Menjawat jawatan sebagai pensyarah di UiTM Kedah di Fakulti  Art & Design, Hafiz Husin tidak jadikan itu penghalang buatnya untuk tetap melakukan hobi bercucuk tanam.

Malah apa yang lebih mengujakan, lanskap di laman rumahnya cukup indah. Nampak segar, bersih, cantik dan menghijau, sesejuk mata memandang!

Laman Rumah Tanam Macam-macam Pokok, Nampak Cantik. Lelaki Ni Kongsi Tipnya!

Minat dari kecil

Saya mula ada minat bercucuk tanam sejak kecil lagi. Dari tolong ibu menanam, terus datang minat tu sehingga ke hari ini. Arwah datuk saya juga bekerja di pejabat pertanian satu ketika dahulu dan mungkin hobi ini juga turun kepada saya melalui arwah atuk.

Laman Rumah Tanam Macam-macam Pokok, Nampak Cantik. Lelaki Ni Kongsi Tipnya!

Kena belajar

Nak buat apa-apa pun kena ada ilmu, jadi dalam hal berkebun di laman rumah  saya banyak belajar dari YouTube, majalah, buku, page dan group-group Facebook.

Saya juga mengenali beberapa rakan dari sempadan Thailand yang banyak berkongsi tips dan teknik pertanian di media sosial.

IKLAN

Pokok Bunga Penyeri 

Saya suka menanam sayuran dan buah buahan dan pokok-pokok bunga saya tanam sebagai hiasan di kebun.

Laman Rumah Tanam Macam-macam Pokok, Nampak Cantik. Lelaki Ni Kongsi Tipnya!

Bagi saya yang penting ialah menanam pokok-pokok sayuran yang cantik dan pokok-pokok buah yang boleh dimakan seperti pokok tin, mangga, limau, mulberry, ciku, betik dan mata kucing.

Laman Rumah Tanam Macam-macam Pokok, Nampak Cantik. Lelaki Ni Kongsi Tipnya!

IKLAN

Laman Rumah Tanam Macam-macam Pokok, Nampak Cantik. Lelaki Ni Kongsi Tipnya!

Selain itu antara jenis sayuran yang ditanam adalah seperti sawi, bayam, kangkung, salad, kobis, terung, tomato. Banyak-banyak jenis yang ditanam, sayuran sawi paling mudah dijaga.

Rahsia Tanaman Subur

Rutin harian penjagaan tanaman saya ialah melakukan penyiraman sebelah pagi dan petang. Baja organik dari hampas soya saya berikan pada tanaman 2 minggu sekali.

Laman Rumah Tanam Macam-macam Pokok, Nampak Cantik. Lelaki Ni Kongsi Tipnya!

IKLAN

Hasil tanaman sayuran saya tidak jual.. selain untuk kegunaan sendiri, saya beri pada jiran-jiran, rakan-rakan pejabat dan jika kuantiti tuaian terlalu banyak saya hantar pada satu pusat penempatan anak yatim dan miskin di Kedah sebagai stok tambahan di pusat itu.

Tip  jadikan lanskap cantik dengan sayur

1. Meneliti keluasan laman yang ada dan membuat sedikit lakaran di atas kertas.

Laman Rumah Tanam Macam-macam Pokok, Nampak Cantik. Lelaki Ni Kongsi Tipnya!

2. Rancang sudut-sudut tertentu untuk menanam sayuran, buah buahan dan pokok-pokok bunga hiasan dengan meneliti arah cahaya matahari kerana ada sesetengah pokok memerlukan cahaya matahari yang kuat dan ada sesetengah jenis sebaliknya.

3. Susun atur kedudukan pokok dalam sesuatu laman sangat penting di samping mencantas dahan-dahan yang tak diperlukan.

4. Kerap melakukan aktiviti mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh melata di laman. Aktiviti ini sesuai dilakukan bersama keluarga.

Sumber: Hafiz Husin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI