Biasa anda alami lepas kisar pasti akan meninggalkan bau atau warna. Terutama sekali jika kisar kunyit, cili atau bawang selepas digunakan.
Selain dua bahan itu, kesan kunyit juga turut melekat pada bekas pengisar kat dapur tu kan. Jadi, bagaimana cara nak hilangkannya? Senang je jom cuba tip yang dikongsikan ini. Tip pengisar
Saya ada 1 je jag blender. inilah jag untuk blend bawang / cili / blend air buah / blend adunan kek jugak.
Dan setiap kali lepas guna, saya akan cuci dengan soda bikarbonat + garam + sabun pencuci pinggan. blendkan semua bahan ni. cuci bersih.
Segala bau semua hilang ye. Dan garam tu jugak befungsi untuk menajamkan lagi pisau blender tu.
Ada yang buat macam saya jugak tak ? Edited : Garam tu garam kasar ye. Soda bikarbonat, soda yang kita guna buat masak tu.
IKLAN
Sukatan : 2 sudu soda bikarbonat + 2 sudu garam kasar + pencuci pinggan ( ni agak2 je ) + air 2 cawan
Air blend tu nanti saya akan guna untuk cuci pinggan mangkuk. dan hasilnye pinggan mangkuk akan lebih bersih.
Jeruk rambutan resipi nenek moyang, nak buatnya senang sangat. Bila musim buah rambutan tiba selalunya memang meriah peniaga menjual ditepi jalan. Buah rambutan selain dimakan begitu sahaja, sedap juga kalau dibuat jeruk.
Jeruk buah rambutan ini tahan berbulan-bulan bahkan boleh sampai ke musim berikutnya. Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan. Nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam mencipta cara menyimpan makanan.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat jeruk rambutan. Mereka yang ada pokok rambutan dan buahnya tak habis dimakan, bolehlah cuba buat jeruk rambutan. Mesti jadi kegemaran seisi keluarga.
2. Masukkan dalam balang selapis demi selapis. Setiap lapis tabur dengan garam kasar. Garam mesti lebih sebab kulit rambutan tebal.
3. Masukkan air masak menutupi rambutan.
Selepas dua minggu apabila kulit rambutan bertukar kehitaman ia menandakan jeruk buah rambutan sudah boleh dimakan. Rasa jeruk rambutan masam, masin dan sedikit rasa manis rambutan.
Kekalkan warisan nenek moyang kita. Tiada yang dulu tiada yang baru. Biasanya orang guna rambutan masam@rambutan telan. Tapi sekarang susah nak jumpa rambutan itu jadi buat sahaja rambutan apa yang ada. Rasanya tetap sedap.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi Puan Naima Yuzi dan suaminya, Affizan Sarif, saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu.
Andai boleh ditukar ganti mungkin itu yang mereka mahu, namun jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditangan Pencipta.
Titisan air mata sang ibu cukup meluahkan segalanya. Keperitan yang dipendam sedikit sebanyak terungkap dek wajah yang suram dan penuh hiba.
Biar bibir masih mampu melayangkan senyuman, namun jauh dek sudut hatinya hanya Tuhan yang tahu.
Cukup minat dengan pasukan bomba, Adik Akmarul Haikal Affizan cukup bertuah kerana impiannya untuk menyambut hari jadi ke 12 bersama abang bomba dimakbulkan.
Majlis berlangsung di Wad 7A, PPUM baru-baru ini, nyata menyuntik senyuman Akmarul biarkan tampak cukup lemah ketika itu.
Sambil menantikan kehadiran pasukan Bomba Dan penyelamat dari Balai Bomba Pantai yang diketuai oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur PKPjB Khirudin Bin Drahman @ Hussaini, Akmarul terlelap seketika.
Penulis yang berpeluang menghadiri majlis ketika itu berkesempatan menemu bual ibunya, Naima Yuzi berkenaan penyakit yang dihadapi anak sulungnya itu.
“Akmarul lahir normal tanpa ada sebarang masalah, sehinggalah usianya menjangkau setahun, kesihatannya mulai merosot. Demam, muntah-muntah, perut buncit, dan berak berdarah.
Sehinggalah dibuat pemeriksaan terperinci, doktor mengesahkan Akmarul yang menghidap penyakit usus terkeluar atau chron’s disease atau bahasa mudahnya Usus Kronik dan radang otak.
“Waktu itu, punggungnya bernanah, apa sahaja maknanan yang ditelan keluar balik, dan ususnya di luar. Usus besarnya bermasalah dan penuh nanah.
Doktor cakap buatlah apa yang dia kerana sekarang Akmarul bergantung pada ubat semata.
“Sebelum ini kami pernah sampai ke Jerman untuk rawatan. Waktu itu usianya baru 8 tahun.
