Membina keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah tersebut. Begitu juga sebaliknya.Kerana itu masing-masing memainkan peranan dalam mencipta kebahagiaan.

Sang suami sebagai ketua keluarga bukan hanya bertanggung jawab mencari rezeki sahaja, sebaliknya perlu memainkan peranan dalam rumah tangga. Berkongsi rezeki dengan anak isteri membantu melancarkan lagi urusan buat suami.

Sebenarnya nak bahagiakan anak isteri ni  bukanlah sesukar mana. Tidak perlu barangan mewah atau wang ringgit yang banyak. Tetapi pertolongan yang suami hulurkan adalah yang terbaik. Malah banyak cara lain seorang suami boleh buat untuk membahagiakan keluarganya.

Niat untuk bawa anak-anak dan isteri jalan-jalan pun sudah membuatkan segala urusan suami dipermudahkan. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif di ruangan facebooknya.


Saya pelik kenapa bertalu talu orang nak bagi benda percuma kat saya semalam. Serius saya hairan sangat.

Ada yang PM saya semalam nak bagi saya pakej percutian secara percuma ke Sabah. Ada yang komen nak jadi tour guide percuma bila saya sampai ke Johor dan Perak. Paling saya pelik siap ada nak bagi pakej bekam percuma lagi pada saya dan isteri kalau saya datang ke Sabah.

Eh! Tak pernah pula saya minta semua ni daripada orang lain tapi seolah olah semua orang berebut nak bagi saya benda benda percuma ni semua.

Baru saya teringat, semalam saya keluar rumah dengan niat nak bahagiakan anak isteri. Saya sebenarnya serabut fikir nak selesaikan beberapa hal kerja saya tapi bila tengok anak isteri beriya nak bercuti, saya pendamkan je lah semua kesibukan saya tu demi nak bahagiakan mereka.

Rupanya, ada rahsia di sebalik MEMBAHAGIAKAN keluarga ni. Ni Hadisnya :

Sabda Nabi s.a.w:

“Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan ALLAH, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 995.

Sebelum ni saya dah dengar dan alami sendiri magic bila bersedekah ni. Ada orang hilang penyakit kansernya dengan bersedekah pada orang lain. Ada orang selamat daripada kemalangan maut dengan bersedekah pada mereka yang susah. Ada orang jadi jutawan sekelip mata dengan bersedekah pada orang yang miskin.

Rupanya ada sesuatu yang lebih besar dan hebat daripada bersedekah kepada orang lain iaitu BERSEDEKAH kepada keluarga kita sendiri!

Sabda Nabi s.a.w:

“Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.” – Hadis riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 2129

Cuma benda ni kita tak sedar. Selama ni mungkin kita bagi nafkah, bawa anak berjalan, bawa isteri bercuti ataupun belanja anak isteri dengan perasaan ingin BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI.

Ya, kita banyak memberi tetapi pemberian tadi bersifat self-centric ataupun kita memberi tetapi dalam keadaan kita expect something in return. Tu bukannya pemberian, tu adalah pembelian!

Rezeki yang masuk pada kita ni umpama air yang masuk ke dalam sebuah takungan yang besar dan luas. Satu sedekah ataupun pemberian yang kita buat pada anak isteri ni umpama kita pasang satu paip pada takungan tersebut.

Makin banyak paip yang kita pasang maka air yang mengalir keluar untuk dimanfaatkan tu akan makin laju. Beruntunglah orang yang banyak paipnya sebab rupanya memang untuk bina paip tersebut perlu keluarkan kos sedikit tetapi kesannya adalah air yang keluar untuk dimanfaatkan tu akan lebih banyak dan laju!

Inilah Law Of Giving & Receiving yang ada atas dunia ni. Nak cinta? Bagi cinta tu dulu. Nak kasih sayang? Bagi kasih sayang tu dulu. Nak duit? Bagi duit tu dulu. Menariknya, semua yang kita bagi ni akan berpatah balik pada kita dalam jumlah yang berlipat kali ganda!

Asalkan you memberi tanpa expectation to get something in return & feeling so much happy and abundant! Then, the magic will happen in your life!

Belajar sesuatu?

#share pada pasangan masing masing dan rasakan sendiri keajaiban yang bakal terjadi nanti ❤️

Bersama-sama kita gemakan Surah Al-Kahf di MALAYSIA #QURANHOUR di seluruh negara pada 29 Zulhijah 1440H bersamaan 30 Ogos 2019.
.
Kita akan didengarkan alunan kalam Allah yang indah, tadabbur dan Pesan Kemerdekaan demi menghayati erti kemerdekaan dalam negara yang sudah 62 tahun merdeka.
.
Daftar lokasi hotspot di: bit.ly/MQH1440H
.
Dijemput beramai-ramai ke lokasi perdana Malaysia #QuranHour di Masjid Putra, Putrajaya bermula 8.30 pagi – 12.00 tengah hari.
.
Kami akan hadiahkan Surah Al-Kahf yang diwakafkan oleh Sahabah-sahabah Al-Quran kepada yang hadir awal. Kepada mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah lakukannya di lokasi masing-masing.
.
Trendingkan Malaysia #QuranHour. Muat naik gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter & Facebook anda.
.
Jangan lupa hashtag: #QuranHour.
.
Interaksi dengan Al-Quran: #BacaFahamAmal