Kejayaan tidak datang bergolek, pasti disusuli dengan usaha gigih. Demi ingin mengubah kehidupan mereka sekeluarga,  personaliti yang cukup lemah lembut dan tersusun tutur katanya, tidak lelah dalam mengejar kejayaan.

Bercerita mengenai pengalaman sewaktu belajar dahulu, Profesor Dr Sidek Baba. mengakui, dek kerana ketidakcukupan wang untuk menaiki bas, beliau sanggup mengayuh basikal yang jaraknya 60 kilometer dari rumah.

Meski jauh dan keletihan namun tekad untuk berjaya tak pernah padam membuatkan beliau kuat. Tidak malu mengakui pernah mendapat keputusan MCE gred 3. Malah, ayah kepada 8 cahaya mata ini pernah mengambil peperiksaan STPM sebanyak 7 kali.

Kayuh Basikal 60Km Ke Sekolah, Gagal 7 Kali Periksa & Dapat PhD Usia 45 Tahun, Prof Dr Sidek Baba Kongsi Rahsia Kejayaan.

“Saya merasakan pendidikan dan ilmu adalah landasan terbaik untuk maju ke hadapan. Selepas tamat pengajian Sekolah Menengah, saya ditawarkan jawatan guru sementara. Selepas setahun, saya ditawarkan menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim selama 2 tahun. Di sini saya belajar erti perjuangan selain turut aktif berpersatuan dan juga dalam bidang penulisan.

“Di maktab, saya membuat persiapan mengambil STPM bagi membolehkan saya memasuki universiti. Saya menjadi guru pada tahun 1968 dan mengambil STPM secara persendirian. Saya mencuba sebanyak 7 kali untuk mendapat sijil penuh bagi membolehkan saya memohon masuk ke universiti.

“Saya belajar sendiri tiada sebarang kelas tambahan sebaliknya berpandukan buku semata-mata. Sambil mengajar saya belajar, hujung minggu saya akan duduk belajar. Waktu itu memang susah nak lulus.

“Dulu jika ada pelajar yang lulus nama akan tersiar di akhbar. Jadi bila tengok nama tak ada saya tahu tak lulus.  Kebetulan saya seorang di kampung itu yang masuk sekolah menengah. Duit tak ada kerana ayah hanya penoreh getah dapat belanja RM2.50 sen sehari.

“Jadi, saya nekad dan cakap pada ayah biar saya kayuh basikal ke sekolah yang jaraknya 60 kilometer. Yang banyak beri inspirasi ibu bapa dan datuk saya kerana mereka yang selalu beri galakan dan semangat. Disebabkan masalah kewangan, saya tak ada duit nak bayar yuran. Cikgu selalu desak dan tanya bila nak bayar yuran.

“Jadi saya berasa malu bila orang pandang, jadi saya gunakan duit untuk beli buku bagi bayar yuran sekolah. Pun begitu saya tidak patah semangat, sekali melangkah saya teruskan.

“Semangat ada tapi kemudahan tiada jadi saya hanya mampu dapat gred 3 untuk MCE waktu itu,”ujar Cikgu Sidek yang mengakui rahsia hidupnya adalah  tidak give up dan sentiasa berkobar-kobar untuk terus belajar

Pentingkan belajar dan keluarga

Mengulas lanjut mengenai 7 kali gagal dalam STPM, beliau akhirnya berjaya dan berjaya menggenggam phd dalam usia 45 tahun.

“Kali pertama gagal saya cuba kali kedua dengan tekad saya berjaya, namun gagal juga.  Tak dapat sijil penuh, sehingga kali keenam saya tidak berhenti setiap tahun ambil. Selepas itu, tahun ketujuh saya berkahwin dan ambil peperiksaan sekali lagi.

“Alhamdulillah berjaya dapat sijil penuh dan memasuki Universiti Malaya. Waktu itu, jadi cikgu sekolah rendah gaji kecil RM250. Daripada RM100 bagi ibu ayah di kampung. RM100 untuk biaya adik-adik saya sekolah manakala RM50 untuk belanja hidup saya sebulan.

IKLAN

“Mungkin kerana saya jenis tak macam orang muda lain waktu itu, yang penting saya utamakan belajar dan juga keluarga. Saya disiplin diri belajar, belajar dan ulang kaji.

“Saya tak macam orang muda lain yang ke bandar untuk tengok wayang dan sebagainya,” ungkap beliau yang cukup selesa membahasakan dirinya sebagai Cikgu Sidek sejak dahulu hingga sekarang.

Anak 8 kewangan terbatas

Usai berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu, Cikgu Sidek kemudiannya menyambung pengajian di UKM dalam Diploma Pengajian Islam. Seterusnya ke Amerika Syarikat dalam bidang Sarjana Sains Pendidikan dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar Pendidikan.

“Ketika di luar negara, saya mengambil kesempatan memberi kesedaran dan dakwah kepada pelajar Melayu di seluruh Amerika, Kanada dan United Kingdom supaya mereka memelihara jati diri, mendapat ilmu pegetahuan dan bina tekad untuk kembali ke Malaysia bagi menyumbang ke arah pembangunan negara.

“Ketika itu Jabatan Penuntut Malaysia di Washington menerusia perakuan Kementerian Pelajaran menawarkan kepada saya menyambung pengajian di peringkta Doktor Falsafah.

 

“Awalnya saya keberatan memandangkan anak saya 8 orang dan kewangan terbatas. Namun akhirnya sokongan keluarga dan isteri yang sanggup berhenti kerja membuatkan saya menerima tawaran tersebut.

Kayuh Basikal 60Km Ke Sekolah, Gagal 7 Kali Periksa & Dapat PhD Usia 45 Tahun, Prof Dr Sidek Baba Kongsi Rahsia Kejayaan.

IKLAN

“Pada tahun 1988 saya berpindah ke Universiti Northern Illinois tidak jauh dari Chicago untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Doktor Pendidikan. Kami sekeluarga waktu itu tinggal di masjid kerana sukar mendapat tempat tinggal memandangkan anak yang ramai. Di masjid tempat kami tinggal menjadi pusat dakwah.

“Ini memberi kesempatan pada saya untuk berdakwah di seluruh Amerika Syarikat dan Amerika Selatan selain kerap diundang ke United Kingdom dan Scotland menyantuni pelajar.

“Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan ijazah Doktor Pendidikan pada tahun 1990 sewaktu umur 45 tahun,” cerita Cikgu Sidek lagi  yang berpengalaman sebagai guru selama 18 tahun dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5 tahun

Anak-anak ‘menjadi’

Hasil didikan dan pesanan si ayah selain menyaksikan kesusahan yang ditempuhi bersama ayah membolehkan anak-anaknya ‘menjadi’. Ada yang bekerja sebagai Peguam, Pensyarah, Pegawai Kewangan, Pegawai PTD, dan Jurutera. Malah ada yang sedang kini sedang mengikuti kursus kedoktoran.

Kayuh Basikal 60Km Ke Sekolah, Gagal 7 Kali Periksa & Dapat PhD Usia 45 Tahun, Prof Dr Sidek Baba Kongsi Rahsia Kejayaan.

“Kesukaran hidup sewaktu berada di luar negara dengan kewangan terhad membuatkan kami sekeluarga kena ikat perut.  Ada satu ketika anak meminta pakaian raya, saya cakap tak ada duit dan tunjukkan buku akaun saya yang tertera RM14. 50 sen pada anak-anak. Jadi, saya beli pakaian di jualan garaj untuk ahli keluarga. Walaupun murah tetapi masih elok. Saya beritahu anak kita kena berjimat dan alhamdulillah mereka memahami.

“Saya juga mengutip barang-barang terpakai seperti televisyen lalu ambik dan guna. Banyak kenangan kami sekeluarga di sana waktu itu. Walaupun susah tapi saya tak ralat atau kesal. Dalam hidup kena ‘humble’ jangan tinggi diri, sombong dan sebagainya. Alhamdulillah, sehingga sekarang saya lebih selesa dipanggil Cikgu Sidek.

“Alhamdulillah, anak-anak saya mengikut jejak langkah dan pesanan saya. Dalam hidup ini jangan main-main, buang masa dan jangan sombong serta takbur. Mesti merendah diri. Saya rasa bersyukur dan gembira kerana walaupun anak-anak sudah ada kerjaya dan keluarga masing-masing namun masih punya masa untuk saya dan isteri.

IKLAN

“Hujung minggu rumah ini akan dipenuhi dengan anak-anak dan cucu. Bayangkan 8 keluarga pulang dengan cucu seramai 23 orang memang riuh rendah.

“Setiap minggu mereka akan pulang bergilir-gilir ke rumah saya,”jelas Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 ini yang  sangat meminati bidang penulisan. Sehingga kini hampir 50 buah buku sudah beliau terbitkan.

Kayuh Basikal 60Km Ke Sekolah, Gagal 7 Kali Periksa & Dapat PhD Usia 45 Tahun, Prof Dr Sidek Baba Kongsi Rahsia Kejayaan.

Isteri tulang belakang kejayaan

Berkongsi tip dalam rumah tangga, akui Cikgu Sidek isterinya adalah tulang belakang dalam membantu kejayaan beliau selama ini. Dia sanggup berhenti kerja dalam bidang perakaunan dan mengikut saya ke luar negara.

Kayuh Basikal 60Km Ke Sekolah, Gagal 7 Kali Periksa & Dapat PhD Usia 45 Tahun, Prof Dr Sidek Baba Kongsi Rahsia Kejayaan.

“Rahsia yang baik dalam keluarga adalah apabila isteri bekerja, beri masa untuk suami dan anak-anak. Kena disiplin dan jangan hanya fokus pada kerjaya semata-mata sehingga anak terbiar rosak nanti. Kedua adalah kena ada isteri yang berilmu.

“Apabila ada ilmu boleh didik anak-anak. Ternyata 8 anak saya sangat sayang dan ambil berat akan kesihatan kami suami isteri,”cerita Cikgu Sidek lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.

Sumber: Majalah Keluarga

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI