Lontong antara juadah Hari Raya yang cukup popular bagi orang-orang Selatan tanah air. Tanpa menu ini, raya ibarat tanpa serinya. Inilah yang sentiasa di cari di meja hidangan.
Kini tidak hanya orang-orang Selatan, menu popular ini semakin berani dicuba oleh masyarakat di negeri-negeri lain khusus untuk menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Namun menyediakan Lontong haruslah kena ada caranya kerana tersalah langkah, Lontong cepat basi dan tidak tahan hingga ke petang hari. Kuahnya yang bersantan memang cukup sensitif dan mudah basi jika tidak dimasak dengan betul.
Perkongsian seorang chef yang menyediakan juadah Lontong bersama Kuah Lodeh ini patut kita cuba. Ikuti petua dan langkah yang diberikan ini.
1. Masak Waktu Pagi
Menurut chef, jangan sesekali masak kuah lodeh di malam hari sebaliknya masaklah ketika waktu subuh atau waktu pagi raya. Cara menyediakan mudah sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama. Apa yang anda perlu lakukan adalah memotong kesemua sayuran di waktu malam hari. Ini membantu lebih cepat proses memasak pada keesokkan harinya.
2. Didih Sayur Sahaja
Bagi memastikan kuah lodeh mampu bertahan lama, apa yang anda boleh lakukan adalah hanya mendidihkan air dengan bahan kisaran seperti bawang, cili padi, kunyit hidup, udang kering dan bahan-bahan lain sahaja tanpa santan. Buat stok ini, didih dan perasakan secukupnya.
3. Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan kuahnya, biarkan ia direneh sedikit lama sebelum dimasukkan kesemua sayuran lain. Ini bagi memastikan bahan kisaran dimasak dengan tepat. Kemudian barulah dimasukkan kesemua bahan-bahan lain seperti tempe, kacang panjang, kentang, lobak merah, tauhu, terung, tauhu kering, kobis dan sebagainya mengikut citarasa anda.
4. Asingkan Santan
Sebaik tetamu datang, didihkan semula bahan stok kisar bersama sedikit santan yang sudah diasingkan dalam periuk berasingan. Masak semula kesemua bahan ini mengikut jumlah tetamu yang datang. Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan. Cara ini bukan sahaja tidak cepat basi tetapi lebih segar rasanya untuk dihidangkan kepada tetamu.
5. Sambal & Kuah Kacang
Sambal dan kuah kacang bolehlah dimasak pada malam raya kerana ia tidak menggunakan santan dan tidak cepat basi. Namun bolehlah menumis sambal lebih lama supaya cili lebih enak dan tahan lama. Pastikan sambal dan kuah kacang cukup lengkap rasanya.
Selamat mencuba!
“Jika Tak Cari Rezeki, Bagaimana Nak Hidup.” Tular Di TikTok, Anisa Ibu ‘Istimewa’ Çekal Cari Rezeki Bikin Ramai Kagum!
Dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, Anisa wanita berjiwa kental ini seboleh bolehnya mahu membuktikan di sebalik kekurangan diri, dia tetap berusaha mahu mencari rezeki halal seperti orang lain.
Kekurangan dan kelemahan diri tidak pernah menjadi batu penghalang buat dirinya untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain.
Pemilik nama sebenar, Khairul Anissa Mat Samsuddin yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini terarah ke dunia niaga dan aktif menjadi pengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah regim kecantikan.
Terbaru, wanita berasal dari Klang, Selangor namun menyewa di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur ini tular dan mencuri perhatian di aplikasi TikTok selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.
“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.
“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.
“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Sebagai manusia yang asalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang penglihatan, Anisa ada ketikanya bagai hilang punca dihukum dan dikutuk seperti tiada hati dan perasaan.
“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata sinis. Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi saya tak minta lahir sebegini.
“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya)…bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.
“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya.
Ikutkan cabaran dan dugaan besar Anisa tidak pernah terhenti. Hingga saat dia berkahwin dengan cinta hatinya, Muhamad Mazwan Shakir, wanita itu terus diuji.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun.
“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.
“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.
“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” katanya.
Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.
“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.
“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling. Saya sendiri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya sebelum menutup perbualan.
@anisa_samsudin Nak berjaya? Nak kaya? Perlu ada usaha. #fyp #bisnes #ilmu #belajar ♬ Helikopter – Fazlija
Sumber: Anisa_ Samsudin
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Kejar Bahagia Dan Rumah Tangga Sakinah, Pahala Menanti!
Kehidupan berumah tangga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peluang meletakkan diri dalam kehidupan ini adalah perkongsian paling bermakna untuk kedua-duanya apa lagi bagi seorang wanita. Di sayangi dan dicintai seorang yang bergelar suami pastinya memberikan seribu makna dalam kehidupan hakiki. Apa lagi jika memperolehi kehidupan rumah tangga yang sakinah?
Bagaimana memperoleh kehidupan sakinah yang dimaksudkan ini? Kaut ilmu sebanyak mungkin dan lengkapkan ilmu di dada agar mengukuhkan lagi kehidupan berumah tangga anda.
Kehidupan rumah tangga yang bahagia, sejahtera, tenteram, aman dan tenang inilah yang dinamakan rumah tangga sakinah. Kebahagiaan yang dikecap ini dibangunkan atas rasa cinta dan kasih sayang daripada keduanya yang saling memberi dan menerima. Tanpa ‘rasa’ ini, hakikatnya hubungan suami isteri pasti terasa hambar. Tips di bawah perlu anda ketahui bagi mencari erti sakinah yang sebenar.
Sentiasa Dalam Redha Allah
Perkara paling asas adalah mencari redha Allah S.W.T. Mencari keredhaan Allah ini haruslah berlandaskan ke jalan Allah. Set kan minda anda agar hubungan suami isteri anda diulit dengan penerapan nilai-nilai agama dan meninggalkan apa jua larangan yang sudah termaktub. Mengingatkan sesama pasangan akan sesuatu yang dilakukan kepada jalan Allah atau misalnya mengingatkan solat lima waktu menjadi keutamaan dalam perhubungan walaupun hanya sekadar pesanan mesej ringkas daripada anda untuk suami. Ingatkan bahawa apa yang anda lakukan, pastinya kerana Allah. Sentiasa jadikan Allah sebagai permulaan hari anda berdua.
Pupuk Rasa Cinta
Kehidupan yang sakinah adalah suatu kehidupan yang dilandasi ‘mawaddah warohmah’ iaitu rasa cinta dan kasih sayang daripada Allah. Sentiasalah memupuk rasa kasih dan cinta ini pada pasangan anda. Bagaimana? Ungkapan bermakna seperti ‘saya cinta awak’, ‘saya sayang awak’ dan ‘rindu’ adalah perkataan keramat yang sentiasa anda perlu zahirkan. Jangan malu untuk mengungkapnya. Mesej-mesej cinta perlu anda lakukan saban hari supaya hati sentiasa berbunga. Panggilan manja seperti ‘sayang’ juga membantu buat anda rasa lebih disayangi.
Tenang Dengan Zikir
Tidak hanya berusaha memupuk rasa cinta dan sayang, anda sendiri harus mencari ketenangan kendiri dahulu. Berzikir dan menimba ilmu agama adalah kunci ketenangan diri. Ajak suami untuk berzikir bersama anda kala sedang memandu atau dalam apa jua yang anda lakukan. Sesekali ajakan ke masjid mendengar tazkirah bersama suami nyata buat hubungan lebih akrab daripada biasa. Anda juga punya lebih masa bersama.
Usaha Mencari Kegembiraan
Kegembiraan tidak datang sendiri jika bukan anda yang mencoraknya. Berusaha untuk bercuti bersama sahaja tanpa ditemani si kecil. Lokasi bulan madu anda selepas berkahwin adalah tempat paling disyorkan untuk mengimbau detik bersama. Cari ketenangan anda di sini dan ulit kisah cinta anda berdua. Tenang dan gembira, itulah kunci kebahagiaan.
Elakkan Pergaduhan
Rumah tangga yang aman damai adalah kehidupan sakinah yang anda cari. Bukan rumah tangga namanya jika bukan dilanda badai. Pun begitu usah biarkan ombak dan badai berpanjangan. Beri masa beberapa detik untuk anda mencari jalan kemudian berbaiklah semula dengan pasangan. Cuba fikirkan masa gembira anda bersamanya. Manis bukan? Redakan kemarahan dengan membeli belah atau menjamah beberapa biji kuih-muih untuk hormon anda berjalan dengan baik. Kemudian hantarlah mesej pesanan ringkas tanda kemaafan anda. Biar ringkas ia sudah memadai.
Saling Bantu Membantu
Ikatan yang dibina tidak hanya kukuh jika daripada sebelah pihak sahaja. Elakkan timbulnya perkara berbangkit dan sikap lepas tangan dalam hubungan. Saling bantu membantu dalam apa jua perkara antara elemen paling penting membentuk kesejahteraan rumah tangga. Ambil masa untuk membantu isteri menguruskan anak-anak atau mempersiapkan urusan rumah tangga. Begitu juga dengan isteri yang membantu jika suami dilanda masalah tempat kerja. Manis bukan.
Ibu ‘Ditidurkan’ & Dirawat Di ICU Akibat Dijangkiti Covid-19, Tasha Manshahar Tak ‘Expect’ Sampai Jadi Tahap Ni!
Menerusi hantaran di instagram story, penyanyi Tasha Manshahar, 29, berkongsi berita keadaan kedua ibu bapanya yang dijangkiti Covid-19 dan kini masih mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut penyanyi Terima Kasih Cinta, Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkata keadaan bapanya dimaklumkan semakin membaik, cuma ibunya, Herina Wong Abdullah kini ‘ditidurkan’ dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang kerana mengalami jangkitan di paru-paru.
Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada doa-doa kalian semua. Sesungguhnya, saya tidak tahu nak balas macam mana, tapi saya doa Allah beri ganjaran pahala yang besar atas kesudiaan kalian mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kedua ibu bapa saya.
Ayah nampaknya semakin membaik, alhamdulillah. Mummy je la, paru-paru ada jangkitan, paras oksigen dalam badan pun tak okay. Jadi, doktor kena ‘tidurkan’ dia dan masukkan tiub untuk bantu pernafasan sehingga keadaannya kembali stabil.
Menurut Tasha, dia sebenarnya tidak menjangkakan keadaan kesihatan ibunya akan sampai ke tahap begitu. Katanya, ibu kelihatan baik-baik sahaja ketika mula mendapatkan rawatan di wad.
Sebenarnya tak ‘expect’ langsung akan sampai jadi tahap macam ni. She looked fine je, masa mula-mula warded (dimasukkan ke wad). Apa apapun, kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah.
Sebab itu, saya minta sangat doa semua. Doa kan senjata orang mukmin. Mummy pun kuat semangat. Tapi, itu la dalam keadaan mencuba untuk kuat, kadang-kadang lemah juga, perlukan motivasi. Tasha juga sentiasa percaya ibunya seorang yang kuat dan akan kembali sihat.
Katanya lagi, dia sangat berterima kasih dengan sikap ambil berat pengikutnya dan amat menghargainya.
Sementara itu, Tasha turut berkongsi update terkini keadaan ibunya dan bersyukur bilamana dikhabarkan keadaan ibunya yang mula bertindakbalas kepada ubat dan treatment yang diberikan oleh doktor.
Menurutnya, mummy masih dalam keadaan ‘ditidurkan’. Melalui pemeriksaan setakat tengah hari tadi, mummy dah mula beri tindakbalas kepada ubat dan treatment yang diberikan. Ada pengurangan infection. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Tiada masalah pada organ-organ lain (Alhamdulillah!)
Tasha juga memaklumkan, bahawa sekarang Dr. fokus untuk treat intecfion pada lungs dan bagi treatment yang sesuai agar lungs mummy boleh function on its own as usual. Cuma Dr bagi tahu virus covid ni unpredictable. Bila-bila je dia boleh attack patient nauzubillah. Saya yakin mummy kuat dan berharap agar mummy berterusan tunjuk posifive Progress Aamiinn. Mohon doa semua ya.
Tasha juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang sentiasa sabar and always do their best merawat pesakit-pesakit di hospital. Saya doa sungguh-sungguh agar Allah beri ganjaran terbaik dunia akhirat buat semua frontliners. They are the real heroe! They’re doing their part kita juga perlu buat part kita.
Tidak dengan itu, Tasha juga mengucapkan ucapan terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi doakan kesembuhan mummy ayah.
I believe progress mummy harini adalah berkat daripada doa yang tak putus daripada semua. Doakan Juga both my siblings punya swab result negative. Ramai sangat yang DM, yang whatsapp concern tentang keadaan kami sekeluarga. Saya tak dapat nak reply semua tapi percayalah saya sangat bersyukur dan terharu dengan kebaikan kalian. May Allah protect all of you and your family at all times Aamiin.
Kepada rakan-rakan media yang contact personally for updates, thank you so much atas
perhatian kalian I truly appreciate it tp sy mohon maaf sebab sy dan keluarga perlukan masa dan ruang. Segala perkembangan inshaAllah sy akan kongsikan from time to time di platform ini. Thank you so much for your understanding.
Tasha yang kini sudah meninggalkan kerjaya nyanyian dan bertugas sebagai guru, mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Raqib Majid pada 8 September 2018 lalu.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muammar Rafiqi yang kini berusia dua tahun.
Sumber : @tashamanshahar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club