Membayangkan jika kita sedang makan mangga muda yang rangup hingga kedengaran ‘krup krap’ bunyinya, dan bayangkan juga bila masuk ke dalam mulut akan terasa masamnya itu, pasti sesiapa pun kecur air liur dibuatnya.

Apatah lagi jika dimakan bersama Colek Ala Thai yang mempunyai rasa pedas-pedas manis, memang terbaik.

Jadi memenuhi keinginan merasai kesedapan rasa mangga bersama seisi keluarga, jom baca terlebih dahulu 3 perkongsian resipi ini. Mungkin mengetahui mana yang lebih menepati selera boleh dicuba kesemuanya. Maklumlah lain orang lain seleranya.


“Jom nyicah…try resepi serbuk colek ala thai nie…mmg xhampakan…sllu tertnye2 cmner lah nk buat…..korang suka tak style cmni…hakak semua mkn….
Abaikan kulit pelam yg berjeragat tu erk..tgk sebelah je…..” Norashikin Ismail

-pelam cicah colek ala thai-

Kecur Air Liur & Teringin Punya Pasal, Ni Cara Mudah Buat Colek Ala Thai. Memang Terbaik!

Bahan-bahan:

-cili kering 10 tangkai ( cuci toskan) *
-belacan besar ibu jari hiris nipis *
-udang kering segenggam ( cuci toskan) *
-gula 6-7sb…. ( lau cili pedas blh add lagi)

Cara-cara:
1. Sangai bhn betanda smpai kering
2. Sejukkan & belah dua cili buang bji…
3. Masukkan semua bhn sangai + gula kedlm mesin kering & blender skejap agak hncur
4. Dah siap boleh gaul garam.

Ekstra info :
# bhn sngai pastikan sejuk dlu bru blend…

Kecur Air Liur & Teringin Punya Pasal, Ni Cara Mudah Buat Colek Ala Thai. Memang Terbaik!

IKLAN

Membaca perkongsian daripada Siti Sairah yang juga menyediakan sendiri ramuan Colek Ala Thai ini membuatkan rasa tidak sabar pula untuk merasai sendiri kesedapan dan kenikmatannya. Apatah lagi bila lihat gambar yang dimuat naik di media sosial, memang boleh buat sesiapa pun mengidam!

Menurutnya apabila makan pelam dengan colek ini memang luar biasa, bayangkan 5 biji pelam boleh dimakan dengan penuh berselera. 

“Sekali buat Colek Viral Ala Thai ni mengadap 5biji mangga smpai abis pon xsdo sedap kome weih.. Rugi xcuba! Bahan pon simple dimple jer..Boleh la mkn dgn nanas,pelam, sengkuang dll.. Pganti kuah rojak Siti Sairah

Bahan-bahan:

Cili kering

Belacan

IKLAN

Udang kering

Gula

Cara penyediaan:
1. Sangai semua bahan.

2. Kemudian blend kering.

3. Kemudian letak gula. Nak rsa masin boleh letak garam sedikit.

 

IKLAN

Kecur Air Liur & Teringin Punya Pasal, Ni Cara Mudah Buat Colek Ala Thai. Memang Terbaik!

sumber : Siti Sairah via MAHN

Lain pula dengan perkongsian resipi untuk menyediakan colek ini. Colek Ala Thai daripada Are Peace ini terlihat berkuah. Tentu rasanya tidak kurang hebat bukan? Apatah lagi bila digandingkan bersama hirisan kedondong, ternyata menjadi hidangan yang cukup sempurna buat penggemarnya. 

COLEK BUAH @ KUAH ROJAK ALA THAI..?

Kecur Air Liur & Teringin Punya Pasal, Ni Cara Mudah Buat Colek Ala Thai. Memang Terbaik! Kecur Air Liur & Teringin Punya Pasal, Ni Cara Mudah Buat Colek Ala Thai. Memang Terbaik!

“Selalu tgk mamat thai tu buat live video..hari ni googel resepi dan try buat..
hehehe… jadi ke x nie…nak mkn sangat…pelam muda xdak… buah kedondong pun jalan laaa….Are Peace

BAHAN-BAHAN:

60 gm bawang merah-dihiris nipis
70 gm udang kering ditumbuk
15 gm cili padi merah/hijau tumbuk kasar atau hiris
160 ml air
160 ml sos ikan thai (sos nampla)
300 gm gula melaka

CARA-CARA:

  1. Masukan gula melaka, sos ikan dan air dalam periuk.
  2. Guna api kecil yang dan masak hingga pekat.
  3. Tambah bawang kecil, udang kering dan cili api.
  4. Ddidihkan lagi dan tutup api.sos ini tahan lama simpan dalam botol bertutup

sumber : Are Peace via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI