Memiliki wajah yang bersih dan bebas daripada cela tentu ada usaha yang harus dilakukan dan ada rutin penjagaannya yang khusus. Itu memang tidak boleh dinafikan, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Jadi sebagai salah satu usaha yang boleh kita lakukan hari ini, adalah dengan mengamalkan petua alami ini dalam perawatan dan penjagaan kulit wajah. Usaha  konsisten yang dilakukan ini akan  menjadikan wajah terlihat lebih bersih dan sekali gus memudarkan bintik-bintik hitam jika ada.

Nak tahu bagaimana, ayuh baca perkongsian daripada perkongsian di fb milik Lelawati Lela yang sering dilihat gemar berkongsi pelbagai petua di media sosial. Jom semak.

HILANGKAN PARUT DAN BINTIK HITAM.

Hai korang.Ingat Kekla lagi tak? Hehe pagini Kekla nak bagi korang satu petua yang senang sesangat untuk hilangkan parut dan bintik-bintik hitam kat muka. Yang pasti bahannye semulajadi dan selamat.

Lemon. Yup! Lemon je korang.

IKLAN

Kekalkan Kulit Wajah Bersih & Bebas Bintik-bintik Hitam Dengan Petua Ni. Mudah & Berkesan!
Caranya mudah sangat, korang belah 2 lemon tu kemudian amik lemon yang sebelah je perahkan untuk dapatkan jusnya.

Then, amik jus lemon tadi sapukan pada kulit muka korang yang berparut dan bintik-bintik tu.

Kekalkan Kulit Wajah Bersih & Bebas Bintik-bintik Hitam Dengan Petua Ni. Mudah & Berkesan!

IKLAN

Oh ya sebelum Kekla terlupa, buat ni selepas korang cuci muka tau! Jangan pulak muka penuh dengan mekap korang pergi sapu jus lemon tu. Sebab ade yang tanya. So Kekla kena la jawab kan.

Kemudian biarkan selama 10-15 minit lepas tu boleh bilas dengan air suam dan keringkan muka pakai tuala yang kering dan bersih.

 

IKLAN

Buatlah 3x seminggu ye tapi nak nampak kesan tu amik masa sikit almaklum bahan semulajadilah katakan.

Lemon mengandungi Asam Alpha dan Askorbat-L yang dapat membantu mengurangkan parut jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori. Lemon juga dikenali sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah.

Okey korang try la buat ye mudah-mudahan parut dan bintik hitam kat muka tu pudar atau hilang.

sumber : Lelawati Lela

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI