coklat macam biasa.

IKLAN

Untuk kek

Guna sukatan cwn -1cwn minyak, 1cwn gula, 1cwn susu cair, 1cwn susu pekat, 1cwn serbuk koko, kacau atas dapur api slow bg sebati.

IKLAN

Kemudian ayak 1cwn tpg gandum, 1sdt baking powder, 1/2sdt baking soda dan pukul 3biji telur, esen vanila.

Campur sikit-sikit  ketiga-tiga bahan smpai sebati. Baru masuk dalam loyang puding. Kukus 35 minit smpai masak terbalik sejukkan. Sedapnya menjamu selera dengan keluarga.

Selamat mencuba!