Siapa yang tak gembira kan melihat  pokok yang ditanam hidup subur. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya. Namun, apabila diserang penyakit mahupun haiwan perosak memang automatik rasa geram kan.

Apa tidaknya, kita terpaksa berhadapan dengan haiwan perosak atau haiwan liar seperti babi hutan dan sebagainya yang merosakkan tanaman mereka bila-bila masa sahaja terutamanya jika tiada orang yang menjaga sepanjang masa.

Tambah lagi jika tanaman seperti pokok pisang, buah-buahan lain terutamanya bakal berhadapan dengan babi hutan atau monyet yang akan menyerang tanaman yang telah diusahakan.

Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali. Jom kita cuba petua mudah ini yang yang dikongsikan  Maria Isabella menerusi page  Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri


Saya share utk kawan2 kebun bandar.(copy paste)

Kawalan Secara Biologi untuk Mengelak Serangan Babi/khinzir :

IKLAN

Kawalan Secara Biologi untuk Elak Serangan Babi Pada Tanaman. Salah Satunya Dengan Tanam Pokok Bunga Turnera

Pokok bunga Pukul 10 atau Turnera subulata (bunga putih) ini biasanya di tanam di ladang kelapa sawit. Kalau Tuan/Puan perasan ada di keliling ladang kelapa sawit berhampiran pagar. Bagi tanaman kelapa sawit Bunga Turnera Dan Air Mata Pengantin ditanam bertujuan untuk mengawal ulat bungkus yang menyerang tanaman kelapa sawit.

Bunga Turnera juga sesuai ditanam di Kawasan tanaman yang Tuan/Puan usahakan seperti Pisang, Kelapa dan lain-lain seperti padi.

IKLAN

Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.

Bunga ini mengeluarkan bau yang babi/khinzir tidak suka. Ianya boleh tanam di sekeliling Kawasan tanaman untuk dijadikan sebagai ‘pagar’ bagi mengelak serangan Perosak. Kita sedia maklum babi aktif lewat petang dan malam. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini menganggu deria bau babi.

Kawalan Secara Biologi untuk Elak Serangan Babi Pada Tanaman. Salah Satunya Dengan Tanam Pokok Bunga Turnera

IKLAN

Bunga ini ada yang berwarna putih dan kuning. Yang kuning nama spesisnya Turnera umnifolia dan Turnera diffusa. Boleh Google.

Kajian pernah dijalankan di Taman Botani Negara Shah Alam terbukti berkesan mengawal serangan babi/khinzir.

Selamat Mencuba!

Sumber Fb: Zarina Jaafar

*BAGUS TEKNIK NIE JIKA BERKESAN 😊💪🙏

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI