Lain padang lain belalangnya, inilah juga kisah yang ingin dikongsikan oleh seorang ibu yang kini tinggal di Jepun tentang prihal persekolahan anaknya di sana. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kita dan menjadikan kita tahu serba sedikit tentang corak dan gaya pendidikan di negara orang lain.

Ini perkongsiannya.

Serba-salah K Nita nak update gambar ni. Sat g ada pulak yang serang K Nita, ini Malaysia, bukan Jepun katanya.

Ye, kat Jepun ni mak bapak WAJIB TANDA kerja sekolah anak sendiri.

Sebab apa?
Supaya mak bapak sendiri tahu prestasi anak macam mana, dia paham ke tak kat sekolah, parents kena ajar lain ke, dan sebagainya. Ini untuk melibatkan parents secara lansung terhadap pelajaran anak-anak mereka.

Habis tu, cikgu sekolah buat apa?
Cikgu kerja dia bukan tanda kerja sekolah je tau. Cikgu kat Jepun ni (seluruh dunia pun) terlampau banyak kerja dia, kalau cikgu kat Jepun ni balik pukul 8 malam tu, perkara biasa.

Mak bapak tak marah ke?
As far as I’m concern, tidak. Sebab mak bapak faham kenapa diorang kena tanda kerja sekolah anak masing-masing & kenapa ianya memberi kesan baik pada tahap pembelajaran anak-anak.

Uniknya lagi tentang pendidikan di Jepun, ibu ini turut berkongsi sesuatu yang mungkin ramai yang belum tahu.

Tahukah anda, di sekolah rendah di Jepun TIADA peperiksaan?

Dan tahukah anda, hanya ada DUA (2) subjek akademik sahaja diajar di sekolah rendah di Jepun?

Ya, di sekolah rendah di Jepun, tiada peperiksaan dan hanya ada 2 subjek akademik sahaja yang diajar, iaitu Matematik dan Bahasa Jepun. Itulah sebabnya mengapa banyak aktiviti di dalam dan di luar kelas dijalankan seperti menanam sayur, belajar berenang, belajar bawa basikal (ya, belajar bawa basikal ), berbanding belajar akademik di dalam kelas semata-mata.

Kenapa?
Mereka lebih fokus kepada pembentukan sahsiah pelajar dan mereka percaya pembentukan sahsiah amat penting untuk dilakukan seawal mungkin, iaitu dari sekolah rendah (dan juga tadika). Inilah sebab mengapa masyarakat Jepun kekal sebagai masyarakat yang amat berdisiplin dan amat kurang kadar jenayah. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Pendidikan di Jepun juga tidak mempunyai peperiksaan, cuma ada ujian-ujian kecil di dalam kelas untuk menguji pemahaman pelajar sahaja. Jadi pelajar tidak tertekan dikelaskan sebagai “pandai”, “kurang pandai” dan sebagainya. Bilangan pelajar ponteng sekolah pun amat sedikit.

Walaupun hanya ada 2 subjek akademik, pendekatan yang mereka gunakan amat berkesan untuk pelajar mahir kedua-dua matapelajaran tersebut. Antaranya, setiap hari, pelajar perlu membuat latihan congak dengan kad matematik dan masa dicatat.

Sesi latihan congak dengan kad matematik

Posted by Zunita Ramli on Thursday, 27 June 2019

Latihan pembacaan bahasa Jepun juga perlu dibuat setiap hari. Ibu bapa perlu pantau latihan ini dibuat dan isi form & cop/sign jika tugasan tersebut telah disiapkan setiap hari .

Anak K Nita, Cik Piah contohnya mampu menguasai congak lebih cepat dari K Nita kot. Iye lah, dah setiap hari tengok nombor tu, mesti dah register dalam kepala jawapannya kan. Bahasa Jepun dia pun dah level orang Jepun. Dia pun suka sangat pergi sekolah, ye lah, dapat main pool (renang), bela arnab, dan banyak aktiviti walaupun kena lap lantai setiap hari.

sumber : Zunita Ramli