Bila sebut sahaja Laici Kang pasti ramai antara kita mengetahui bahawa ianya adalah minuman yang baik untuk menyejukkan badan dan ianya merupakan antara menu yang digemari ramai.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya pilihan dan campuran bahan-bahan yang digunakan di dalam menyediakan minuman berkhasiat ini juga turut memberi kesan kepada rahsia kecantikan seseorang.

Hal ini dikongsikan oleh Leynz Dheartie dan semoga memberi manfaat untuk semua.


Rahsia cantik,Rahsia amik hati mertua & Rahsia banyakkan air susu ibu

“Disebabkan esok mak mertua i nak datang, so kita buatkan lai chi kang sbb tu pebret dia.
Kena la pandai amik hati mertua  lagipun mak bagitau dia sakit tekak dan batuk sejak balik Haji haritu.

Lai chi kang ni kalau minum kat kedai mau RM3.50-RM5.50 semangkuk.So baik la buat sendiri, boleh bermangkuk-mangkuk kita hadap kat umah. Lagipun, kandungan bahan rebusan ni ada rahsia utk cantik, tegangkan kulit dan muscle, moistkan kulit dsb.

IKLAN

Tak caya? Pegi la tanya kat kedai sinsee konpem dia akan bagitau rahsia semua bahan tu.

Buat lebih pastu simpan dlm fridge. Nak minum panas @ sejuk pun best gilerrr.”-Leynz Dheartie

Setiap bahan tu ada kebaikan dan uols gugel la  yg konpem mmg bagus utk :

IKLAN

-sejukkan badan (bukan sejukkan hati yang panas tau)
-cantikkan kulit (korang kan suka yang shantek2)
-lancarkan darah
-merahkan muka (kot jadi macam afiyah si pipi merah)
-dalaman wanita
-stabilkan mood korang yang asyik moody
-BANYAKKAN AIR SUSU IBU
-anjalkan tubuh badan dsb…

Bahan-bahannya :

Laici Kang Diminum Memang Sedap, Lagi Special Boleh Juga Untuk Awet Muda!

IKLAN

Cara penyediaan:

  1. White fungus + red dates  rendam semalaman.
  2. Kemudian rebus dengan semua bahan lain kecuali goji berry.
  3. Masukkan goji berry selepas semua bahan kembang, kemudian tutup api.
  4. Rebus hingga kurma dan longan kering kembang.

Nikmat woihhhh 😆😆😆😆

Posted by Leynz Dheartie on Tuesday, 2 October 2018

 

Berapa banyak nak letak tu, pepandai la  i mmg tak penah ada sukatan.. ikut suka hati sendiri jer..Jomm arr cuba buat, syok minum panas @ sejuk.. bahan pun mudah nak dapat..Yang lelain boleh cari kt kedai ubat cina @ sinsee @ family store @ memana pasaraya..

sumber : Leynz Dheartie Via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI