Kek marble antara kek yang popular yang mudah dibuat. Malah rasanya pun sedap dengan kelembutan keknya. Jika dihidangkan ketika panas untuk minum petang memang menyelerakan.

Pastinya sudah ramai yang tahu cara sukatan untuk membuat kek marble ini melalui posting yang dipaparkan di media sosial. Ada yang telah berjaya memasak kek dengan sempurna dengan tahap gebu dan kelembutan. Namun ada juga yang tidak jadi masakannya seperti kek menjadi bantat, tidak naik, tidak gebu dan lembut.
Lazimnya jika kek tidak menjadi ia berkaitan dengan cara penyediaannya.

Nak tahu petua nak jadikan kek marble mengebu dan lembut, ikuti lapan panduan ini.

8 tips hasilkan resipi kek butter marble lembut :

1- Paling utama ialah pemilihan butter.Jangan tertipu dengan nama. Ada sekadar jenama dan bukannya butter. Pilih pure unsalt butter seperti jenama Anchor.

2- Untuk elakkan lapisan atas permukaan kek butter hangit, selepas 30 minit kek dibakar, tukar daripada api atas bawah ke api bawah sahaja dan teruskan bakar kek sehingga masak. Tujuan kita tukar api adalah untuk pastikan lapisan atas tidak terlalu garing hingga perang.

3.Pukul butter hingga betul-betul kembang.Tanda ianya kembang ialah warna bertukar menjadi warna putih dan barulah masukkan gula castor. Pukul sebati menggunakan mixer atau hand mixer.

4.Masukkan telur 1 persatu.Pukul hingga telur kembang berbuih dan tambah essen vanilla,susu pekat serta susu cair.Kacau sekadar sebati dan masukkan tepung yang siap diayak sedikti demi sedikit sambil kacau sebati.

5.Bahagikan adunan kek marble ini kepada dua bahagian. 1 bahagian asal dan 1 bahagian di masukkan serbuk koko serta emulco coklat. Cara kacau ialah dengan gunakan kaedah kaup balik.

6.Ambil loyang bulat 8 inci yg telah dilapik baking paper dan disapu dinding loyang dengan marjerin untuk kek mudah tanggal.Masukkan adunan secara berselang seli.Untuk dapatkan corak zebra, gunakan lidi sate dan masukkan di hujung penjuru loyang. Tarik lidi sate ke tengah loyang. Buat untuk 4 penjuru dah cukup.

IKLAN

7.Sambil itu panaskan oven pada suhu 170’C selama 10 minit.

8.Bakar kek butter marble ini pada suhu 160’C selama 45 minit menggunakan api atas bawah. Bila dah capai masa, nak tahu masak ke tak kek anda, celup lidi sate. Kalau tiada melekat, tanda dah masak. Andai tepung masih melekat, bakar lagi dalam 10 minit.

Resipi Kek Butter Marble

IKLAN

Bahan-bahan guna sukatan cawan:

250 gram pure butter seperti jenama Anchor/SCS
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu segar/freshmilk
2 cawan tepung superfine
1 sudu makan tepung jagung
6 biji telur gred B
4 sudu makan susu pekat
1 sudu makan esen vanilla
3 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan emulco coklat

Untuk tips , gunakan cawan penyukat 250 ml standard. Mudah anda sukat. Ayak bersama tepung superfine dan tepung jagung terlebih dahulu. Serbuk koko pula kalau nak sedap, gunakan brand Delfi atau Van Houten

Selamat mencuba!

Kredit: Puan Umi CT Sha Abdullah via daridapur.com