Sebelum setiap pasangan mahu mencorakkan pasangan, adalah amat penting untuk mencorakkan diri mereka dahulu. Tidak ramai manusia yang suka dirinya diubah ataupun dibetulkan sekalipun mereka perlu diperbetulkan.
Sebab itu, suami sebagai ketua rumah tangga harus mempamerkan akhlak yang indah pada pasangan masing-masing. Bak kata orang setiap pasangan suami isteri merupakan cerminan diri mereka.
Itu hakikatnya. Namun apa yang boleh kita buat untuk mengubah karakter pasangan kita yang kurang baik ialah kita dahulu perlu mengubah diri kita.
Perkongsian pelakon Mustapha Kamal menerusi laman facebooknya ini boleh menjadi pedoman buat kita semua dalam melayari rumah tangga.
Isteri adalah cerminan suami .
Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya
Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .
” Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .
In sha Allah .
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Wanita Ni Kongsi Cara Buat Baja Dari Roti Expired, Bantu Suburkan Tanaman Pokok Bunga & Sayur. Mudah & Jimat!
Selain membeli baja di kedai, anda boleh hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga. Tak perlu buang duit, guna je lebihan roti atau yang sudah expired untuk menyuburkan tanaman di rumah atau di kebun.
Tip ini dikongsikan oleh Puan Intan Suhana.
Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.
Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.
Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-bahan:
1. Sekeping roti yang masih baik
2. Air sebanyak 1.5 liter
.
* Air hujan atau air basuhan beras je tau.
* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
* So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya
Cara-caranya:
1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
.
2. Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
3. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan . Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak . MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan utk mikrob yang terhasil. Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes
.
4. Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah. Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
**media[120167,120169]**
5. Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar
.
6. Daun kesom yang gemok.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
.
Masak Chicken Chop Terasa Sedap & Berempah Bila Guna Ramuan Istimewa Ni. Mudah & Gerenti Jadi!
Masak Chicken Chop Terasa Sedap & Berempah Bila Guna Ramuan Istimewa Ni. Mudah & Gerenti Jadi!
Masakan yang dihidangkan oleh ibu tercinta diakui cukup menyelerakan dan mempunyai kepelbagaian menu. Umumnya hidangan yang dimasak ada yang berasa pedas, lemak manis, malah ada juga menu yang beraroma dengan rasa rempah yang asli dan pelbagai citarasa hingga menjadikan hidangan ibu sentiasa dirindui untuk dijamah.
Sedar atau tidak, kepelbagaian ini sebenarnya terhasil daripada penggunaan bahan masakan yang berbeza dan seterusnya menjadikan masakan ibu begitu sedap dan unik.
Salah satu bahan utama dalam masakan yang sering digunakan oleh ibu-ibu, lain tidak bukan adalah rempah ratus. Bahan istimewa inilah yang akan memberikan aroma dan citarasa menarik kepada masakan harian kita sekeluarga.
Lada Hitam, Pedas Berempah
Penggunaan lada hitam umpamanya, bukanlah sesuatu yang asing dalam masakan yang disediakan oleh ibu kita sama ada dalam menyediakan menu tradisional atau pun menu barat.
Keistimewaan lada hitam yang dapat memberi aroma yang kuat serta mempunyai rasa pedas berempah, menjadikan lada hitam sering digunakan dalam masakan seperti bihun Singapura, sup, spaghetti, laksam dan dijadikan sebagai sos lada hitam yang menyelerakan.
Citarasa Autentik, Gerenti Sedap
Bercerita dalam pemilihan produk sos lada hitam yang ditawarkan di pasaran, ternyata banyak pilihan. Namun dalam banyak-banyak produk yang ditawarkan, produk jenama MAGGI jadi pilihan ramai ibu-ibu bagi memastikan dapat menyediakan menu yang enak dengan rasa autentik berempah yang lazat.
Apa Istimewanya MAGGI Pes Lada Hitam Ni?
MAGGI Pes Lada Hitam ini diperbuat daripada bahan-bahan segar dan gabungan lada hitam dan rempah ratus yang berkualiti tinggi.
Lantaran itu, ia sangat serasi dijadikan bahan utama dalam pelbagai masakan yang berasaskan daging, ayam dan sebagainya.
Bahkan boleh juga digunakan untuk bahan perapan atau bahan tumis yang menjanjikan citarasa enak dan gerenti menjadi!
Jadi apa kata sempena musim cuti sekolah ini, anda sajikan hidangan Chicken Chop berserta sos lada hitam daripada MAGGI untuk pancing selera anak-anak seperti resipi yang dikongsikan di bawah ini. Pasti anak-anak gembira dan makan bertambah dibuatnya.
Chicken Chop Lada Hitam
Bahan-bahan:
2 Peha ayam tanpa tulang
1.5 sudu besar MAGGI Pes Perencah Lada Hitam
2 sudu besar Tepung Gandum
3 sudu besar Minyak Masak
1 paket Salad Campur
0.35 cawan Lobak Merah
0.5 cawan Brokoli
1 cawan Tomato Ceri
100 g Ubi Kentang
1 sudu besar Mentega
2 ulas Bawang Putih
1 Bawang Kecil
0.5 cawan Cendawan Butang
0.5 sudu kecil Oregano Kering
2 sudu besar Tepung Gandum
1 cawan Air
1.5 sudu besar MAGGI Pes Perencah Lada Hitam
0.5 sudu kecil Gula
0.25 cawan Susu Penuh Krim Nestlé
Langkah Penyediaan
Langkah 1 : Perapkan isi peha ayam dengan MAGGI® Pes Lada Hitam selama 30 minit.
Langkah 2 :Salutkan dengan tepung gandum. Panaskan minyak masak. Gorengkan sehingga garing.
Langkah 3 :Untuk membuat sos, cairkan mentega. Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang. masukkan cendawan butang hitam dan rempah kering oregano. Tumis sehingga layu.
Langkah 4 : Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
Langkah 5 :Masukkan air, MAGGI® Pes Lada Hitam dan gula. Gaul sebati dan renehkan sehingga pekat.
Langkah 6 : Setelah pekat. Masukkan krim masakan. Gaul rata.
Langkah 7 :Susunkan sayur-sayuran yang telah direbus dan ubi kentang bersama chicken chop. Tuangkan sos lada hitam, sedia untuk dihidang.
Jika anda ingin mencuba pelbagai menu yang lainnya, bolehlah layari laman web MAGGI dengan klik di sini. Selamat mencuba!
“Irfan, Ini Ibu.” Terpisah 5 Bulan Akibat Covid-19, Bayi Kembali Ke Pangkuan Buat Ibu Berlinangan Air Mata. Sebak!
“Irfan, ini adalah ibu,” ungkapan pertama seorang ibu apabila dapat memangku anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla pada Khamis.
Dengan linangan air mata, ibu muda Nurhalisa Jehawee, 18, mendukung bayi lelaki berusia lima bulan yang terpisah susulan penularan pandemik COVID-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.
“Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami.
“Ia membantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya kepada Bernama.
Hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.
Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Feb lepas, namun terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas.
Susulan COVID-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang.
Irfan diiringi dua jururawat dari Hospital Kajang bertolak pada pukul 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, kemudiannya dibawa ke Hospital Pattani untuk pemeriksaan lanjut.
Bayi berkenaan akan menjalani kuarantin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.
sumber: BERNAMA