Menikmati minuman kopi di cafe-cafe bercitarasa moden bersama keluarga, selain untuk menikmati kelazatan minuman, kita juga tertarik dengan seni lakaran berbentuk love pada permukaan air kopi latte. Ternyata ia nampak begitu istimewa dan ada kelasnya yang tersendiri.

Tergambar difikiran, tentu hanya orang yang pakar sahaja dapat lakukannya. Namun perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, siapa sangka rupanya lakaran corak tersebut boleh juga kita hasilkan di rumah.

Nak tahu bagaimana jom semak perkongsian ini.

Semalam saya muat naik gambar kopi yang bini saya buat. Kopi tu ada latte art. Alah yang ada corak di buih kopi tu. Ada orang kata untunglah saya ada mesin kopi.

Kopi Latte Dengan Seni Lakaran Ala Cafe Ternama Dari Air Tangan Sendiri, Ni Stepnya. Mudah Sangat & Confirm Sesiapa Pun Boleh Buat!

Eh, tahu tak kau orang pun boleh buat kopi macam tu tanpa mesin kopi? Serius ni! Meh saya kongsi caranya!

Kopi Marhaen by Dayana

Kopi Latte Dengan Seni Lakaran Ala Cafe Ternama Dari Air Tangan Sendiri, Ni Stepnya. Mudah Sangat & Confirm Sesiapa Pun Boleh Buat!

Bahan-bahan:
▪️Nescafe 2 camca teh (jenama lain pun boleh)
▪️Susu 200ml
▪️Gula 1 camca teh

IKLAN

Saya guna susu segar (fresh milk/ full cream).Kalau kalian nak guna susu sejat pun boleh. 100ml susu sejat + 100ml air panas. Kalau nak guna susu pekat manis pun boleh. 2-3 camca teh susu pekat manis + 170ml air panas.

Alat-alat
▪️Cawan
▪️Pitcher (kole besi yang ada muncung)
▪️French press (alat penapis kopi)

Kat mana nak beli pitcher dan French press? Lazada ada, IKEA ada, kedai kelengkapan masak pun ada. Murah je.

EKSTRA INFO : 

Kopi Latte Dengan Seni Lakaran Ala Cafe Ternama Dari Air Tangan Sendiri, Ni Stepnya. Mudah Sangat & Confirm Sesiapa Pun Boleh Buat!

Yang kole besi tu, pitcher. Yang sebelah kanan tu French press. French press ni sebenarnya adalah penapis hampas kopi.

IKLAN

OK cara-caranya, lihat gambar dan video, OK!

Kopi Latte Dengan Seni Lakaran Ala Cafe Ternama Dari Air Tangan Sendiri, Ni Stepnya. Mudah Sangat & Confirm Sesiapa Pun Boleh Buat!

STEP 1 : Saya guna susu segar, jadi kena panaskan dalam microwave dulu. Saya bubuh dalam pitcher kaca ni masa nak panaskan. Seminit sahaja. Kalau nak pakai dapur gas pun boleh. Panaskan sampai susu sekitar 50°C. Kalau lebih, susu rosak. Susu lain kau jangan tanya. Almomd milk ke, soya ke, hazelnut milk ke, aku tak tahu boleh tak. Kau orang cubalah sendiri. Haha.

Kopi Latte Dengan Seni Lakaran Ala Cafe Ternama Dari Air Tangan Sendiri, Ni Stepnya. Mudah Sangat & Confirm Sesiapa Pun Boleh Buat!

STEP 2 : Kemudian tuang susu panas tu dalam French press. Kenapa nama dia French press? Entah, mungkin orang Perancis ramai yang tertekan kot.

IKLAN

Kopi Latte Dengan Seni Lakaran Ala Cafe Ternama Dari Air Tangan Sendiri, Ni Stepnya. Mudah Sangat & Confirm Sesiapa Pun Boleh Buat!

STEP 3 : Alamak lupa nak larutkan Nescafe! Letak Nescafe dan gula dalam cawan kesayangan kau orang. Bancuh dengan sedikit air panas.

Kemudian kita kocak susu tu macam ni. Kau orang jangan macam-macam. Kocak je perlahan-lahan dan cermat.Ini akan buat susu jadi gebu. Baru boleh buat latte art.

Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Tuesday, 9 July 2019

STEP 4 : Kemudian kita kocak susu tu macam ni. Kau orang jangan macam-macam. Kocak je perlahan-lahan dan cermat. Ini akan buat susu jadi gebu. Baru boleh buat latte art.

OK! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Saksikanlah keajaiban! Alakazam!

Posted by Kamarul Ariffin Nor Sadan on Tuesday, 9 July 2019

STEP 5 : OK! Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! Saksikanlah keajaiban! Alakazam!

 

sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI