“Anak tingkatan pun tak secantik tulisan macam ni,”

“Jelas dan kemas.”

“Darjah tiga, tulisan cantik sangat!,” antara komen warganet setelah melihat hasil perkongsian puan Noor Shahidah Zainuddin , ibu kepada adik Muhammad Hadif Hakim Bin Mohd Jukhairi yang tular dengan tulisan cantiknya.

Tidak sampai 6 jam perkongsian ini telah mendapat lebih 11K like dan 1.6K komen daripada warganet menerusi group TcherCollection – TC.

“Assalamualaikum..Anak sulung saya ni darjah 3 siap kan pdpr subjek BM , dan terus hantar tugasan kat cikgu . Cikgu pun terperanjat tengok tulisan anak Dia saya.hehe Dari dia tadika , sampai skrg darjah 3 tulisan dia memang selalu dapat pujian dari cikgu2 yg mengajar dia.Syukur alhamdulillah.”

Siapa sangka murid darjah 3 ni mampu menulis dengan kemas dan tersusun dengan cantik. Hasil penulisan yang membuatkan ramai yang teruja. Malah ada yang mengakui mengalahkan penulisan pelajar sekolah menengah!

TAK SANGKA TULAR

Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip.

Menurut puan Noor Shahidah yang dihubungi KELUARGA hari ini menjelaskan, bahawa dia tidak menyangka tulisan anaknya menjadi tular sehingga mendapat pujian ramai. Malah ada yang DM nya di facebook untuk bertanyakan petua dan tips menulis dengan kemas.

IKLAN

Jauh disudut hati Noor Shahidah, melahirkan rasa syukur anaknya mempunyai keistimewan begitu, namun beliau mengakui hanya memberi kata-kata nasihat dan teguran supaya anaknya membaiki tulisan.

“Sejak dahulu lagi sebelum PKP, saya akan sentiasa menyemak homework anak saya. Ketika menyemak latihan anak, ketika itulah saya akan menegur tulisan anak. Saya akan tanya kenapa huruf ‘a’ tak macam ni.

“Saya suruh anak saya Hadif, baiki tulisan. Jika tak cantik saya akan padamkan. Suruh dia tulis semula, Jadi dengan cara ini, untuk mengelak kerjanya dipadam, Hadif akan memastikan tulisan kemas dan cantik. Ok ummi, saya buat cantikkan.’, jelasnya.

Katanya lagi, tidak memegang tangan anaknya untuk betulkan tulisannya tetapi hanya memberitahu tulis dengan kemas dan cantik serta betulkan huruf.

Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip.

Dalam pada itu, beliau juga sering memberi dorongan dan nasihat kepda anak sulungnya, agar menjadi contoh kepada adiknya, Muhammad Muqri Umar Bin Mohd Jukhairi yang kini darjah 1.

IKLAN

“Saya bagi nasihat kepadanya jadi teladan kepada adik. Juga saya bersyukur Hadif dengar cakap dan tak memberontak seperti baling pencil atau merajuk jika ditegur. Dia akan buat apa yang saya suruh.”

Bukan sahaja memiliki tulisan rumi yang cantik, tulisan jawi dan arab tetap mendapat pujian guru-guru di sekolahnya. Menariknya Hadif merupakan pelajar yang mendapat Anugerah Cemerlang ketika darjah satu dan darjah dua sebagai ikon pelajar di kelasnya.

Murid Sekolah Kebangsaan Dato’Demang Hussin ,Bukit Katil Melaka ini bercita-cita ingin menjadi guru seperti ayahnya, Mohd Jukhairi Bin Md.Said nyata ini mempunyai jati diri yang tinggi.

Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip.

PENCIL YANG DIGUNAKAN

Ramai warganet bertanya mengenai pencil yang digunakan oleh Hadif. Inilah pencil yang digunakan oleh adik ini.

IKLAN

Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ibu bapa untuk mendidik anak. Mana tahu kan bermula tulisan cantik, anak-anak akan lebih berdisplin untuk cemerlang dalam pelajaran.

Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip.

 

Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI