Kematian boleh terjadi tanpa mengira masa, di mana dan tidak mengenal siapa jua. Meskipun kematian itu mendatangkan rasa gerun dan takut dalam diri namun kita semua impikan untuk mendapat Husnul Khatimah di saat pengakhiran hidup kita.
Baru-baru ini viral di media sosial memperkatakan kematian seorang ustazah dari Indonesia apabila beliau menemui ajal dalam keadaan yang pastinya dicemburui oleh ramai umat Islam. Dilaporkan ustazah meninggal dunia ketika dalam majlis bacaan al Quran sekitar jam 7.45 waktu tempatan.
Memetik Terang Media, Allahrahamh Ustazah Hajah Taslimah disebut menjadikan rutin pengajian di Masjid Al-Barkah Assyafiiyah, Tebet Jakarta Selatan sejak 20 tahun yang lalu. Ketika kejadian itu berlaku, beliau sedang memimpin majlis khatam Al-Quran yang disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube Assalam TV.
Tiada siapa menduga, awalnya ustazah dilihat baik dan sedikit pun tiada tanda menunjukkan kurang sihat atau seumpamanya ketika memimpin baacaan Al-Quran yang diikuti oleh Jemaah wanita yang lainnya.
Secara tiba-tiba, Allahyarhamah dilihat rebah kebelakang dan menyebabkan situasi cemas dan kecoh seketika. Menurut laporan media tempatan, jemaah-jemaah yang ada di majlis tersebut cuba memberi bantuan awal kepadanya sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun pihak hospital telah mengesahkan bahawa Allahyarhamah telah meninggal dunia. Allahyarhammah dikhabarkan sudahpun lebih 20 tahun mendedikasikan dirinya dalam mengikuti pengajian-pengajian agama termasuk bacaan Al-Quran yang diadakan dalam komuniti tempatan di mana beliau tinggal. Allahyarhammah juga dikenali sebagai individu yang sangat sopan, pendiam dan amat menjaga tutur katanya.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Rindu, itulah perasaanya bila kita terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan pasangan. Andai sehari dua, mungkin dapatlah kita pendam seketika namun jika berminggu-minggu apatah lagi berbulan-bulan lamanya tentu terasa sukar jadinya.
Lantaran itu, kalau boleh akan diusahakan untuk pastikan anak-anak dan pasangan sentiasa ada di sisi.
Begitu jugalah yang telah diputuskan oleh pelakon Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32 membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan filem Pulau.
Difahamkan dia tidak mahu berjauhan dengan keluarganya dan sekali gus membawa seisi keluarga menemaninya di pulau peranginan tersebut.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita seram tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job. Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan.
“Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya.
Dikatakan filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada Mac nanti, dengan menampilkan bintang popular yang lainnya seperti Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su, Ms Puiyi dan ramai lagi.
Sudah tentu setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar cakap. Apa disuruh melakukan sesuatu dengan mudah mengikut kata ibu bapa. Namun, bukan sesuatu yang mudah untuk mendidik anak diera digital serba serba dihujung jari. Tambahan pula, ada ibu yang bekerjaya membantu menambah pendapatan keluarga.
Bagaimana pun, perkongsian seorang ibu di laman facebooknya dengan nama Cikgu Shaini Razali sungguh inspirasi. Caranya mendidik anak penuh kelembutan tetapi tegas. Tiada leteran dan suara menjerit tanda garang.
Bukan mendabik dada, sekadar perkongsian untuk panduan bersama. Ikuti perkongsiannya.
“Saya pelik tengok anak-anak akak semua jenis dengar cakap….buat semua yang akak suruh…” (Ada yang bertanya)
Sebenarnya, anak-anak jadi begitu sebab kami dah terapkan “budaya khidmat” kepada ibubapa sejak anak2 masih kecil lagi. Sejak mereka boleh faham arahan. Jadi bila anak-anak dah terbiasa dengan arahan, dah terbiasa dengan “budaya khidmat”, mereka akan mudah dengar cakap dan mudah menunaikan setiap permintaan ibubapa.
BUDAYA KHIDMAT
Contoh “budaya khidmat” dalam keluarga untuk anak-anak – picit umi n ayah selalu – hidangkan makanan – sediakan ubat untuk ahli keluarga yang sakit – sendukkan nasi – ambilkan air minuman ketika umi n ayah haus – kopekkan buah untuk umi n ayah – buka/tutup pagar dan pintu rumah – pakaikan stokin dan kasut umi. Umi perasan Cinderella – kakak / abang suapkan nasi pada adik – ambilkan barang2 tertinggal – on off suis kipas/lampu – mencari barang2 hilang – mengemas rumah – lap meja lepas makan – cuci pinggan – payungkan umi n ayah – dan macam2 lagi aktiviti khidmat
Masa nak suruh tu, ibu wajib guna perkataan “Tolong” dan sebaiknya bahasa biar indah. “Sayang, tolong bersihkan meja ni…” Jangan masa anak dah besar baru nak mula panggil “sayang”, nanti anak dengar rasa geli geleman
GEMBIRAKAN ANAK
Tapi jangan anak-anak aje buat macam-macam untuk kita, kita juga kena turut buat perkara yang menggembirakan anak. – cium dan peluk selalu – bergurau senda – bercerita kisah anak2 soleh – umi solat berjemaah dengan anak2 – bercerita tentang syurga neraka, bab timbangan amal di neraca Al Mizan supaya dia faham kenapa kena buat pahala banyak2. – mandikan, syampukan & sikatkan rambut. Setiap kali tu cakap dengan anak, “nanti bila umi dah tua, macam ni lah kakak kena buat kat umi, mandikan, syampukan, sikatkan”. Boleh tak ?. Bagi dia berjanji. Cakap benda sama ulang2 biar anak hadam ayat tu. – umi masak sedap2, masakkan masakan kegemaran anak – ada masa amalkan makan bersuap. Cakap hal sama, cakap lembut2, “nanti bila umi dan ayah dah tua, (nama anak) kena suapkan juga tau….Boleh tak ? Juga cakap ulang-ulang. – jaga anak betul2 masa dia sakit. Selalu peluk dia dan berikan ayat2 sentuhan emosi mcm ayat masa mandi n bersuap tadi. – potong kuku anak setiap jumaat – belikan hadiah kegemaran / reward bila anak berkelakuan baik. – lakukan pelbagai aktiviti bersama. Wujudkan MOMENT INDAH supaya dapat dikenang oleh anak bila mereka dewasa. Cth – time cuti…ajak berkelah, main badminton sama2, jogging sama2…ibadah juga dilakukan bersama-sama.
PANTANG BESAR – Ibu JANGAN berleter Anak-anak yang sering dileteri akan sukar dididik. Sukar mendengar kata. Benarkan anak2 buat hal sendiri dengan HP, nonton TV cerita tak bermanfaat. Anak akan makin susah dengar kata. -satu kesilapan besar bila mak ayah belikan HP untuk anak2 yang masih bersekolah! Tanpa pengetahuan kita, macam2 “cerita pelik” dia boleh tengok. Ini akan makin menggelapkan hati. Makin susah nak serap nasihat. -benarkan anak-anak keluar dengan kawan2. Terutama geng motor, geng basikal, geng bola. Jaga anak daripada pengaruh negatif rakan sebaya. Biar orang kata kita kurung anak!
Alamak, dulu2 saya dah tersilap…anak-anak dah agak besar…dan memang dah susah nak mendengar kata. Apa harus saya buat ?
✔️Ibu ubah sikap. Stop berleter. Mula banyakkan doa. Ingat, Allah yang pegang hati dia. Dia boleh berubah asbab mustajabnya doa ibu. ✔️Buang ego. Minta maaf dengan anak-anak. Mengaku kesilapan diri. Ajak anak sama-sama berubah. ✔️Banyakkan solat tahajud/solat hajat. Doakan yang indah-indah berkaitan anak.
Macamana ibu nak pastikan doa itu mustajab ? ✔️Ibu berdoalah di waktu-waktu yang mustajab doa. Misalnya waktu antara azan dan iqomah, 15 minit sebelum berbuka puasa, ketika hujan, 1/3 malam terakhir iaitu selepas jam 3 pagi, waktu asar hari jumaat, ketika bermusafir, ketika selesai ibu melakukan ibadah (cth selepas membaca al quran), selepas bersedekah. Seeloknya bertawassullah dengan setiap amal baik supaya Allah kabulkan doa kita. ✔️Ibu jangan buat perkara-perkara mungkar yang menjadi hijab pada terkabulnya doa. Ibu jaga pemakaian, jaga mulut, jaga hati. Juga jaga sumber rezeki/pemakanan.
Semoga Allah swt beri kita taufiq (kekuatan untuk melakukan perubahan) dan hidayah (petunjuk untuk kita jadi lebih baik).
P/s Sila komen tanda ukhuwwah. Share jika dirasakan bermanfaat.
Siapa pantang masuk kereta je, tak sampai 5 minit terus lelap? Haaa ngaku cepat! Hehe.
Suami kena tahu tau, isteri bukan sengaja nak tidur dalam kereta. Barangkali, sebelum bertolak ke sesuatu destinasi, itu ini kerja rumah dibuatnya untuk pastikan rumah kekal cantik bila balik nanti. Belum lagi part nak siapkan anak-anak. Macam nak berperang gayanya!
Jom ikuti perkongsian dari Dr Redza Zainol ni. Barulah suami terbuka mata sikit dan tak marah kalau isteri terrrtidur dalam kereta. Ehehe
Saya perhati je sejak kami masuk ke dalam kereta.
Pada mulanya kami rancak berborak sampailah lama-lama tu baru saya perasan. Eh, senyap je.
Rupa-rupanya isteri dah tertidur.
Dulu masa mula-mula nampak isteri saya tertidur dalam kereta, saya tersenyum seorang diri. Saya fikir ruginya tidur dalam kereta.
Saya ni jenis yang suka tengok keadaan sekeliling. Tengok bangunan, kedai atau apa-apa saja. Signboard besar-besar tepi jalan pun saya suka tengok.
Dah lama kahwin, barulah saya perasan yang isteri saya tidur tu sebenarnya sebab dia sedang kepenatan.
Sejak tu, saya akan biarkan je dia tidur selena-lenanya. Kalau di lebuh raya, saya akan pandu kereta dalam kelajuan yang sama dan saya tak akan potong kereta lain melainkan kalau sangat perlu.
Kalau boleh, saya tak nak dia terbangun pun. Biarlah dia rehat.
Yang kelakarnya, setiap kali dia terjaga dari tidur, dia akan rasa bersalah sebab tertidur. Dia kata dia patutnya temankan saya masa memandu. Saya gelak je. Nak tidur, tidur je lah.
Sebenarnya, bila isteri kita ada dalam kereta, itu boleh jadi tempat yang paling tenang untuk mereka. Bilik mandi pun tak setenang macam dalam kereta.
Dalam kereta, minda isteri bertukar kepada minda berehat. Mereka tak lagi nampak dapur yang bersepah, lantai yang kotor atau baju yang bersepah.
Setiap masa di rumah, otak isteri akan bekerja tanpa henti menguruskan itu dan ini di rumah. Tak habis satu, ada lagi satu kerja nak dibuat.
Tapi bila masuk dalam kereta semua imej rumah bersepah, baju bertimbun pun menghilang. Sebab tu bila masuk dalam kereta, terus otak dan badan isteri sama-sama berehat.
Jadi bila isteri ajak kita keluar rumah, niat tanpa sedar sebenarnya dia cuma nak berehat.
Kadang-kadang suami nampak isteri macam malas nak temankan suami memandu sebab asyik tidur. Itu bukan malas tapi kemungkinan besar isteri sedang ada penat yang melampau.
Percayalah, kalau isteri dapat tidur walaupun hanya 20 minit, kita boleh nampak muka dia jadi segar dan lebih berseri-seri. Sebab tu saya tak berkira pun kalau dia nak tidur.
Bila isteri terlalu penat, isteri yang baik pun boleh berubah menjadi garang pada anak-anak dan keluarga.
Kalau nampak isteri tengah tak keruan dan masam muka sepanjang hari, itulah tanda mereka sedang kepenatan. Cuti hujung minggu ni bawalah mereka berjalan.
Bila isteri dapat rehat yang cukup, dia akan membahagiakan keluarganya semula.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.