Biasanya Terung dimasak bersama bahan lain di dalam kari mahupun digoreng sambal. Tetapi apa kata ibu-ibu buat kerepek sebagai kudapan untuk si anak. Caranya cukup mudah tetapi sedap. Bukan anak-anak je layan, ibu bapa pun pasti suka ni.
Kerepek Terung Perkongsian Wan Muhammad Hafiz Satar 

“Bila tengok bekal anak pepagi.. ramai gak yang tanya baba camna baba ajar anak makan sayur.. Sebenarnya bebudak ni dari kecik lagi baba ajar makan sayur dan salah satunya buat kudap-kudapan diorang dengan bahan berasaskan sayur macam untuk makan petang hari ni baba buatkan KEREPEK TERUNG. Memang sedap rangup-rangup.
Sekejap je abis.
Kerepek Terung, Kudapan Anak Yang Sihat & Sedap. Cukup Mudah, Rangup Pula Tu. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya!
Bahan-Bahan:
Terung (Pastikan terung yang keras.. Yang lembek tak jadi ya).
Garam
Kunyit
Tepung Jagung
Serbuk Cili
Kerepek Terung, Kudapan Anak Yang Sihat & Sedap. Cukup Mudah, Rangup Pula Tu. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya!Cara Nak buat senang je..

IKLAN

1. Potong terung nipis-nipis.
2. Tabur garam, serbuk kunyit gaul-gaul.
3. Pastu tabur tepung jagung bagi dia bersalut dengan terung tadi.
4. Nak pedas saya tabur serbuk Cili.
5. Pastu boleh lah goreng.
Kerepek Terung, Kudapan Anak Yang Sihat & Sedap. Cukup Mudah, Rangup Pula Tu. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya!Kalau Ada tepung bestari Lagi sedap.. tak yah dah garam, serbuk kunyit dan tepung jagung tu.

IKLAN
IKLAN

**Tepung tak perlu bancuh air.. Tabur je sebab nanti air yang Ada pada terung akan lekatkan tepung tadi.
Kerepek Terung, Kudapan Anak Yang Sihat & Sedap. Cukup Mudah, Rangup Pula Tu. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI