Sebenarnya ada banyak cara untuk kita menghilangkan bau hapak, busuk, kepam dan sebainya itu. Selain cara mudah dengan menggunakan alat penyegar udara, kita juga sering dengar kemampuan arang dalam mengatasi masalah bau. Hal ini memang tidak perlu disangkal lagi.

Pun begitu, andai kita sekadar meletakkan arang di sebahagian sudut  rumah, tentu akan sedikit sebanyak mengganggu dekorasi kediaman. Apatah lagi jika ada anak kecil, bimbang juga akan dibuat main pula bila ternampak.

Untuk itu, apa kita kita ikut cara Yatie Eimra ini dalam menggunakan arang di setiap sudut ruangan kediamannya tanpa tidak menampaknya fizikal nyata arang tersebut. Menarik bunyinya bukan, dan jom semak perkongsian ini.

Tip Hilangkan Bau Busuk, Hapak & Kedap

Sekarang ni walaupun musim panas tapi petang-petang kerap jugak hujan. Kasut pun selalu je lembap..Salah satu masalah orang duduk rumah takde tanah ni, pintu utama dan rak kasut tak kena cahaya matahari. Kalau kena panas matahari tu, boleh gak kasut yang lembap kering dengan sekata. Ni paham-paham ajelah macam mana baunya bila kasut selalu lembap.

Walaupun guna pewangi udara, bau hapak tu tetap ada dan sesekali terhidu juga bila angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Heheh.. Banyak bahan-bahan boleh diguna untuk kurangkan bau-bauan yang tak menyenangkan ni seperti soda bikarbonat, serbuk kopi, cuka, dan lain-lain.

Saya gunakan arang biasa je sebab murah dan boleh dapat banyak. Boleh gak gunakan arang untuk bakar-bakar (briquette) tapi harganya lebih mahal dan ia gak cepat berkulat. Bila berkulat kena bersihkan (kikis & buang bahagian berkulat dan jemur matahari) sebab tak elok untuk kesihatan nak-nak kalau anak ada eczema, asthma, masalah pernafasan atau alergi.

Arang Mengurangkan Masalah Bau

IKLAN

Kreatif Cara Wanita Ni Hilangkan Bau Tak Best Dalam Rumah. Boleh Follow!
• Bau hapak/kasut lembap

Simpul arang dalam stokin lama (yang nipis) dan masukkan ke dalam kasut atau simpan arang dalam bekas. Jika guna penutup, pastikan ia berlubang-lubang.

• Bau kedap di dalam kereta/rumah/almari

Kreatif Cara Wanita Ni Hilangkan Bau Tak Best Dalam Rumah. Boleh Follow!

Bergantung pada tujuan penggunaan, korang boleh gunakan bekas atau hancurkan sedikit arang agar jadi serpihan kecil dan bungkus dalam uncang kecil untuk digantung. Boleh juga gunakan arang dalam hiasan bunga/pasu. Titiskan essensial oil jika suka. Arang juga boleh kurangkan bau durian yang kuat dalam kereta/rumah.

IKLAN

Kreatif Cara Wanita Ni Hilangkan Bau Tak Best Dalam Rumah. Boleh Follow!

• Bau makanan (yang dah bercampur baur) dalam peti sejuk
Kreatif Cara Wanita Ni Hilangkan Bau Tak Best Dalam Rumah. Boleh Follow!
Sebaik-baiknya masukkan arang ke dalam bekas supaya tak mengganggu ruang penyimpanan. Kalau korang rajin, lap peti sejuk dengan kain lembap yang sudah dititiskan esen vanila untuk bau yang segar.

• Bau busuk dari tong sampah

Kreatif Cara Wanita Ni Hilangkan Bau Tak Best Dalam Rumah. Boleh Follow!

Letakkan bekas berisi arang berdekatan tong sampah (terutamanya sampah basah & berbau). Yang ada anak kecik yang masih poo² dalam pampers pun elok la guna arang ni haa..

IKLAN

• Bau hancing tandas

Kreatif Cara Wanita Ni Hilangkan Bau Tak Best Dalam Rumah. Boleh Follow!

Letak bekas berisi arang atau gunakan arang untuk hiasan bunga di dalam tandas. Kesannya lebih efektif lagi kalau gunakan bersama homemade spray serbaguna (boleh tengok post saya yang lama)

• Bau najis kucing/haiwan peliharaan

Letakkan bekas berisi arang berdekatan bekas pasir kucing/cat litter untuk mengurangkan bau

Sambil-sambil gunakan arang untuk serap bau busuk, boleh jadi idea dekorasi jugak tau. Ni saya kongsikan beberapa idea cara guna/dekorasi dari arang dan bahan-bahan recycle je.

sumber : Yatie Eimra 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI