Teringin nak ada dapur yang cantik, kemas dan selesa untuk meletakkan barang serta memasak. Mungkin ini cara yang sesuai yang boleh direalisasikan oleh ibu-ibu sekalian.
Idea kreatif sang suami ini buat isterinya dengan membuat dapur open concept ternyata cukup menarik dan memberikan sesuatu yang wow buat dapur di kediaman mereka.
Jom kita cuci mata dengan hasil kerja tangan saudara Atam Ayu menerusi Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY ini. Mana tahu boleh ambil sikit idea untuk dapur ibu-ibu di rumah. Sharing is caring kan!
Nampak kemas dan tersusun rapi
“Ketika Kecil, Dia Suka Luahkan Perasaannya Melalui Lukisan.” Rahsia Di Sebalik Arca Putrajaya, Rupanya Dilukis Remaja Autisme
Siapa sangka lukisan pada arca Putrajaya yang diletakkan di Dataran Putra selebar 1.5 meter dan tinggi 2.4 meter itu dilukis seorang remaja autisme berusia 17 tahun, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri.
Lebih membanggakan, pemilihan lukisan itu dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lukisan berkenaan dipilih untuk diletakkan pada arca sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Sabtu ini.
Jika dilihat secara dekat, lukisan yang memaparkan konsep struktur bangunan dan jambatan yang terkenal di Malaysia itu sebenarnya turut dihiasi dengan doodle wanita dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban serta Jalur Gemilang.
Ibu remaja berkenaan, Noorhashimah Mohamed Noordin, 58, berkata Perbadanan Putrajaya (PPj) ada berjumpa dengan dirinya dan berminat untuk meletakkan lukisan anaknya pada arca.
Katanya, sudah tentu berita berkenaan memberi kegembiraan kepada dirinya sebagai ibu, malah turut berbangga dengan bakat dimiliki Wan Jamila.
View this post on InstagramA post shared by Wan Jamila Wan Shaiful Bahri (@artjamila) on
“Memang setiap kali tiba bulan kemerdekaan, saya akan meminta dia untuk melukis apa sahaja yang bertemakan kemerdekaan. Daripada pemilihan warna hinggalah corak, semuanya dibuat olehnya tanpa bantuan sesiapa.
“Untuk lukisan pada arca berkenaan, dia berjaya siapkan dalam tempoh sebulan setengah. Dia banyak habiskan masa dalam galeri miliknya dari pagi hingga malam untuk melukis,” katanya pada pertemuan dengan Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hassim.
View this post on InstagramA post shared by Wan Jamila Wan Shaiful Bahri (@artjamila) on
Bercerita lanjut mengenai anak keempatnya itu, Noorhashimah berkata, kemahiran melukis Wan Jamila dikesan sejak berusia empat tahun.
“Ketika kecil, dia suka meluahkan perasaannya melalui lukisan. Dia boleh melukis secara terperinci sesuatu kejadian itu walaupun hanya melihat sekali imbas,” katanya.
Anak keempat daripada lima beradik itu mengambil masa sebulan setengah untuk menyiapkan lukisan sebesar 152cm x 274.5cm sebelum dicetak semula untuk arca Putrajaya.
“Dia selalunya melukis dari pagi sampai malam, kadang-kadang lapan hingga 10 jam. Tetapi bergantung juga kalau dia ada acara (di luar) dia terpaksa berhenti (melukis),” katanya.
Wan Jamila mendapat pendidikan awal di sekolah rendah biasa sebelum diteruskan dengan pendidikan di rumah (homeschooling) dan terapi.
“Oleh kerana sejarah adalah subjek wajib, saya tidak rasa dia boleh membuat penilaian kritikal (critical view). Kalau matematik dan sains dia boleh buat, tetapi yang melibatkan susunan ayat dia tak boleh,” katanya.
Noorhashimah yang merupakan seorang bekas arkitek berkata beliau kini menguruskan galeri seni ‘artjamila’ yang terletak Seksyen 7, Shah Alam yang telah dibuka sejak anak istimewa itu berusia 14 tahun.
Menurut Noorhashimah, Wan Jamila pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Autism Star Artist pada National Autism Champion 2019 dan tempat ketiga di National Abilympics Painting Competition 2018.
“Dia juga dipilih sebagai impact art artist oleh sebuah organisasi berpengkalan di Switzerland kerana bagi mereka karya dia karya dia memberi impak.
“Salah satu kepakaran di melukis ikan, jadi organisasi itu berminat dengan lukisan tersebut dan minta dia melukis mengenai pencemaran laut dan mereka membeli lapan keping lukisan dengan tema itu,” jelasnya lagi.
Sumber : Harian Metro & artjamila
Layan Seperti Ibu Sendiri Cara Mawar Rashid Tawan Hati & Beli Jiwa Mentua. Patutlah Suami Sayang Sangat!
Hubungan diantara menantu perempuan dan ibu mertua seringkali di tafsirkan sebagai ‘love-hate relationship’. Perselisihan faham,rasa cemburu dan memendam perasaan sering dialami dalam perhubungan ini terutamanya jika anda bukan menantu pilihan.
Sekiranya keadaan ini berterusan, suami pasti rasa tersepit diantara ketaatan pada ibu dan rasa cinta pada isteri. Sekaligus, perkara ini mampu menggugat keharmonian dalam rumahtangga dan keluarga yang dibina.
Oleh yang demikian, bersyukurlah andai dikurniakan ibu mertua yang sporting dan memahami keadaan menantu. Namun begitu, jika mendapat mertua yang cerewet dan tidak mesra, berusahalah untuk menambat hatinya.
Ini kerana ia secara tidak langsung merupakan cara yang paling mudah untuk membuatkan suami lebih sayang sekaligus mampu menawan hatinya. Percayalah!
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid, ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya.
Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak.
“Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu. Sebab itu, kalau ada peluang bersama memang saya akan hargai betul-betul.
Pun begitu, Mawar juga sangat rapat dengan ibu mentuanya. Dia juga punya cara tersendiri dalam menawan dan membeli jiwa ibu kepada suami kesayangannya Raf Yaakob.
“Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu mentua. Tahun ini kali pertama beraya dengan status isteri dan menantu, memang teruja sangat kerana dapat beraya dengan keluarga baru. Saya juga menyediakan kelengkapan raya untuk suami tercinta.
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami, famili dan juga peminat yang banyak memberi sokongan padanya selama ini.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apapun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.
Sumber: Hijabista Magazine & mawarashid (Instagram)