Menurut doktor, penyakit Akmarul ini sangat kronik dan kami terpilih antara pesakit di Asia untuk mengikuti rawatan di sana. Pihak Jerman yang taja dan minta kami ke sana.
“Awalnya saya dan suami menolak kerana tak ada duit, tetapi doktor yang merawat Akmarul bersungguh-sungguh dan mencari jalan untuk mendapatkan dana.
Alhamdulillah masalah kami didengari dan ramai yang menghulurkan sumbangan untuk kami membeli peralatan dan barangan keperluan ke sana.
Sampai di sana bukan hanya Akmarul, sebaliknya kami satu keluarga juga di ambil sampel darah dan di buat ujian itu ini.
“Selepas pulang ke Malaysia, saya menunggu juga laporan kesihatan tapi alasan mereka masih dalam kajian. Rupa-rupanya pihak sana juga tidka mampu berbuat apa-apa.
Baru-baru ini saya tanyakan tahap kesihatan Akmarul yang makin merosot hari ke hari, jadi doktor yang merawatnya berterus-terang, penyakit anak saya ini kedua paling kronik di dunia. Yang pertama dari Pakistan, tetapi sudah meninggal dunia.
Hanya mampu bertahan dua tahun. Hanya Akmarul yang kuat semangat dan melawan penyakit. Itu yang dia masih bertahan sehingga berumur 12 tahun sekarang.
“Tetapi kata doktor lagi, sampai satu tahap beginilah keadaannya, selalu sakit-sakit. Jadi, saya tanyakan sama ada Akmarul ada harapan atau tidak.
Doktor cakap sekarang segalanya bergantung kepada Akmarul sama ada kuat dan mampu bertahan.
Memang penyakitnya tidak dapat disembuhkan sebaliknya hanya bergantung pada rawatan untuk meneruskan kehidupan.
‘Doktor pun sudah terangkan sampai satu tahap Akmarul akan bergantung dengan ubat dan akan selalu keluar masuk wad. Dari tahun lepas lagi memang nampak perubahan dia.
Dulu dia aktif walaupun tidak boleh berjalan dan pergerakannya cukup terhad, manakan tidaknya dia terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.
Tetapi sekarang walaupun dia atas kerusi roda pun dia tak larat dan nampak penat. Sekarang ini kami ikut segala apa kemahuan Akmarul. Di rumah kalau nampak dia tidak sihat kami akan bawa ke hospital.
“Kadang-kadang baru sampai rumah dia sakit semula dan cepat-cepat kami bergegas ke hospital semula. Sekarang ini kalau Akmarul minta nak balik rumah kami akan bawa, kemudian sakit kami akan kembali semula ke hospital. Boleh dikatakan hospital sudah menjadi rumah kedua kepada Akmarul.
“Saya ada seorang lagi anak, dan dia selalu selalu tanya, ibu tak sayang adik ke, asyik dengan abang sahaja. Waktu itu saya tidak tahu apa yang patut cakap sebab dia masih kecil.
Dalam usia 8 tahun dia terpaksa menumpang kasih orang lain kerana saya banyak berulang alik ke hospital menguruskan abangnya.
“Kalau ditanya tentang sudahkah saya bersedia ‘kehilangan’ Akmarul, Ibu mana yang sanggup kan. Tetapi melihat anak menderita sebegini, kalau boleh biarlah dia ‘pergi’ dari menderita sakit begini.
Sedih memang sedih, ibu mana yang tak ralat kan tetapi saya sudah tak sanggup melihat anak saya terseksa sakit.
SAYA SUDAH REDA DAN BERSEDIA KEHILANGAN AKMARUL.
Dalam masa yang sama, doa saya tidak pernah putus supaya ada keajaiban untuk Akmarul. Namun jika Tuhan sudah menetapkan begini, saya reda dan cukup bersedia.
Sekarang ini yang penting saya mahu penuhi segala keinginan Akmarul supaya bila dia ‘pergi ‘ nanti tidak ada ralat di hati saya.
Saya juga ingin berterima kasih kepada para doktor, jururawat, keluarga, rakan-rakan dan pelawat yang datang meraikan dan melawat Akmarul selama ini.
Jasa doktor dan jururawat memang tak mampu saya balas,”ujar Naima sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera seisi keluarga terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika.
Jadi apa kata kali ini anda mencuba untuk sediakannya dan nikmati keenakan rasa yang cukup menyelerakan.
Puding Buah Peach
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
buah ceri untuk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur. Kemudian masukkan gula.
Kemudian masukkn air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
Dah nampak cantik padam kan api.
Susun buah peach dalam loyang… tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.
Video terbaru Tok Sidang Jinggo merakam video gelagat isterinya Sheila Rusly di pasaraya mencuit hati.Part Shiela Rusly mengemas ruang pameran barang basah di pasaraya...