Siapa yang tak nak anak kan, lebih-lebih lagi bagi pasangan suami isteri. Kata orang hadirnya anak melengkapi kehidupan berumahtangga.

Namun semua itu berlaku dengan izinNya, jika belum rezeki maka kena reda dan sabar menanti.

Bagi pasangan selebriti, Izzue dan isterinya, Awin Nurin sudah mendirikan rumah tangga sejak 7 tahun lalu. Namun belum ada rezeki untuk menumpang cahaya mata.

Berkongsi isi hati menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini di TV3 baru-baru ini, Izzue dijemput sebagai tetamu berkenaan topik ‘Anak Penentu Bahagia’ bersama penonton.

“Tidak dinafikan seperti yang kita tahu anak ni akan bagi kita kebahagian, keceriaan dalam rumah tangga tapi macam saya dah alami dan kami dah berkahwin hampir 7 tahun masih belum lagi menimang cahaya mata.

“Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin kawan baru sahaja kahwin dah dapat anak.

“Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.

“Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan menguris hati kita,” luahnya.

Begitu pun baik Izzue mahupun isteri sentiasa bersikap positif dan berfikir rasional bagi menjawab pertanyaan mengenai isu anak.

“Macam mana kami menangani tekanan ni dari awal lagi saya dan isteri harus positif walaupun macam saya cakap tadi ada pertanyaan yang kita boleh terima ada tidak yang kadang-kadang tu kita rasa kau ni nak tanya ke nak menyakitkan hati aku?

“Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stres.

“Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdulillah,” katanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 2 Jun 2013.

IKLAN

Sumber: Media hiburan

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!