KELUARGA GADER RAYA SEDONDON X KASIH MALAYSIA | 22.06.2019

Majlis rumah terbuka sudah tentunya menjadi satu platform bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan, silaturahim dan menjamin ikatan perpaduan dengan masyarakat. Menyedari itu, Majalah Keluarga meraikannya dengan suasana meriah menerusi program KeluarGagader dengan penaja bersama Pertubuhan Kebajikan Amal Silatulrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia).

Suasana majlis selain dimeriahkan dalam mood berhari raya dengan menjamu pelbagai juadah enak, program KeluargaGader Raya Sedondon ini, turut mengajurkan Pertandingan Ibu dan Anak Raya Sedondon  iaitu di mana ibu dan anak bergaya dengan mengenakan pakaian sedondon.

Tidak lupa, majlis juga turut meraikan 20 ibu tunggal daripada Pertubuhan Wanita Bumiputra Kuala Lumpur Dan Selangor (PERNITA) dengan menerima sumbangan duit raya sebanyak RM100 dan barangan lain daripada Kasih Malaysia yang disampaikan oleh Datin Seri Shamsidar Taharin.

Tidak dengan itu sahaja, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu raya oleh artis bersuara lunak merdu, Ayu Damit yang merupakan pemenang One In Million Musim Pertama dan persembahan adik-adik cilik daripada Kelas Muzik Meta X Music, Shah Alam.

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN SEDONDON RAYA IBU DAN ANAK

JUARA

Ibu:Nordiana Razali

Anak: Irees Qeesya Meedena

TEMPAT KEDUA

Ibu: Noorfairuzehaniah Abdullah

Anak: Noor Adelynn Raisya Mohd Nassir

TEMPAT KETIGA

Ibu: Nur Aini Amran

Anak: Nur Farisha Dania

SAGUHATI

*Ibu: Rosnani Elias

  Anak: Putri Rania Raisya Mohd Auna

*Ibu: Nur Hashikin Mohd Alifiah

  Anak: Aisya Sufiah Saifulnizam

« 1 of 2 »

TREASURE HUNT [email protected] WORLD OF TAMBUN | 06.06.2019

Kerjasama, persefahaman dan komunikasi yang baik adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Memahami akan pentingnya aspek ini dalam kekeluargaan, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Treasure Hunt di Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh Perak.

Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh keluarga yang datang dari pelbagai negeri. Setiap ahli keluarga ini di bahagikan menjadi lima kumpulan membentuk keluarga besar. Kumpulan berkenaan diberi nama seperti grup Mutiara, Jade, Berlian, Emas dan Permata telah diberi ‘task’ untuk setiap check point treasure hunt. Majlis juga diserikan dengan kehadiran selebriti bagi slot, Meet & Greet bersama Irma Hasmie sekeluarga.

« 1 of 2 »

BREAK-FIRST [email protected] | 02.02.2019

Kasih sayang antara keluarga makin terserlah apabila sentiasa melakukan aktiviti  bersama-sama termasuklah menikmati sarapan bersama. Atas alasan ini, melalui program Break First Love, #keluargagader dengan kerjasama Kidzania, Kuala Lumpur dan MacDonald kami meraikan 30 keluarga untuk bersarapan bersama-sama dalam suasana berbeza daripada biasa.

Memeriahkan lagi acara, peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Grup Nasi Lemak, Grup Lontong,  Grup Omelette, Grup Pancake, Grup Roti Canai dan Grup Sandwich. Masing-masing hadir dengan pakaian menarik dengan tema Chef In De Houz.

« 2 of 2 »

JOM [email protected] | 17.11.2018

Hubungan kekeluargaan yang erat begitu penting sekali agar keharmonian sentiasa menjadi ikatan yang utuh selamanya. Sinonim dengan itu, Majalah Keluarga membawa 30 keluarga bercuti di Legoland Malaysia, Johor Bharu untuk merasai pengalaman berlibur dalam suasana penuh bermakna.

Bagi menjaya aktiviti, setiap keluarga di bahagikan menjadi 6 kumpulan membentuk keluarga besar yang begitu sporting. Kumpulan berkenaan diberi nama dengan grup Aloha, Miami, Honolulu, Island, Moana dan Maui bertepatan dengan tema Hawaii yang dipilih. Pelbagai aktiviti menarik disediakan pada hari berkenaan termasuk pertandingan family hakka, musical chair, bina menara straw dan pelbagai lagi.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran selebriti bagi slot, Meet & Greet bersama Eira Syazira dan keluarga menjadi penyeri program kekeluargaan kali ini.

« 1 of 2 »

CAT GATHERING IN THE GARDEN | 12.08.2018

Sebut sahaja pasal gathering, mesti tergambar dibayangan tentang majlis perjumpaan keluarga besar atau  kawan-kawan lama yang disambut meriah dengan pelbagai acara dan aktiviti. Dan penganjuran kali ini, Majalah Keluarga membawa misi dalam melakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama ahli keluarga dengan menjayakan program Cat Gathering In The Garden. Dengan adanya aktiviti seperti ini akan mampu mendidik ahli keluarga untuk lebih cinta, sayang, prihatin pada haiwan peliharaan.

Istimewa gathering ini ia  berjaya menemukan lebih 50 Keluarga bersama kucing peliharaan mereka di satu majlis yang cukup santai. Kucing pelbagai spesis dilepas bebas, bermesra dengan semua yang ada dan senario ini telah menarik tumpuan  pengunjung di Taman Tasik Permaisuri, KL.

« 1 of 2 »

GATHERING TERBESAR IBU & ANAK BERGAYA SEDONDON | 03.06.2018

Mengumpulkan 100 pasangan ibu dan anak bergaya sedondon dengan tema hari raya telah mencipta satu sejarah yang pastinya tidak dapat di lupakan buat semua yang terlibat. Program ini bermula dengan pendaftaran seawal jam 5.30 petang untuk pra penjurian dan seterusnya pada jam 10.00 malam semua peserta berarak menuju ke pentas utama. Dalam pada itu, majlis diserikan dengan nyanyian merdu oleh penyanyi Bienda memeriahkan lagi suasana.

Gelaran Juara disandang oleh Puan Nur Aini Amran dan anaknya & anaknya, Nur Farisha Dania. Manakala tempat kedua pula dimenangi Puan Noor Amaliena & anaknya, Nur Fatima dan tempat ketiga jatuh kepada Puan Noor Shahera & anaknya, Cassia Nur Iman.

Manakala dua anugerah khas juri iaitu pasangan unik dimenangi oleh Roshida Ramli dan anak Damia Qaissarah bagi kategori Sedondon Raya Unik dan Kategori Sedondon Raya Sporting pula, Siti Harnizah dan anaknya Qashrina Qaisara.

« 1 of 2 »
KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: