Memang benar, anak bukan tempat untuk luahkan rasa tak puas hati. Malah perkongsian bapa ini melalui laman facebooknya Mohd Fhais sungguh deep. Katanya jangan sebab lambat pergi kerja anak jadi mangsa akibat tekanan yang kita hadapi. Jom baca perkongsian ini.

____________________________________________

Kalau terlambat pergi kerja sekalipun jangan jadikan anak mangsa keadaan

Dunia tak akan kiamat pun lambat masuk kerja. Paling teruk parking penuh, jalan jem, punch card merah atau tak dapat pekerja cemerlang je. Chills la..

IKLAN

Kalau tak mahu lambat buatlah persediaan awal, gosok baju sebelum tidur, siapkan keperluan sekolah anak siang-siang atau bangun je lebih awal 30-60 minit.

Tapi kalau terlambat dan kelam kabut nak bergegas pergi kerja tu kita tertengking anak yang minta di peluk atau termarah anak yang nak salam itu boleh beri padah pada kita selepas kiamat nanti.

Sebab yang akan di semak di akhirat nanti bukan berapa banyak anugerah pekerja cemerlang kita dapat tapi yang di hitung ialah bagaimana amalan kita dengan anak-anak.

IKLAN

Didikan, kasih sayang dan perhatian yang kita telah curahkan pada anak menjadi timbangan kemudian hari nanti.

Ingat ya ! Kita kerja untuk sara anak-anak bukan nak sara bos..

IKLAN

Mohd Fhais
Senyum walaupun tengah hadap jem..

p/s : Nak jadi mak ayah yang lebih tenang dan tak mudah kelam kabut? Join telegram saya ni -> t.me/CoretanFhais

Penting !
Follow & Set See First Mohd Fhais kalau tak mahu terlepas tips kekeluargaan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI