Sebut sahaja nak berkahwin, pastinya duit menjadi perkara utama yang dirunsingkan oleh bakal pengantin. Maklumlah, nak buat apa sekali pun sekarang ini memerlukan duit, kalau tak ada duit semua yang dirancang tidak menjadi. Atas alasan ini juga, ada antaranya hingga sanggup membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin dek kerana tiada duit tabungan.

Namun tahukah anda dalam hal membuat loan bank untuk tujuan berkahwin, rupanya-rupanya menjadi pantang larang dalam masyarakat Cina. Difahamkan bagi orang Cina, tidak dibenarkan langsung untuk membuat majlis perkahwinan kalau tiada duit.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Tai Zee Kin di akaun facebooknya dan secara tidak langsung memberi kefahaman berkenaan adat orang Cina tentang isu perkahwinan. Ibu ayah lebih selesa anak-anak yang ingin berkahwin telah bersedia dari segi kewangan sebelum mengadakan majlis perkahwinan.

Ini cara orang Cina layan isu majlis perkahwinan (Wedding)

  1. Ibu Bapa pihak wanita akan galakkan supaya menantu buktikan kemampuan membeli rumah dulu sebelum meminang/merisik – dan lazimnya dengan cara lembut (soft approach) untuk memastikan anak nama anak perempuan mereka muncul dalam Geran Tanah/Rumah.
  2. Bila dah mampu beli rumah, ada kereta, baru ‘mula’ proses meminang/merisik atau buat ‘marriage proposal’.
  3. Selepas itu, kami akan ‘daftar perkahwinan dulu’ bawah ROM (pendaftar perkahwanan). Jadilah suami isteri sah undang-undang dahulu sebelum majlis. Ambilah masa secukupnya untuk membuat rancangan majlis perkahwinan. Banyak antara kaum cina yang mengaturkan majlis perkahwinan dari 6bulan hingga 2 tahun setelah mendaftarkan perkahwinan dengan ROM.
  4. Pasal majlis ini, biasa ada dua jenis.

– jenis pertama ialah dua majlis berasingan (lazim untuk keluarga pengantin lelaki dan wanita yang berkampung di tempat belainan – contoh, keluarga pengantin lelaki di Sungai Petani Kedah, keluarga pengantin perempuan di Seremban, Negeri Sembilan). Ibu bapa pengantin akan saling hadir.

– jenis kedua adalah majlis yang bergabung (dua dalam satu) 聯婚, dimana hanya ada 1 majlis sahaja untuk kedua-dua belah pihak pengantin. Saudara Mara dua pihak akan hadir majlis yang sama. Majlis sebegini biasa berlaku kalau pasangan pengantin berasal dari tempat yang sama.

“Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin”-Rupanya Orang Cina Pantang Buat Loan Untuk Buat Majlis!

IKLAN
  1. Bagi cina, PANTANG AMBIL PERSONAL LOAN untuk membuat majlis perkahwinan. Tidak dibenarkan. Ibu bapa akan kata ‘kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin’. Simpan cari duit dulu. NON NEGOTIABLE. Tidak akan berlaku.
  2. Ibu bapa biasa kalau mampu, akan simpan duit untuk perkahwinan anak masing-masing. Mereka akan bagi duit kepada anak-anak untuk ringankan beban mereka.
  3. Budaya Cina berpisah tiada dengan ‘Ang Pow’. Kalau pernah hadiri perkahwinan cina, depan dewan biasanya ada satu meja kaunter pendaftaran. Kaunter ada dwi-fungsi. Pertama pendaftaran, kedua, ‘rekod Duit Angpow’.
  4. Pasal angpow perkahwinan ini, dia ada ‘kadar rujukan’ mengikut jenis majlis (hotel, restoran, dewan orang ramai), lokasi (hotel 5 star Bukit bintang, atau restoran Jade Garden Sungai Petani) dan juga berapa intim hubungan (pek pek emem ah cik ah sim bagi lebih. Biao shu, shu po, yi po, biao jie bayar kurang sikit. Kawan karib bagi lebih, kawan tak sekarib bagi kurang sikit.
  5. Saudara mara sudah tahu, untuk bagi amoun berapa dalam angpow ikut kadar tersebut. Sebagai contoh, kalau RSVP majlis di Hotel 4/5 bintang, RM150-250 adalah biasa bagi setiap yang hadir. ibu akan tanya dalam kumpulan whatsapp – berapa yang akan hadir majlis perkahwinan sepupu? Ibu nak buat anggaran angpow. Kalau keluarga ada 3 yang hadir, ibu mungkin akan sediakan angpow RM500. Kalau ibu seorang sahaja yang hadir, mungkin RM200.

Kalau buat di restoran makan di Tampin, mungkin kadarnya RM50-RM 80.

  1. Bila sampai depan kaunter rekod angpow, zaman dulu-dulu dia akan terus buka angpow (sekarang dah jarang, dia buka bila majlis habis di rumah) dan buat catatan amoun ang pow

Tai Zee Kin (Sepupu belah pengantin wanita) – RM250

Chew Hoong Ling (sepupu xxxx) – RM300

Joan Lai (Yi Poh) – RM 500

Jadi, bila bagi angpow, kami akan tulis dengan jelas nama di belakang angpow itu untuk memudahkan rekod. WAJIB. Tak caya? Hadirlah majlis perkahwinan cina, perhatikan angpow mereka bagi. Mesti ada tulis nama di belakang.

IKLAN
  1. Buku catatan angpow ini, pihak ibu bapa pengantin akan simpan dengan baik. Hari kemudian bila ada anak sesiapa kahwin, ibu akan buka buku catatan tersebut (selalu disimpan dalam laci altar dewa dewi), dan cari juga berapa yang dia atau ibubapa dia bagi masa majlis perkahwinan anak sendiri. Dia akan balas amoun tersebut dan top up sikit lagi. Kalau yang kahwin itu adalah anak tunggal, ibu akan top up lagi angpow tu.
  2. Maka, dalam banyak majlis Perkahwinan Cina, pasangan pengantin akan dapat ‘lebihan’ wang dari angpow : cukup untuk membayar semua belanja dan kos majlis, siap ada baki lagi. Baki ini akan dibelanjakan untuk cuti Bulan Madu, atau beli rumah.
  3. Budaya ini diwarisi sejak ribuan tahun sampai sekarang. Ang Pow Majlis perkahwinan seolah-olah menjadi ‘pelaburan’ yang bakal meraikan keuntungan. Kami sampai sekarang tidak pernah hadir majlis perkahwinan cina tanpa memberi angpow dengan amoun yang setimpal.
  4. Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala barat. Keluarga yang cukup kaya, mungkin akan suruh jangan bagi angpow. Mereka adalah golongan minoriti.
  5. Saya berasa budaya ribuan tahun ini harus diteruskan kerana ia memperlihatkan sifat kebergantungan dan memupuk semangat ‘komunal’ dengan mendalam.
  6. Nasihat saya kepada kaum lain – JANGAN BENARKAN ANAK-ANAK MEMBUAT PINJAMAN LOAN untuk majlis perkahwinan. Halangkan anak-anak daripada perbuatan ini yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka demi nafsu ‘ego’ sendiri untuk sehari.

Sekian, terima kasih

Sumber : TAI ZEE KIN

 

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin”-Rupanya Orang Cina Pantang Buat Loan Untuk Buat Majlis!

 

Cuti sekolah hujung tahun ini  kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.

“Kalau Tiada Duit, Kami Tak Benarkan Kahwin”-Rupanya Orang Cina Pantang Buat Loan Untuk Buat Majlis!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI