Menyediakan menu minum petang  untuk keluarga dengan hidangan kek gula hangus menarik juga untuk dicuba.

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, kek ini selalu juga disediakan oleh orang tua kita. Ini memandangkan penyediaannya cukup mudah dengan menggunakan bahan-baham yang ringkas.

Nak tahu resipi sepenuhnya, ini dikongsikan untuk dicuba. Jom semak.


Di antara kek jualan sampingan saya yang paling mudah nak buat…banyak resepi saya pernah cuba,resepi ni yang paling mudah & rasa sedap yang penting gula jangan terlampau perang,,nanti kek pahit.

Kek Gula Hangus, Buat Dengan Cara Mudah & Menjadi!

IKLAN

Saya sertakan resepi di bawah,,,saya izinkn kalau ade yang nak share dan yang nak guna resepi ni untuk berniaga..

kek gula hangus
2 cawan gula
2 cawan air panas
3 sudu majerin

4 biji telor gred A
1/2 cawan susu pekat
2 cawan gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

IKLAN

-cairkan gula guna api perlahan..bila gula dah larut dan bertukar jadi warna perang masukkan air panas..masukkan majerin 3 sudu..kacau,,bila dah berbuih tutup api dan ketepikan.

-kacau telor dengan garfu,,,(kacau manja-manja je)…masukkan susu pekat dan esen vanilla,,,kacau biar sebati
-ayak tepung dan soda,,masukkan dalam adunan tadi,,,kacau hingga adunan hingga tidak berketul
-masukkan gula yang dicairkan tadi dalam adunan dan kacau perlahan hingga sebati
-sapu minyak loyang saiz 7
-tapis adunan tadi dalam loyang & bakar pada suhu 15o~16o api bawah sahaja 35 minit & tambah 1o minit bakar guna api atas bawah..

IKLAN

Kek Gula Hangus, Buat Dengan Cara Mudah & Menjadi!
**Kalau nak buat jual buat sehari awal,,,rase lagi sedap,,,kek tahan 4 hari tanpa masuk peti**

sumber : Siti Noor Aishah via MAHN

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI